Hi Korang,
Kecantikan memang menjadi keutamaan setiap wanita lebih-lebih lagi bila meningkatnya usia sesorang perempuan itu. Tak kira apa jua bangsa mahupun agama kita memang di galakkan untuk senantiasa kemas, bersih dan cantik
Betul takk??
Of courselah kan
Even kak lily ni pun yang kerja di tapak projek tetap nak senantiasa nampak cantik dan segar jadi barulah orang suka berurusan dengan kita. Tapi di sebabkan cuaca tidak menentu di negara kita ini muncullah bintik-bintik hitam kecil ataupun pigmentasi di kulit muka kita terutamanya di bahagian sebelah atas pipi, kiri dan kanan.
Memang dah macam-macam produk yang kak lily cuba, ternyata ada yang ok dan ada yang tidak hinggakan kak lily nak ke klinik kulit untuk bertanyakan hal ini tapi apakan daya masa memang tidak menyebelahi ahkak ko ni hah.
Bila ada kawan kak lily kongsikan cerita mengenai ada satu produk yang boleh membantu untuk hilangkan bintik-bintik hitam ini tanpa mendapatkan rawatan doctor ermm teruslah kak lily excited nak mencubanya kan
Ada 2 produk dari Murad ini yang mengutamakan membaik pulih masalah bintik hitam ini iaitu
MURAD Rapid Dark Spot Correcting Serum
MURAD City Skin Age Defense Broad Spectrum SPF50 PA++++
So kak lily terangkan satu persatu untuk rujukan korang yer
Produk ini dapat mengurangkan rupa bintik hitam dan hiperpigmentasi yang mana ianya bersifat intensif, bebas hidrokuinon dan serum yang menggalakkan perolehan sel permukaan untuk lebih sekata, kulit lebih cerah.
Sesuai untuk pelbagai warna kulit iaitu normal, berminyak kulit kering dan juga kulit kombinasi, yang menyasarkan tompokan bintik-bintik gelap yang terdapat di kulit muka.
Bahan Utama yang terkandung:
Patented resorcinol technology:
Eksklusif untuk Murad, mengurangkan keamatan rupa bintik gelap dan tona tidak sekata.
Tranexamic acid:
Membantu menenangkan, mencerahkan, menghidupkan semula kulit kusam dan nada sekata.
Glycolic acid:
Salah satu bahan yang pertama dan paling utama dalam proses pengelupasan dalam dermatologi Dr Murad. Ianya berfungsi untuk mengelupas hingga membantu menghilangkan kekusaman, memperbaiki tekstur kulit & menghilangkan kusam sel kulit untuk penembusan yang lebih baik.
Cara penggunaan MURAD Rapid Dark Spot Correcting Serum, tidak kira siang mahupun malam.
Langkah 1:
Bersihkan dengan Pembersih Essential-C. kemudian keringkan muka
Langkah 2:
Sapukan 1-2 pam secara rata pada muka, leher dan dada.
Langkah 3:
Ikuti dengan pelembap. Disyorkan untuk menggunakan pelindung matahari produk dari Murad juga pada siang hari.
Kesan penggunaan:
84% menunjukkan pengurangan dalam rupa bintik hitam dan lain-lain hiperpigmentasi dalam 14 hari*
(*Keputusan yang terbukti secara klinikal melalui pengukuran instrumental kawasan yang mempunyai bintik-bintik gelap, di gunakan bersama produk Murad yang lainnya)
Ahli panel ujian bersetuju hanya dalam 14 hari:
· 91% nampak kulit lebih cerah
· 94% perasan kulit lebih licin
· 89% melaporkan cahaya yang lebih berseri digunakan bersama produk Murad yang lainnya
Kak lily pun sudah menggunakannya selama 14 hari ternyata nampak perubahan waktu di kawasan bintik hitam di kulit muka kak lily. Walaupun tak banyak tapi memang nampak kesannya
Kita beralih kepada satu lagi produk Murad iaitu City Skin Age Defense Broad Spectrum SPF50 PA++++ yang mana ianya berfungsi untuk menghalang kulit daripada terkena cahaya matahari secara telus dan menjadi kulit lebih bersinar secara semulajadi
Cahaya UV bukan satu-satunya cahaya yang menyebabkan kerosakan kulit dan kelihatan tanda-tanda penuaan. Cahaya biru dari masa skrin yang berlebihan juga menjadi salah satu punca jugak. Dek kerana itulah Murad membangunkan krim ultra-ringan, 100% pelindung matahari mineral yang melindungi kulit muka daripada pelbagai jenis kerosakan cahaya—sama ada cahaya biru dalaman daripada skrin atau UVA dan UVB luaran.
Formula menyerap dengan cepat tanpa abu sisa dan meninggalkan kemasan bercahaya pada kulit. Selamat untuk kulit sensitif, bebas pewangi, dan 100% mineral SPF untuk semua jenis kulit
Bahan Utama yang terkandung:
• Matriks polimer yang unik bertindak seperti "kulit kedua" yang boleh bernafas dan mengunci lekatan dan penembusan penceroboh persekitaran toksik
• Vitamin C membantu mencerahkan kulit, tona sekata dan membetulkan kerosakan matahari
• Lutein dan Oksida Besi meningkatkan perlindungan spektrum luas, menambah pertahanan terhadap cahaya boleh dilihat, cahaya biru dan sinaran inframerah
Cara penggunaan MURAD City Skin Age Defense Broad Spectrum SPF50 PA++++, tidak kira siang mahupun malam.
Selepas kulit muka di bersihkan dan di sapukan toner serta serum, bolehlah di sapukan krim ini dan urut rata pada muka, leher, dan dada
Kesan penggunaan:
City Skin SPF 50 melindungi kulit daripada 96% pencemaran dan 89% daripada cahaya biru dari skrin.
Harga produk Murad :
Rapid Dark Spot Correcting Serum 30ml – RM448
City Skin Age Defense Broad Spectrum SPF50 PA++++ - RM298
Ataupun di mana-mana Exclusive Facial stores, korang boleh check it out di https://facial.murad.com.my/store-locator/
Like dan Follow di social media berikut :
FB: @Murad.Malaysia
Insta: @MuradMalaysia
#muradmy #muradmalaysia #darkspotcorrectingserum
2 comments :
combination yang best, suka dengan murad produk dia specific
Waaa lama tak dengar MURAD ni, dulu selalu skodeng-skodeng produk dia.. ni bagus plak nengok.. nak cuba gak laaaa
Post a Comment