Hi Korang,
Untuk pengetahuan semua yang MDC ASIA LINK BERHAD, merupakan syarikat yang terbabit dalam perkhidmatan kesihatan, kini melangkah setapak lagi ke hadapan dengan pembukaan semula secara rasmi Hospital Bersalin dan Poliklinik Pusrawi , Kota Damansara, Selangor bermula 20 Mac 2022.
MDC ASIA LINK BERHAD ketika ini mempunyai lebih 14 rangkaian klinik pergigian My Dental Care di sekitar Lembah Klang, farmasi serta aplikasi mudah alih Hi-Doktor dengan inisiatif “Digital Health Citizen” (DHC).
Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif MDC ASIA LINK BERHAD, Dr Hj Aslan Bacho, berkata, dengan berkonsepkan ‘Beyond Healthcare’ iaitu melangkaui dunia kesihatan, MDC Asia Link Berhad mempunyai visi kearah menjadi “A Leading Halal Healthcare Solution Provider In Southeast Asia” iaitu sebagai peneraju Halal didalam perkhidmatan kesihatan yang ditawarkan.
Beliau berkata, pembukaan semula Hospital Bersalin dan Poliklinik Pusrawi , Kota Damansara ini adalah permulaan kepada langkah kumpulan untuk terus memperkukuhkan kehadiran di dalam sektor kesihatan Halal di Malaysia dan seluruh rantau ini.
“Langkah kumpulan mengambil alih dan memberi wajah baru kepada Hospital Bersalin dan Poliklinik Pusrawi , Kota Damansara ini adalah batu loncatan ke arah pembukaan lebih banyak hospital berkonsepkan hospital ibu dan anak di seluruh negara pada masa akan datang. “Ketika ini kumpulan mempunyai beberapa hospital yang berpotensi untuk diambil alih atau mengambil sebahagian besar kepentingan di dalamnya,” katanya selepas majlis perasmian pembukaan Hospital Bersalin dan Poliklinik Pusrawi , Kota Damansara di sini hari ini.
Majlis dirasmikan oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, YB Datuk Seri Rina Harun dan turut hadir Penasihat-penasihat MDC Asia Bhd yang juga usahawan wanita berjaya Malaysia, Datuk Faridah Hanim serta Pakar Shariah, Dr Zaharuddin Abd Rahman.
MDC Asia Link Berhad juga optimis, langkah pembukaan Hospital Bersalin dan Poliklinik Pusrawi , Kota Damansara serta perancangan masa hadapannya memiliki lebih banyak hospital akan membantu perancangan jangka masa kumpulan untuk disenaraikan di dalam Bursa Malaysia, yang akan dapat direalisasikan dalam tempoh beberapa tahun akan datang.
Dr Hj Aslan Bacho berkata, perancangan kumpulan memiliki hospital serta pelbagai perkhidmatan kesihatan lain adalah bagi memberikan orang ramai pilihan perubatan yang terbaik pada harga mampu milik.
Beliau berkata, pandemik COVID-19 telah meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai kepentingan penjagaan kesihatan serta memberikan lonjakan positif kepada sektor kesihatan.
Selain itu katanya, langkah agresif kumpulan ini juga turut menyumbang kepada sumbangan sektor kesihatan dan perubatan kepada ekonomi negara serta memberi peluang pekerjaan yang baru kepada tenaga kerja tempatan.
Tawaran perkhidmatan kesihatan komprehensif Hospital Bersalin dan Poliklinik Pusrawi, Kota Damansara akan menjadi cawangan flagship kepada operasi kumpulan yang lain dari segi pengurusan, operasi dan reka bentuk dalaman serta luaran.
Penjagaan kesihatan yang holistic adalah fokus utama Hospital Bersalin dan Poliklinik Pusrawi, Kota Damansara, disamping memberikan kesempurnaan kepada menyambut kelahiran little Caliphs ke dunia ini.
Dr Hj Aslan Bacho, berkata fokus utama dalam operasi hospital adalah untuk memberikan pengalaman yang bermakna kepada seluruh ahli keluarga yang akan turut bersama menyaksikan kelahiran little Caliphs ke dunia ini.
“Itu adalah tugas utama kami di Hospital Bersalin dan Poliklinik Pusrawi, Kota Damansara,” katanya.
Dr Hj Aslan Bacho berkata, pelbagai lagi perkhidmatan akan ditawarkan di Hospital Bersalin dan Poliklinik Pusrawi,Kota Damansara dalam tempoh akan datang, menjadikannya sebagai hospital yang komprehensif dalam bidangnya.
Beliau berkata, antara tarikan utama yang akan diperkenalkan adalah Pusat Berpantang Ibu Selepas Bersalin yang dinamakan sebgai The Sanctuary – Pusrawi.
Ia akan menyediakan perkhidmatan penjagaan ibu selepas bersalin dan bayi, menjadikan urusan lebih mudah dan selesa.
“Konsep ini akan memberikan kemudahan dan keselesaan mutlak kepada pelanggan Hospital Bersalin dan Poliklinik Pusrawi , Kota Damansara. “Bermula dari perkhidmatan bersalin sehinggalah habis tempoh berpantang. Tiada lagi hospital yang memberikan perkhidmatan seperti ini,” katanya.
Antara perkhidmatan yang ditawarkan di Hospital Bersalin dan Poliklinik Pusrawi , Kota Damansara, adalah:
• KLINIK OBSTETRIK & SAKIT PUAN
• KLINIK PEDIATRIK
• KLINIK FERTILITI & PERANCANG KELUARGA
• KLINIK KESIHATAN & PEREMAJAAN WANITA
• WAD BERSALIN 24 JAM
• BILIK PEMBEDAHAN 24 JAM
• PERKHIDMATAN EPIDURAL
• PERKHIDMATAN AMBULAN
• KHATAN BAYI LELAKI & PEREMPUAN
• PENDIDIKAN PENYUSUAN BAYI
• SONOGRAFI IMBASAN TERPERINCI & IMBASAN 3D/4D
Barisan Doktor Pakar pula daripada pelbagai bidang seperti:
• OBSTETRIK & GINEKOLOGI
• SAKIT PUAN
• PEDIATRIK (KANAK-KANAK)
• ANESTHESIOLOGIST (BIUS)
• KESIHATAN AWAM & PEREMAJAAN WANITA
Kak lily bersempatan ke majlis perasmian dan pembukaan semula HOSPITAL BERSALIN Dan POLIKLINIK PUSRAWI MDC Di Kota Damansara ini dan ternyata pelbagai jenis kelengkapan hospital yang berteknologi tinggi di sediakan di sini.
Sekali lagi tahniah MDC Asia Link Berhad dan Selamat Maju Jaya di ucapkan
No comments :
Post a Comment