Hi Korang,
Kita sambung lagi citer makan-makan buffet ramadan 2022 ni ek.
Kali ni kita ke Le Meridien Hotel Putrajaya bertemakan Destinasi Rasa.
Le Meridien Putrajaya menghidangkan pengalaman kulinari secara eksklusif di Latest Recipe bersama chef undangan istimewa iaitu Chef Naem.
Chef Naem adalah seorang chef muda, terkenal dan berpengalaman lebih 5 tahun dalam bidang kulinari dan membuat penampilan dengan beberapa produksi dalam program masakan popular seperti Dapur Panas, Sembang Sahur serta peserta Hero Oven dan banyak lagi.
Pada tahun ini, bersama Le Meridien Chef Naem akan menghidangkan juadah istimewa dari air tangan beliau seperti Rendang Pucuk Ubi, Kari Kambing Bakar, Rendang Hijau Itik Salai dan Kulat Masak Lemak Belimbing. Beliau juga akan menghidangkan beberapa hidangan kegemaran sepanjang masa seperti Kuih Getas, Kuih Sopang dan beberapa lagi kuih tradisional yang jarang kita dapati.
Pasukan chef hotel juga turut bakal menyediakan beberapa ciptaan masakan tradisional yang popular seperti Kambing Percik, Udang Masak Ros, Rendang Kerbau, Asam Pedas Ikan Jenahak, Sup Ekor dan Kambing Panggang dengan pilihan rasa nasi wangi
Memeriahkan lagi bufet buka puasa nanti terdapat juga beberapa gerai yang menghidangkan lebih 100 hidangan masakan tempatan dan antarabangsa seperti Nyonya Curry Laksa, Lok-Lok dengan Kari dan Clear Soup, Sate dan BBQ gaya kaunter kampung. Jadi pastikan korang yang nak datang sediakan dengan keadaan perut yang kuat untuk makan berbuka puasa nanti dengan pelbagai pilihan makanan.
Gerai untuk bahagian pencuci mulut juga ada yang terdapat kek istimewa, aiskrim dan air pancut coklat dengan marshmallow dan buah-buahan segar menanti semua orang. Juga barisan gerai dengan makanan laut segar dan pelbagai pilihan yang masih mentah dan juga ada yang telah dimasak. Ini buat pecinta makanan laut memang akan pilih yang ini sahaja lah kan.
Terdapat lima stesen gerai masak secara langsung, menyediakan dan memasak hidangan istimewa harian. Seperti masakan Jepun yang mana terdiri daripada gulungan sushi, salmon dan tuna dalam bentuk salai dan sashimi juga disediakan.
Bufet Ramadan 'Destinasi Rasa' di sini akan bermula dari 2 April 2022 hingga 1 Mei 2022 dari jam 6.30 petang hingga 10.00 malam setiap hari. Korang juga akan dihiburkan dengan persembahan secara langsung sepanjang bulan puasa ini dan menghiburkan semua tetamu yang hadir.
Istimewa sekarang ini juga korang buat tempahan tempat duduk sebelum 30 Mac 2022 untuk 'Early Birds' korang akan menikmati harga yang jauh lebih murah lagi iaitu RM148 bersih untuk seorang dewasa dan RM74 bersih untuk seorang kanak-kanak.
Manakala harga biasa bila tiba bulan Ramadan atau Walk-in nanti adalah RM188 bersih untuk seorang dewasa dan RM94 bersih untuk seorang kanak-kanak. Kanak-kanak adalah untuk mereka yang berumur 5-12 tahun.
Terdapat juga beberapa faedah seperti diskaun pilihan untuk pemegang debit atau kad kredit bank terpilih, manakala ahli Marriot Bonvoy boleh menikmati diskaun sebanyak 20%. Jika korang nak ruang VIP untuk berbuka puasa nanti, ruang makan peribadi boleh diaturkan untuk kumpulan 150 orang pengunjung dan ke atas.
Sebarang tempahan tempat duduk atau maklumat lanjut korang boleh menghubungi:
Tel : +603 8689 6888
E-mel : lmputrajaya@lemeridien.com
Jom kita ke :
Lebuh IRC,
IOI Resort City,
Sepang, 62502 Putrajaya
Mari LIKE dan FOLLOW mereka di social media berikut :
Laman Web:
Facebook:
Info sampingan lainnya:
Parking yang luas di hadapan pintu masuk hotel dan basement.
Ruang makan yang luas dan selesa.
Ok ini baru beberapa tempat buka puasa yang kak lily tulis, sebenarnya ada banyak lagi tau.
Untuk nak tau lebih lanjut mengenai buffet Ramadhan, food review bagi tahun 2022, peta destinasi, koodinat GPS, cara tempahan, no telefon, alamat dan PROMOSI harga terkini buffet Ramadhan 2022 so stay tune di blog Cik Lily Putih ni tau.
No comments :
Post a Comment