Friday, March 25, 2022

Buffet Ramadan 2022 Best Western Hotel i-City Shah Alam

Hi Korang,

Kita sambung lagi citer makan-makan buffet ramadan 2022 ni ek.

Kali ni kita ke Best Western Hotel i-City Shah Alam


Seriously rakyat Malaysia memang pencinta makanan. Apatah lagi ketika di bulan puasa, selera pasti akan menjadi luar biasa. Dari hidangan tradisi warisan lama sehingga masakan viral terkini ada ditawarkan di Best Western i-City Hotel Shah Alam.

Lebih seronok jika dapat berbuka bersama keluarga tersayang dan rakan-rakan. Dengan pelbagai pilihan menu tidak sukar sebenarnya untuk memenuhi citarasa setiap pengunjung buffet ramadhan di sini.

Lokasi tempat berbuka adalah di tingkat 5 Best Western Hotel i-City Shah Alam. Sangat cantik! Terutama di bahagian kawasan terbuka kita akan dapat lihat pelbagai bangunan tinggi dan lampu warna-warni yang begitu indah di depan mata.

Hidangan Utama Yang Begitu Menyelerakan


Antara hidangan utama yang perlu dicuba adalah seperti Ayam Percik Kelantan, Ayam Penyet, Rendang Daging, Ikan Patin Masak Tempoyak, Ketam Gulai Nenas, Udang Goreng Kunyit, Ketam Kari, Sotong Sambal Hijau, Kambing Varuval, Ketam Lemak Cili Api, Tempe Goreng Berempah dan Kari Udang.

8 Gerai Yang Menawarkan Masakan Panas-Panas

Selain itu akan ada 8 gerai yang menghidangkan masakan dan minuman panas-panas. Antara masakan yang kita boleh dapatkan dari gerai seperti Sup Daging, Mee Tongek, Oden bersama Tomyam atau sup Kimchi, Mee Bandung, Laksa Sawawak, Kambing Panggang, Kebab Daging, Mee Jawa, Laksa, Mee Bandung, Mee Soup Daging, Kambing Asam Pedas dan pelbagai lagi.


Seharusnya mestilah pekena kambing bakar kan. Tapi yang lagi istimewa daging bakar kat sini kita boleh nikmati dengan sos lada hitam istimewa dari chef Best Western Hotel.


Kak lily sangat syorkan untuk korang mencuba sendiri sate terutama sate ayam memang sangat lembut dagingnya. Dan buffet ramadhan kali ini turut ditawarkan satar!



Ada Oden yer. 
Jarang sebenarnya buffet ramadhan yang menawarkan oden. Tapi oden di sini memang sedap terutama sup odennya yang memang sangat 'kick' dari segi imbangan pedas dan masamnya.


Pelbagai sup. Ada juga gulai kawah dan kari kepala ikan.


Teh tarik mamak yang serius sedap!!!

Pencuci Mulut Yang Sukar Dilepaskan

Penutup segala hidangan perlulah merasai sendiri pencuci mulut di sini. Antaranya seperti Ais Batu Campur, kuih-muih melayu, Chocolate Fountain, ais krim, biskut lama, kek, buah-buahan dan puding roti.


Kuih muih tradisi dan moden yang memenuhi citarasa semua peringkat umur.

Buah-buahan potong dengan ulaman serta salad. Sambal belacan di Best Western i-City Hotel Shah Alam memang sedap


Ada rezeki boleh makan shell out di sini.

Ada sudut untuk kita dapatkan biskut-biskut klasik. Cantik sudut ini, memang dipenuhi barangan antik seperti gambar barangan lama, basikal tua dan pelbagai lagi.

TOP SPENDER Berpeluang Memenangi Hadiah

Sepanjang bulan ramadhan, Best Western i-City Shah Alam juga menawarkan voucher penginapan 2 hari 1 malam samada di Best Western i-City Shah Alam hotel ataupun di 8 Kia Peng Suites Kuala Lumpur. Untuk melayakkan penyertaan, anda hanya perlu berbelanja sekurangnya RM 500 nett. Pemenang akan diumumkan diantara jam 8.45 pm – 9.15 pm (sekiranya ada pemenang).

Terdapat juga tawaran harga 'early bird' yang mana ditawarkan pada harga RM96 sahaja, harga asal adalah RM120 nett (setiap dewasa). Kanak-kanak dan warga emas RM96 nett. Voucher 'early bird' ditawarkan dari hari ini sehingga 1 April 2022.

UNtuk tempahan dan pembelian boleh hubungi +603 5521 9000 atau email enquiry@bestwestern-icity.my. Untuk tempahan berkumpulan boleh hubungi sales@bestwestern-icity.my

Jom kita ke :



Best Western i-City Shah Alam
A-GF-01, No. 6, Persiaran Multimedia 40000 i-City,
Shah Alam, Selangor Golden Triangle | Malaysia
Phone : +603 5521 9000
Fax : +603 5521 2028

Ok ini baru beberapa tempat buka puasa yang kak lily tulis, sebenarnya ada banyak lagi tau.


Untuk nak tau lebih lanjut mengenai buffet Ramadhan, food review bagi tahun 2022, peta destinasi, koodinat GPS, cara tempahan, no telefon, alamat dan PROMOSI harga terkini buffet Ramadhan 2022 so stay tune di blog Cik Lily Putih ni tau.

#buffetramadan2022
#buffetramadaninshahalam
#ramadanpreview


No comments :