Thursday, February 24, 2022

LAWATAN SAMBIL BELAJAR DI NEGERI SELANGOR? INI 6 TEMPAT MENARIK UNTUK DILAWATI!

Hi Korang,

Rombongan lawatan sambal belajar merupakan aktiviti yang sangat menyeronokkan dan ianya paling ditunggu-tunggu oleh para pelajar, tidak kira di peringkat Sekolah Rendah mahupun Sekolah Menengah. Program lawatan seperti ini akan membantu para pelajar untuk menimba ilmu pengetahuan yang berbeza daripada pembelajaran di dalam kelas. Susulan pembukaan semula sesi persekolahan bagi tahun 2022, ketahui 6 lokasi menarik di bawah yang sesuai untuk lawatan sambil belajar!


1) Muzium Coklat, Kota Damansara

Muzium Coklat terletak di Kota Damansara dan telah beroperasi sejak tahun 2013. Muzium Coklat yang pertama seumpamanya di Malaysia ini mengalu-alukan kedatangan para pelajar untuk membuat lawatan dan pada masa yang sama 3 elemen asas iaitu, pendidikan mengenai koko dan coklat, proses pembuatan coklat dan pembelian coklat keluaran tempatan. Paling menyeronokkan, pihak Muzium akan membuat demonstrasi pembuatan coklat secara langsung dan para pelajar dapat merasai coklat yang dihasilkan!


2) Zoo Negara

Pastinya semua orang tahu mengenai Zoo Negara dan pernah melawatinya. Zoo Negara menyediakan sesi seminar dan pembelajaran yang melibatkan aktiviti pemuliharaan dan pengurusan hidupan liar. Lawatan ini dapat memberi pengetahuan tentang tingkah laku haiwan, cara pengendalian haiwan dan keselamatan awam. Ini adalah selaras dengan matlamat utama Zoo Negara iaitu pemuliharaan hidupan liar. Selain itu, pihak Zoo turut menyediakan satu program yang dinamakan Zoo Camp Programme yang merangkumi aktiviti Night Walk, Wildlife Enrichment Programme dan Campfire.


3) Selangor Fruit Valley

Selangor Fruit Valley terletak di Bestari Jaya. Kawasan yang terbentang luas dengan pelbagai daya tarikan membolehkan para pelajar untuk mengalami sendiri pengalaman aktiviti pertanian dan merasai pelbagai jenis buah tempatan dan sayur-sayuran yang segar. Pelbagai aktiviti menarik yang terkandung dalam program lawatan tersebut termasuk aktiviti memetik sayur dan menoreh getah, lawatan ke taman haiwan dan rumah kampung, serta pelbagai lagi.


4) Kampung Sungai Sireh, Tanjung Karang, dan Kampung Haji Dorani, Sungai Besar

Lawatan ke Kampung Sungai Sireh dan Kampung Haji Dorani akan memberi pengalaman yang sangat memuaskan dan menggembirakan kepada para pelajar! Disini, mereka dapat merasai suasana kampung dan mempelajari sendiri cara kehidupan orang kampung. Aktiviti seperti menggagau ikan dan menganyam daun kelapa, serta lawatan ke sawah padi dan rumah tradisional turut ditawarkan di sini!


5) Institusi Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM)

Antara tempat menarik untuk program lawatan sambil belajar adalah di Institusi Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) yang terletak di Kepong. Mempunyai keluasan 600 hektar dan dikelilingi oleh Hutan Simpan Bukit Lagong, ia menawarkan pelbagai aktiviti alam semulajadi kepada para pelajar. Antara aktiviti yang boleh dilakukan adalah berjoging di Rover Track, berkelah, berbasikal serta dapat mempelajari mengenai keunikan alam semula jadi. Para pelajar juga tentu terpegun melihat keindahan sekililing di sini!


6) Taman Botani Negara Shah Alam

Taman Botani Negara Shah Alam merupakan salah satu tarikan yang tidak asing lagi di Negeri Selangor. Mula dibangunkan pada 24 April 1986, Taman Botani Negara telah menjadi pusat kecemerlangan dalam bidang pendidikan, penyelidikan, pemuliharaan bagi pembangunan botani dan lain-lain yang berkaitan dengannya. Ianya sebuah lokasi yang sesuai untuk membawa para pelajar untuk mempelajari proses penanaman bunga, lawatan ke taman haiwan, nature walk dan penjagaan alam sekitar. Selain itu, kemudahan yang disediakan seperti tram akan membuat lawatan ini lebih menyeronokkan!

Tidak dinafikan lagi, program lawatan sambil belajar adalah sangat menyeronokkan bagi para pelajar, malah banyak perkara boleh dipelajari mereka. Negeri Selangor memang terkenal dengan pelbagai tempat yang menarik untuk dilawati, dan lawatan sambil belajar ke lokasi-lokasi di sekitar Negeri ini tentunya akan memberikan sebuah pengalaman pembelajaran yang tidak akan dilupakan!

Walau bagaimanapun, para pelajar serta pengunjung adalah diingatkan untuk sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) untuk Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara yang telah ditetapkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara seperti memastikan penjarakan sosial, memakai pelitup muka setiap masa di tempat awam dan sesak, serta menggunakan cecair pembasmi kuman secara kerap.

Pihak sekolah atau para ibubapa juga boleh melayari laman sesawang rasmi Tourism Selangor, www.selangor.travel untuk mendapatkan inspirasi dalam merancang program lawatan ke Negeri Selangor, atau terus ikuti laman media sosial rasmi Instagram, Facebook, Twitter, TikTok dan saluran YouTube Tourism Selangor untuk mengikuti sebarang kemas-kini. #PusingSelangorDulu.

Untuk informasi lanjut, layari laman sesawang rasmi Tourism Selangor di Selangor.Travel.


Tuesday, February 22, 2022

Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Haji Aminuddin Bin Harun meraikan pembukaan Pandu-Lalu A&W Seremban Berwajah Baru

Hi Korang,

Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Haji Aminuddin Bin Harun, baru-baru ini meraikan pembukaan Pandu Lalu A&W Seremban yang diberi nafas baharu, sekali gus memberikan penduduk Seremban suatu pengalaman yang unik dan baharu untuk dirasai.

YAB Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji Harun, Menteri Besar Negeri Sembilan and Ms Sophia Ch'ng, Director of A&W Malaysia Sdn. Bhd commemorating the re-opening of the iconic A&W Seremban Drive-Thru by pouring RB into A&W’s iconic frozen mug

Pembukaan itu adalah sebagai tanda penghormatan kepada kewujudan A&W yang sudah lama bertapak di Malaysia kerana cawangan tersebut merupakan suatu lambang ikonik di Seremban yang telah mencipta pelbagai memori untuk penduduk sekitarnya sejak tahun 1978. Kini, ia diberi nafas baharu dengan konsep yang bertemakan retro, yang menampilkan reka bentuk retro bergaya moden.

Suasana baharu restoran itu yang menghadap keindahan Tasik Seremban, sememangnya direka khas untuk menarik minat generasi muda. Namun, pada masa yang sama tetap berpegang teguh kepada legasi dan warisan jenama yang sudah lama bertapak di Malaysia sejak 1963, apabila A&W menjadi restoran makanan segera yang pertama beroperasi di negara ini.

A commemorative photo to mark the historic development by Inter Mark Resources in tapping into the inclinations of young, savvy consumers with the addition Jamaica Blue, making the A&W Seremban Drive-Thru outlet the first in the country to incorporate the fashionable coffee offering

“Dengan perubahan generasi dalam tempoh beberapa dekad, begitu juga tingkah laku serta tren pengguna. Dalam hal ini, adalah lumrah untuk A&W terus berinovasi dan berkembang. Kita kini sedang dalam misi untuk memberi nafas baharu kepada jenama ini bagi memastikan ia kekal relevan dan tampil menarik kepada pengguna hari ini, terutamanya generasi muda, yang semakin hari semakin cerdik dan arif. Konsep moden-retro ini adalah hasil ke arah hala tuju baharu, yang bukan hanya tertumpu kepada estetika sahaja, namun, turut menggabungkan usaha menggiat semula semua tawaran secara keseluruhan kepada pengguna,” menurut Sophia Ch’ng, Pengarah A&W Malaysia Sdn. Bhd.

Sebagai usaha untuk menarik minat generasi muda, terutama dalam hal membabitkan budaya kopi popular, sebahagian daripada pengubahsuaian itu turut merangkumi jenama kopi terkenal dunia iaitu Jamaica Blue yang dimiliki oleh Inter Mark Resources. Cawangan itu adalah yang pertama di negara ini menggabungkan restoran A&W dan Jamaica Blue.

 Thumbs up from YAB Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji Harun, Menteri Besar Negeri Sembilan; Ms Sophia Ch'ng, Director of A&W Malaysia Sdn. Bhd and Rooty the Great Root Bear on reopening the doors of the iconic A&W Seremban Drive-Thru that has been an integral landmark in Seremban for over 40 years

Mengambil inspirasi daripada Gunung Jamaica Blue - salah satu daerah pengeluar kopi terbaik di dunia - pengunjung Pandu-Lalu A&W Seremban akan dihidangkan dengan pelbagai seleksi Kopi Jamaica Blue yang disediakan oleh pasukan barista yang berpengalaman dan berpengetahuan.

“Gabungan Jamaican Blue dan Pandu-Lalu A&W Seremban akan membawakan pengalaman yang baharu, unik dan menyegarkan kepada penduduk di kawasan ini. Pada dasarnya, matlamat kami adalah untuk mewujudkan suasana dan persekitaran yang sempurna untuk dimiliki dan dinikmati oleh masyarakat di sini dengan memberi tambah nilai kepada mercu tanda ikonik di Seremban,” kata Ch’ng

Memuji langkah tersebut, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Haji Aminuddin Bin Harun berkata cawangan A&W yang diberi nafas baharu menerusi gaya moden-retro dan gabungan Kopi Jamaican Blue akan menambah lagi daya tarikan Seremban sebagai sebuah bandar yang meriah, serta dikenali dengan kepelbagaian makanan unik.

“Seremban sememangnya terkenal dengan kepelbagaian makanannya. Saya tahu ramai yang sanggup balik hari untuk datang ke sini dari seluruh pelusuk negeri hanya untuk menikmati keenakan makanan di sini. Kini A&W menambah lagi kepada kepelbagaian makanan yang ditawarkan dengan menu lagenda mereka. Saya mengucapkan tahniah kepada pihak pengurusan atas semangat inovatif dan keusahawanan mereka yang sentiasa memberikan tawaran inventif dan konsep baharu kepada pengguna. Saya ingin menyeru organisasi dan perniagaan-perniagaan lain di Seremban dan Negeri Sembilan - terutama premis makanan dan minuman untuk menggunakan strategi keusahawanan yang inovatif dan kreatif bagi menjadikan bandar dan daerah ini sebagai syurga makanan yang terkenal."

Sejak diperkenalkan di Malaysia pada tahun 1963, A&W sudah terpahat di hati dan sanubari penggemarnya tidak kira tua mahupun muda yang sangat menggemari menu klasik termasuk kepelbagaian rasa Coney, keenakan waffle dan A&W RB float yang ikonik dan menyegarkan. Malah, sejak kebelakangan ini, anak muda Malaysia mula menggemari menu khas seperti Mozza Burger dan Ayam Goreng Golden Aroma yang diperbuat daripada bahan segar bagi memastikan tahap kualiti yang tertinggi.

YAB Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji Harun, Menteri Besar Negeri Sembilan; Mr George Ang, Chief Executive Officer of A&W Malaysia Sdn. Bhd and Ms Sophia Ch'ng, Director of A&W Malaysia Sdn. Bhd pose with Rooty the Great Root Bear in a classic Ford Thunderbird 1962 Convertible to symbolise the modern-retro vibe of the newly reopened A&W Seremban Drive-Thru outlet

Pembukaan Pandu-Lalu A&W Seremban yang dihidupkan semula adalah sebahagian daripada perancangan besar oleh jenama tersebut untuk pertumbuhan dan perkembangannya di Malaysia, dengan mensasarkan pembukaan lebih 150 cawangan di seluruh Malaysia menjelang 2025.

Selain berkhidmat kepada rakyat Malaysia selama lebih setengah abad, A&W kini adalah entiti yang disayangi oleh rakyat Malaysia dari pelbagai peringkat umur dan segenap lapisan masyarakat untuk beberapa dekad serta generasi seterusnya.

Untuk maklumat lanjut mengenai A&W Malaysia:


Instagram: @anwmalaysia 

Twitter: @anwmalaysia


Saturday, February 19, 2022

ADIK BERADIK BERLAINAN AGAMA MENERIMA ANUGERAH DI KONVENSYEN TAHUNAN YANG KE-17 AS-SALIHIN TRUSTEE BERHAD

Hi Korang,

Sedikit berita gembira yang kak lily nak kongsikan kepada korang semua hah

Nur Elaine Aisyah Binti Abdullah bersama adiknya Jocelyn Ong Siew Feng diiktiraf sebagai penerima Anugerah Perancang Harta Pusaka Islam bagi Kategori Rekruit Tertinggi bagi tahun 2021, bersempena meraikan Konvensyen Tahunan Yang Ke-17 di pusat persidangan Bangsar South baru-baru ini.


Pengiktirafan tersebut telah disempurnakan oleh Dato’ Dr Ashar Abdullah, Pengerusi dan Ahli Lembaga Pengarah as-Salihin Trustee Berhad dan Tn. Hj Abdul Aziz Peru Mohamed, Pengarah dan Ahli Lembaga as-Salihin Trustee Berhad. Majlis anugerah ini turut disaksikan oleh lebih 50 tetamu undangan khas di majlis makan malam tersebut dengan bertemakan ‘BATIK.


Kejayaan yang diperolehi kedua beradik ini telah disatukan dalam kerjaya yang sama iaitu sebagai Perancang harta pusaka Islam di mana kedua-dua adik beradik yang berlesen Certified Financial Planner (CFP) ini menubuhkan agensi yang dinamakan ERA ADVISORY, berdaftar di bawah as-Salihin Trustee Berhad - syarikat amanah yang ditubuhkan sejak 18 tahun lalu oleh Allahyarham Tun Mohd Salleh Abas, bekas Ketua Hakim Negara.

“Alhamdulillah, kami berdua adik beradik amat teruja dan rasa syukur atas anugerah yang kami terima pada malam ini. Kami percaya bahawa anugerah ini adalah hasil usaha dan berkat doa daripada semua pihak. Misi kami di ERA Advisory adalah untuk memberi kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan perancangan pusaka dan fokus kami adalah memberi peluang pendapatan kepada mereka yang minat untuk menceburi bidang Perancangan Kewangan Islam, khususnya bidang perancangan harta pusaka bagi umat Islam. Di ERA ADVISORY, kami menyediakan pelbagai latihan dan kursus untuk membimbing ahli-ahli kami demi menjadi perancang harta pusaka yang berkualiti dan bertauliah. Keunikan yang dapat kami adik beradik sampaikan adalah penyampaian latihan dalam pelbagai bahasa, termasuklah Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Cina. Ini menjadi satu tarikan kepada orang ramai yang ingin menuntut ilmu perancangan Harta Pusaka Islam dalam Bahasa Inggeris atau Bahasa Mandarin.” Kata Elaine Aisyah.

“Hukum Faraid bagi umat Islam sangat lengkap dan terperinci. Saya rasa syukur kerana banyak ilmu dan pengetahuan yang saya belajar selama saya menceburi bidang ini. Niat saya ialah memberi kesedaran dan peluang kerjaya kepada lebih ramai professional di industry kewangan melalui pendekatan dan bahasa yang mereka selesa untuk belajar.” Ujar Jocelyn Ong.

Kerjaya sebagai Perancang Kewangan, khususnya dalam bidang Perancang Harta Pusaka Islam ini telahpun merapatkan lagi sillahturahim kedua-dua adik beradik yang berlainan agama ini.


Elaine Aisyah dan Jocelyn Ong muncul sebagai penerima “Anugerah Top Recruiter Tahun 2021” atas kejayaan mereka mencatatkan bilangan recruit tertinggi di seluruh Malaysia. Kini, ERA Advisory mempunyai lebih 100 orang perancang harta pusaka yang terdiri daripada pelbagai bangsa, agama, latar belakang termasuklah akauntan, auditor, guru, engineer, pengurus hotel, professional kewangan, ustadz dan sebagainya yang berlokasi di seluruh Malaysia termasuklah Sabah dan Sarawak.

“Bagi sesiapa yang ingin mencari peluang pekerjaan dan peluang pendapatan, inilah peluang anda untuk menjadi kaya di dunia dan kaya akhirat.” Elaine Aisyah mengakhiri ucapan beliau dengan mengajak orang ramai menceburi bidang kerjaya sebagai Perancang Harta Pusaka.


Thursday, February 10, 2022

Hebat McDonald’s Sekarang Ni, Ada Ciri Baharu ORDER & COLLECT Untuk Kita Memesan Makanan Tau.

Hi Korang,

Memang McDonald’s favourite kak lily dulu, kini dan selamanya.

Mana tak nya, ini je menu hidangan yang mudah dan pantas. Kak lily paling suka sekali Big Mac burger dengan friesnya yang panas-panas tuh.

Bila ramai yang sama dengan Ahkak ni, sudah tentulah ramai yang datang dan beratur nak dapatkan menu favourite masing-masing.

Yesza sememangnya McDonald’s macam memang memahami je perasan ahkak yang sengsara bila nak makan McDonald’s ni kan.


Dengan adanya aplikasi baru dari McDonald’s ni iaitu Order & Collect, ianya menawarkan pengalaman yang lancar kepada para pelanggan, membolehkan pelanggan memesan, membayar dan memilih bagaimana dan dimana mereka ingin mengambil pesanan, secara terus melalui telefon bimbit.

McDonald’s Malaysia secara konsisten berusaha untuk meningkatkan pengalaman pelanggan, sama ada di restoran, secara dalam talian mahupun melalui aplikasi McDonald’s. Sama ada korang seorang emak atau pelajar, ciri Order & Collect ini direka untuk menjadi alat yang menjimatkan masa dan membolehkan pelanggan memesan hidangan McDonald’s kegemaran dengan mudah hanya dengan satu klik.


Pesanan akan disediakan serta-merta oleh restoran yang dipilih pelanggan selepas pembayaran dibuat melalui Visa atau MasterCard.

Korang kini boleh memilih untuk mengambil pesanan mereka melalui empat cara di restoran McDonald’s yang telah dipilih:

1. Bawa Pulang (Takeaway)

Pelanggan tidak perlu lagi beratur di restoran setelah membuat pesanan melalui telefon bimbit, dan hanya perlu mengambil pesanan mereka di kaunter.

2. Makan di Restoran (Dine-in)

Pelanggan boleh duduk bersantai di restoran sebelum membuat pesanan melalui telefon bimbit mereka. Pesanan yang telah dibuat akan dihantar ke meja mereka di restoran.

3. Pandu-Lalu (Drive-Thru)

Pelanggan boleh membuat pesanan awal dan mengambil pesanan di restoran Pandu-Lalu dalam tempoh 2 jam selepas pembayaran.

4. Pandu-Masuk (Drive-In)

Pelanggan boleh meletakkan kereta mereka di tempat letak yang disediakan di restoran sebelum membuat pesanan melalui telefon bimbit. Pesanan akan disediakan serta-merta dan dihantar ke kereta pelanggan.


“Di McDonald’s Malaysia, kami sentiasa memikirkan cara baharu dan inovatif untuk meningkatkan perkhidmatan kami dan memberikan pengalaman terbaik kepada pelanggan. Kita kini berada dalam era dimana semua pengguna saling terhubung antara satu sama lain. Kemahuan dan keperluan mereka telah berubah, dan kemudahan menjadi keutamaan dalam kehidupan seharian mereka. Dengan ciri Order & Collect, tidak perlu lagi bersusah-payah beratur dan menunggu untuk membuat pesanan. Ini adalah pengalaman yang lancar untuk pelanggan menikmati hidangan McDonald’s kegemaran mereka,” kata Melati Abdul Hai, Naib Presiden dan Ketua Pegawai Pemasaran, McDonald’s Malaysia.

Ciri Order & Collect pertama kali diperkenalkan pada Oktober 2021 di restoran-restoran terpilih sekitar Lembah Klang dan kini dikembangkan ke semua restoran McDonald’s di seluruh Malaysia. Malaysia merupakan pasaran pertama di Asia Tenggara yang melaksanakan ciri ini.

“Perubahan pantas terhadap permintaan dan apa yang diharapkan pelanggan memerlukan syarikat-syarikat makanan dan minuman (F&B) menjadi lebih tangkas, dan di McDonald’s, kami perlu bergerak pantas setanding dengan perubahan pasaran. Teknologi dan pendigitalan akan terus memainkan peranan penting dalam memacu perniagaan, dan kami akan memberi fokus dalam menyediakan pengalaman yang sentiasa dipertingkatkan dan bersesuaian dengan pelanggan kami, khususnya melalui aplikasi McDonald’s,” kata Melati.


Dilancarkan pada April 2018, aplikasi McDonald’s pantas menjadi salah satu aplikasi di kedudukan teratas di Malaysia. Sejak daripada itu, aplikasi tersebut telah dimuat turun oleh sembilan juta pengguna di Apple Store dan Google Play Store. Ia juga merupakan antara aplikasi paling popular yang memberikan nilai hebat dan penjimatan untuk hidangan McDonald’s kegemaran pelanggan.

Mulai sekarang hingga 6 Mac, pelanggan boleh menikmati ganjaran percuma setiap minggu apabila korang membelanjakan RM25 untuk Order & Collect melalui Visa. Untuk pengalaman ciri Order & Collect baharu, muat turun aplikasi McDonald’s di Apple Store atau Google Play Store.

Kak Lily dah cuba tau ciri Order & Collect nieh





Memang amat mudah di gunakan, yang pastinya kena download dulu. Korang boleh pilih empat cara yang di sediakan dan sekejap je order sampai

Jadi apa tunggu lagi, korang pun download jugak tau.

Jangan lupa, check it out social media McDonald’s.

Facebook :

Instagram : 



#mcdonaldsmalaysia
#mcdonaldsrestoran
#carabaruordermcdonalds
#mcdorderandcollect
#mcdbawapulang
#mcdmakandirestoran
#mcdpandulalu
#mcdpandumasuk
#BitersloveMcdonalds

Wednesday, February 9, 2022

KYOOR Is CURE, Makanan Tambahan Bagi Mengekalkan Kesihatan Badan Di Kala Pandemik Covid 19 Ini

Hi Korang,

Di kala zaman millennium ini, segalanya berlandaskan teknologi.

Apa jua yang di lakukan secara digital dan kita agak selesa dengan gaya hidup sebegini yang mana mengakibatkan kesihatan kita mula merudum akibat kurang aktif setiap hari.

Maka timbullah masalah-masalah seperti mudah letih, kerap sakit kepala, selsema, batuk dan pelbagai jenis penyakit yang mana boleh mendatangkan kesan negatif kepada kehidupan seseorang itu.

Yesza, jika korang merupakan salah sorang yang mempunyai masalah-masalah yang berlarutan sebegini, haruslah korang mengambil langkah untuk mengatasinya.

Jadi kak lily memperkenalkan

KYOOR

Kalau korang yang tau yang KYOOR adalah gabungan makanan superfood yang kaya dengan Vitamin , Mineral dan Asid Amino yang diperlukan oleh tubuh badan. Diformulasi dengan campuran buah - buahan tropika yang sangat tinggi fitonutrientnya serta di adun bersama Herba Ashwaganda yang merupakan adaptogen sebagai pengimbang hormon serta sangat penting sebagai tonik saraf.



Formulasi ini telah diuji secara klinikal dan terbukti dapat memperbaiki serta membantu menjana kesihatan tubuh badan secara fizikal, intelektual dan emosi.

Antara manfaat utama didalam suplemen kyoor itu sendiri adalah Herba Ashwaganda yang juga dikenal sebagai ginseng India. Di mana ginseng ini telah mula digunakan dalam rawatan ayurveda sejak 300 tahun dahulu terutama dalam merawat masalah mental.


Menurut Datin Ima Zara, penyelidikan telah dilakukan lebih kurang 2 tahun untuk mendapatkan formulasi terbaik dalam menggabungkan bahan botani seperti tumbuhan dan buahan. Pengambilan sangat mudah hanya ambil satu sachet setiap hari. Apa yang lebih menarik dalam tempoh 30 minit selepas pengambilan kita akan dapat lihat perubahannya.

Tambah beliau lagi, zaman sekarang kita terlalu terdedah dengan makanan segera (fast food), penggunaan kosmetik yang mempunyai merkuri, sibuk bekerja yang menyebabkan masalah gastrik, stress disebabkan keadaan ekonomi dan pelbagai lagi. Jadinya emosi dan fizikal memang dalam keadaan sangat lemah. Jadi jika berterusan ianya boleh memberi kesan kepada diri sendiri.

Pengasas Kyoor YH Dato' Hj Ahmad Zulfaizal bin Haji Jamaludin bersama isteri Datin Ima Zara

Gabungan ini akan menjamin, memperbaiki, membantu dan menjana kesihatan tubuh badan secara fizikal, intelektual dan emosi. 

Adakah korang mempunyai masalah-masalah seperti di bawah ?

🌀Sistem imunisasi badan yang rendah @lemah.

🌀Resah, gelisah ( Kebimbangan yang melampau ).

🌀Tekanan perasaan.

🌀Sering jadi " PELUPA "

🌀Tidur tak lena dan susah tidur malam ( insomnia )

🌀Hubungan kelamin yang " Hambar ". Libido rendah.

🌀Sering letih dan tak bermaya.

🌀Sakit sendi saraf , sakit pinggang , lutut.

🌀Yang merancang untuk dapatkan anak.

🌀Penghidap penyakit tak berjangkit seperti kencing manis , darah tinggi .gout , kanser , masalah kulit, dan sebagainya

Cara paling mudah jika hendak tahu tahap kesihatan diri, kita boleh buat pemeriksaan morfologi darah bagi mengesan masalah yang ada didalam tubuh melalui bentuk dan saiz (abnorml) sel darah yang hadir dalam plasma darah.


Tahukah korang berapa lama jangka hayat setiap sel darah merah?

100-120 hari sahaja sejak ia dihasilkan dari tulang sum sum kita. 

Dalam jangka hayat 3-4 bulan itulah setiap sel darah merah itu berulang ulang melakukan tugasnya. Melalui kapilari kapilari darah menyampaikan oksigen dan mengangkut karbon dioksida untuk dibawa keluar oleh paru paru.

Produk KYOOR ini sangat bermanfaat untuk :-

1.Mengimbangi kesihatan mental & emosi

2.Membantu menguruskan tekanan dan masalah kegelisahan

3.Membantu menghidupkan / mengaktifkan minda dan tubuh badan

4..Membantu menguatkan sistem imunisasi badan yang lemah.

5.Memberi tenaga tambahan

6.Meningkatkan kekuatan dan menyokong otot yang sihat

7.Membantu potensi seksual lelaki dan wanita bertambah baik.

8.Membantu menstabilkan darah .

9.Membantu merawat masalah dalaman wanita dan lelaki.

10. Merawat pelbagai penyakit akute dan kronik seperti Kencing Manis, Darah Tinggi, Anemia, Insomnia, Kanser, Gout / Arthritis sendi, Athma / Lelah / Semput

Kak Lily Dah Buat Ujian Morfologi Darah

Berdebar-debar rasanya, bila kak lily buat ujian morfologi darah hari tuh tau tapi therapist yang buat semualah bukan kak lily tau pun kan.


Menggunakan teknologi terkini, memang kita akan dapat melihat keadaan plasma darah dengan pantas. (on the spot).

Keadaan plasma darah bila zoom dekat, ya ampun serammm


Jika dilihat ianya banyak pengumpulan sel darah merah. Antara penyebab plasma darah saya kelihatan seperti ini kerana :-

· Tahap oksigen mula tidak cukup dalam sel darah

· Kurang minum air

· Keletihan

· Darah itu terkumpul disebabkan terlebih mengambil kelainan protein.

Jadinya kak lily pun mencuba Kyoor seperti yang telah dicadangkan.


Untuk mereka yang tidak ada masalah kesihatan (normal) hanya perlu ambil satu sachet sahaja. Amalkan setiap hari pada awal pagi. Tetapi pada mereka yang mempunayi masalah kesihatan disarankan 2 sachet iaitu pagi dan petang.

Boleh juga diambil oleh kanak-kanak tetapi hanya untuk 5 tahun ke atas. Pengambilan dibenarkan hanyalah separuh sachet.

Untuk ibu menyusu tidak digalakkan. Untuk wanita hamil hanya digalakkan pada 4 bulan pertama sahaja.

kami semua dah cuba tau


Untuk kesan yang lebih baik, kena minum banyak air setiap kali pengambilan Kyoor.

Jom Dapatkan Kyoor Hari Ini

Produk Kyoor ini memang telah mendapat pensijilan halal dari Jakim begitu juga telahpun pengiktirafan oleh KKM


Seperti yang telah saya jelaskan ianya pemakanan tambahan superfood dengan gabungan pelbagai buah-buahan tropika dan bersama Herba Ashwagandha yang mempunyai banyak, Amino asid, Folate B9, Vitamin B12 dan Zat besi. 

Semua nutrisi ini menjadi pembentuk darah agar penggantian darah selepas 3-4bulan dapat dihasilkan cantik dan sempurna serta cukup oksigen.

Untuk pertanyaan dan pembelian:

Laman WEB Syarikat

✅ www.zarrazworld.com

✅ www.kyoor2u.com

✅ FB HQ ( zarrazmall )


✅ IG HQ ( zarrazmall )


✅ IG zarrazkyoor.official



Friday, February 4, 2022

CHINESE NEW YEAR HI-TEA Di PALM GARDEN HOTEL, Putrajaya

Hi Everyone,

Chinese New Year is a time for gathering with family and friends to celebrate the Lunar New Year. Loh Sang is usually a must to toss for a prosperous and other wishes you have for the New Year. Palm Garden Hotel, Putrajaya, a Tribute Portfolio offers Chinese New Year (CNY) dining with a difference with a homely Chinese themed Hi Tea every Saturday and Sunday until 13 February 2022.


On the buffet you will find Chinese cuisine such as Roast Duck, Sauteed Beef with Ginger and Spring Onions, Prawns with Salted Egg, Chinese Herb Chicken Soup, Assorted Dim Sum and many more. For desserts find an assortment of CNY goodies such as Chinese Pancake, Kuih Lin Ko, Peng Pei dumplings, lo kam, pomelo and more. The highlight of the buffet is the all you can eat Yee Sang corner, where you can collect your Yee Sang condiments for any numbers of persons in your dining party and toss to your heart’s content.










If you did not manage to dine-in for the Chinese New Year Hi-Tea, fret not as the usual Weekend Hi-Tea will still be available every Saturday and Sunday after the CNY season is over. Weekend Hi-Tea selections include Satay corner, Goreng Goreng, Yong Tau Foo, Roti Canai on a rotational basis. On the main course find varieties such as Spring Rolls, Grilled Minute Beef, Fried Chicken Wings, Seafood Wantan and more.




Palm Garden Hotel’s Chinese New Year Hi-Tea is available every Saturday from 6.30pm until 10.00pm until 13 February 2022 but will continue with the Weekend Hi Tea until 27 March 2022.



The Hi-Tea is priced at RM98+ per adult. For reservations, please call Palms Café at 603 8943 2233 or 0163144101. Join the Marriott Bonvoy app to enjoy opening discounts until 31 March 2022.

Lets go to :


Palm Garden Hotel, Putrajaya, a Tribute Portfolio Hotel
IOI Resort City
62502 Putrajaya

Please LIKE and FOLLOW at social media below :

Website:

Facebook:



Thursday, February 3, 2022

The Tinder Swindler Di Netflix - Kisah Benar Mengenai Scammer Jutawan Berlian

Hi Korang,

Kak lily tertarik nak cerita dengan korang mengenai satu dokumentari yang baru je kak lily tengok di Netflix yang bertajuk The Tinder Swindler.

Kalau korang nak tau yang Tinder merupakan aplikasi mencari teman mahupun jodoh yang sangat terkenal di serata dunia even kawan-kawan kak lily pun menggunakan aplikasi ni hah. Ada yang dapat jodohnya namun ada yang tidak.

Erm tak per nah kak lily kongsikan sedikit sinopsis The Tinder Swindler ni yer


The Tinder Swindler tells the jaw-dropping story of a prolific conman who posed as a billionaire playboy on Tinder, and the women who set out to bring him down.

It’s not easy to find love online, so when Cecilie matches with a handsome billionaire playboy, she can’t quite believe it when he turns out to be the man of her dreams. But dreams aren't reality and by the time she discovers this international businessman isn’t who he says he is, it’s too late. He’s taken her for everything. Where this fairytale ends, a revenge thriller begins. Cecilie discovers his other targets and once they band together, they're victims no more: THE TINDER SWINDLER meets his match. From the producers of ‘The Imposter’ and ‘Don’t F**k with Cats’, this riveting feature documentary follows as they uncover his true identity and fight to bring him to justice.

So macam mane ?

Memang betullah scammer ade di mana-mana di dalam dunia nieh.


Walaupun macam mana pun perempuan tetap kena tipu, baik yang kurang cerdik mahupun yang bijak bistari. Masalahnya bukan jer hati terluka malah beratu ribu ringgit hangus macam tuh jer

Sebenarnya lebih daripada 3 mangsa yang Simon Leviev ni scam tapi 3 perempuan ni agaknya yang berani mendedahkan citer mereka kot. Bayangkan lepas je swipe right terus jumpe kat coffee shop di hotel terkemuka, kemudian di ajaknya naik private jet terus keluar negara. 

Mana tak perempuan ni semua cair kan!!

Lepas 2-3 kali perjumpaan, mulahkan proses menarik duit berlaku, di mulakan dengan ade orang ancam nak bunuh dia, tak boleh guna credit card dan pelbagai lagi. 

Helah demi helah dan duit mula mengalir dengan banyaknya ke scammer nie tapi yang hebat tuh, si scammer ni langsung tak kisah muka nya di pertontonkan memang betul-betul berani sungguh lah kan.

So until now, si Simon ni still hidup lagi di Palestine yer dan hanya di kenakan penjara 6 bulan dan di bebaskan dan perempuan-perempuan yang di scamnya itu terpaksa menanggung beban hutang yang bertimpa-timpa.

Ishkk ambillah pedoman dari dokumentari ni ekk!!

Korang wajib tengok tau, cara penipuan tuh memang hebat betholl.