Saturday, January 15, 2022

Peminat Muzik di Malaysia diberi kuasa untuk menobatkan lagu terhebat dan artis paling popular di “JOOX Top Music Awards Malaysia Year End 2021”

Hi Korang,

Bersedia untuk mengundi idola anda! JOOX, platform penstriman muzik dan hiburan yang paling berdedikasi di Asia, sekali lagi membawakan “JOOX Top Music Awards Malaysia Year End 2021” untuk menobatkan lagu terhebat dan artis paling popular pada penghujung tahun 2021! Pencinta muzik di Malaysia pasti teruja kerana suara mereka akan didengari, dimana mereka akan menentukan rentak dan melodi yang paling digemari sepanjang tahun lalu.

Anugerah akhir tahun ini akan menentukan artis dan lagu terhebat serta paling popular pada penghujung tahun 2021, dimana terdapat tujuh kategori iaitu Top 5 Artis Lokal, Top 5 Hit Lokal, Top 5 Artis Antarabangsa, Top 5 Hit Antarabangsa, Top 5 Hit K-Pop, Top Fans Pick, dan Top 3 Hit Karaoke Popular! Ianya dimeriahkan dengan pencalonan artis-artis kegemaran tempatan seperti Dato' Sri Siti Nurhaliza, Khai Bahar, Iman Troye, dan artis-artis terkenal antarabangsa seperti Olivia Rodrigo, Alan Walker, Justin Bieber, dan idola K-Pop Lisa, Lee Hi, Jeon Somi dan  ramai lagi! 

Bermula pada 11 Januari ini sehinggalah 26 Januari 2022, peminat muzik di seluruh Malaysia memiliki kuasa untuk menobatkan pemenang anugerah penghujung tahun 2021 dengan mendaftar di JOOX. Pengguna percuma akan mendapat 60 undian setiap hari (10 undian untuk setiap kategori), manakala pengguna JOOX VIP akan mendapat 1,200 undian setiap hari (200 undian setiap kategori)! Jangan lepaskan peluang keemasan ini untuk membantu artis kegemaran anda dengan daftar menjadi pengguna VIP sekarang! Bukan itu sahaja, anda juga boleh menjadi pengundi terbanyak dan memenangi Anugerah Peminat Fanatik (untuk semua kategori) dan memenangi iPhone 12 Pro Max2! Ambil tindakan sekarang: bit.ly/JMAYearEnd2021

 

Angie Tan, Head of JOOX Malaysia, berkata, “Kecintaan rakyat Malaysia terhadap muzik semakin ketara dari masa ke semasa melalui peningkatan penstriman muzik, terutamanya apabila JOOX melancarkan fitur karaoke, lantas  memberikan lebih banyak cara kepada peminat untuk menyatakan sokongan mereka terhadap lagu dan artis kegemaran mereka. Memandangkan kita telah memasuki tahun baharu, JOOX sangat teruja untuk melihat balik dan meraikan hit terbaik dan artis  paling menyerlah pada tahun lalu, seperti yang akan dipilih oleh pencinta muzik negara."


Melihat kepada senarai pencalonan kali ini, Top 5 Artis Lokal   Dato’ Sri Siti Nurhaliza, Ukays, dan XPDC – membuktikan bahawa artis-artis senior masih berbisa, manakala artis seperti Haqiem Rusli dan Naim Daniel terus mengukuhkan lagi kedudukan mereka. Sementara itu, lagu baharu daripada bakat segar seperti Tajul & Afieq Shazwan serta Iman Troye turut tercalon.

Bintang K-Pop, LISA, BTS dan TWICE, pula dicalonkan dalam kategori Top 5 Hit Antarabangsa , sekaligus menunjukkan impak hebat mereka di peringkat antarabangsa. Lagu LISA bertajuk “MONEY” mengungguli Carta Hit Antarabangsa JOOX selama 13 minggu berturut-turut.  Manakala Adele yang membuat kemunculan semula dengan lagu "Easy on Me" turut tercalon dalam kategori yang sama.

Ikuti muzik terhangat dan undi idola dan lagu kegemaran anda sekarang! Muat turun aplikasi mudah alih atau desktop JOOX pada Apple App Store dan Google Play Store, atau layari laman sesawang JOOX website. Nantikan lebih banyak muzik dan siaran langsung artis tempatan dan antarabangsa, serta rancangan dan program baharu yang menarik yang dibawakan kepada anda oleh JOOX!


No comments :