Hi Korang,
Payah betul nak spend time dengan keluarga kan??
Walaupun ktorang nieh duduk dekat-dekat jer tapi nak jumpe tuh lately ni agak payah sket sebab memasing ada aktiviti sendiri di hujung minggu kan.
Dan bila kita ada limited time dan ruang untuk berehat maka haruslah kita mengambil kesempatan ini sebaik mungkin. Di musim-musim pandemik ni nak berjalan jauh agak susah jugak kalau kita sekeluarga beramai-ramai.
Yang paling mudah lokasi bercuti ada mencari hotel di Kuala Lumpur
Dan kebetulan pulak, hujung Disember tahun lepas ada sambutan hari jadi mama so ktorang sekeluarga plan untuk bercuti walaupun hanya di waktu hujung minggu.
Puas jugak membelek-belek segala jenis hotel di sekitar Kuala Lumpur ni untuk mencari hotel promo dan kebanyakannya penuh di sebabkan sambutan perayaan Krismas, segala mak neka laman web kami cari but still banyak yang sold out. Tup-tup my sister suggests, not why check di website Traveloka mana tau kot kot ade rezeki kat situ.
Memang penyelamat bethol lah si Traveloka ni ek hehehee
Yesza setelah pilih punye pilih akhirnya ktorang memilih Grand Hyatt Kuala Lumpur je sebab harga yang di tawarkan ketika itu amat berpatutan bagi kami sekeluarga.
GRAND HYATT Siot!!!! tempat orang-orang upper class tuh tapi ktorang managed dapat duduk kat sini jugak tau
Nampak macam halus je struktur bangunannya tapi kalau korang nak tau yang Grand Hyatt hotel ini mempunyai 411 bilik tamu yang luas termasuk 42 suite dengan pemandangan latar belakang yang menakjubkan.
Jadinya hujung minggu tersebut, kami sekeluarga berehat di hotel yang boleh di katakana agak mewah jugak. Pertama kali ketika berada di sini ya ampun bestnya, bilik yang selesa, makanan yang enak-enak dan pemandangan yang indah.
Yang paling kak lily suker adalah main lobinya yang di gelar ‘Sky Lobby’ kerana terletak tingkat 38 yang berlatarbelakangkan pemandangan panoramik. Sempat ktorang bergambar di sini sebagai kenangan.
Di sebabkan ada anak-anak sedara kak lily so ktorang tidak turun makan di restoran pun sebab nak jarakkan dan nak elakkan jangkitan covid, mostly segala makanan dan minuman kami pesan dengan menggunakan khidmat room service.
Petangnya kami sekeluarga berjalan sambil beriadah di taman KLCC
Kalau korang tau, taman ni merupakan tempat lumba kuda terdahulunya dan kini di jadikan taman yang cukup indah dan juga terdapat tempat permainan kanak-kanak yang besarnya 2 ekar.
Sempat juga kak lily berjogging petang itu tapi treknya tak lah panjang pun hanya 1.3km sahaja tapi terdapat banyak peralatan untuk bersenam di sekitar taman ini dan kalau korang ingin bersiar-siar terdapat laluan pejalan kaki dan jambatan kecil merintangi kolam yang amat sesuai di jadikan tempat untuk berOOTD hehehhe ini kan trend masa kini.
Malamnya selepas acara makan malam sambil meraikan harijadi mama, kak lily dengan hubby keluar berdua untuk supper, yelah saje-saje nak ambil angin malam di bandaraya Kuala Lumpur sambil mencari makan.
Of courselah ktorang ke TAPAK Urban Street Food. Sukerlah wei sebab terdapat pelbagai jenis menu makanan yang korang boleh dapati di sini. Haruslah kak lily order churros dan burger dan juga fries buat kunyah-kunyah sambil jalan balik ke hotel.
Overall ini merupakan staycation yang paling seronok yang kak lily rasa kerana kebanyakan masa ktorang habiskan di dalam bilik hotel dengan melakukan pelbagai aktiviti seperti main cards, makan-makan bersama-sama.
Definitely kak lily akan booking lagi Grand Hyatt Kuala Lumpur ni sekali lagi tau lepas nieh.
Nak jugak rase mandi dalam bathtub mengadap KLCC ekk hehehehehe...
1 comment :
Lama tak ke KL.Last pergi sana sebab pergi tengok bapak mertua di IJN.
Post a Comment