Tuesday, October 12, 2021

Tic Tac Malaysia X Mobile Legends: Refresh, Recharge dan Raikan dengan ‘Little Wins’

Hi Korang,

Kekal berpegang kepada semangat yang ceria dan kreatif, Tic Tac telah bekerjasama dengan permainan mudah alih yang paling popular di Malaysia - Mobile Legends.


Dengan evolusi amalan hiburan rakyat Malaysia, permainan dalam talian adalah forum terbaik untuk generasi muda merehatkan diri daripada kesibukan tugas harian dan memupuk semangat berkomuniti. Memandangkan peranan Tic Tac dalam menawarkan ketenangan dengan cara tersendiri dan menyatukan orang ramai dengan pek ikoniknya, Mobile Legends adalah rakan kongsi yang ideal untuk jenama ini.

Tic Tac Malaysia melancarkan kempen ‘Refresh and Recharge’ yang bermatlamat memberi inspirasi kepada para pemain untuk merasai kesegaran dan meraikan 'little wins' dalam permainan, sekali gus menghindarkan diri daripada elemen negatif dalam talian dan membangkitkan kembali sifat murni dalam diri mereka.

Hari ini, Refresh & Recharge (R&R) Night (RR) distrim di laman Facebook Tic Tac Malaysia, dengan dua pemain Mobile Legends Terkemuka di Malaysia, Thanuk Pri Cha (Nukk) dan Syafiq Faizin (Zynn), serta ‘lifestyle influencer’, Muhammad Syah Fitri, (Syahfit). Trio ini bertukar-tukar tip dan trik Mobile Legends eksklusif, serta meluangkan masa melihat dan mengulas koleksi sesi permainan Mobile Legends Zynn yang menghiburkan.

Acara selama satu jam itu juga termasuk perlawanan persahabatan Tic Tac Legend antara mereka bertiga. Mereka dikehendaki menggunakan “chopsticks” untuk mengembalikan gula-gula Tic Tac ke bekas mereka dalam permainan pertama, 'Marksman Supreme.' Mereka juga harus membina menara Tic Tac tertinggi dari bekas kosong dalam permainan 'Support Tower' - dalam kedua-dua sesi di mana mereka meraikan 'little wins' mereka dengan Tic Tac.


Sebagai sebahagian daripada kempen 'Refresh and Recharge', rakyat Malaysia berpeluang memenangi lebih 1,500 aset Mobile Legends seperti Diamond (50 hingga 1,000 Diamond), Skin and Hero setiap minggu. Mereka hanya perlu membeli Tic Tac dalam mana-mana perisa (Mint, Orange, Spearmint, dan Strawberry) dan memuat naik resit pembelian di www.tictac.my  untuk layak.

Tic Tac juga akan memberikan 40 hadiah utama setiap minggu, termasuk ‘Limited Edition’ dan ‘Special Skins’, ‘Heroes’ serta ‘1,000 Diamonds’. Untuk layak menerima hadiah Bonus ini, gunakan hashtag #TicTacRecharge dan kongsi siaran awam di Facebook/Instagram anda dengan menyatakan mengapa anda suka Tic Tac. Selepas anda mengikuti langkah yang dinyatakan di atas, hanya muat naik tangkapan layar siaran anda untuk layak bagi peraduan Bonus mingguan!

Kempen Refresh & Recharge with Tic Tac akan berlangsung dari 4 Oktober hingga 28 November 2021.

Maklumat lanjut mengenai kempen dan promosi boleh didapati di:

Laman Web Tic Tac Malaysia: www.tictac.my

Laman Facebook Tic Tac Malaysia: https://www.facebook.com/tictacmalaysia/

No comments :