Hi Korang,
Minggu lepas kak lily berkesempatan ke majlis perasmian MKAJ salun rambut serta pelancaran produk penjagaan rambut mereka tersendiri.
MKAJ merupakan perniagaan yang berasaskan pendandanan dan penggayaan rambut telah mengorak selangkah lagi dengan pembukaan franchise pertama di Platinum Walk, Danau Kota, Setapak Kuala Lumpur. Pada hari yang sama turut diadakan pelancaran produk terbaru penjagaan rambut dari label mereka sendiri.
Menurut pengasas MKAJ Encik Sharizan b. Salleh, empat huruf MKAJ adalah gabungan daripada nama adik-beradik. Ternyata pilihan yang sangat baik kerana bunyinya agak unik, catchy dan mudah diingati!
Dengan kemahiran serta pengalaman lebih 18 tahun berada didalam bidang pendadanan dan penggayaan rambut, tidak hairanlah MKAJ sering terlibat di acara berprestij termasuklah menggayakan rambut artis-artis popular tanahair seperti Zizan Razak, Hefny Saad, Zizi Kirana dan ramai lagi.
Antara pakej yang ditawarkan di MKAJ Salon seperti :-
· Perunding profesional
· Penjagaan rambut
· Penggayaan rambut
· Warna rambut
Salon pendandanan dan penggayaan rambut ini sebenarnya dibuka untuk lelaki mahupun wanita. Lebih menarik untuk wanita berhijab dandanan disediakan bilik khas tertutup. Hanya 8 pelanggan didalam kedai untuk satu-satu masa dan ke semua pelanggan perlulah lengkap bersama 2 dos vaksin. + tempoh 14 hari.
Salon in dibuka dari jam 11 pagi sehingga 11 malam.
Apa yang menarik di Salon MKAJ ini juga kita boleh dapatkan produk lain seperti vape dari Koboi, barangan dandanan serta penjagaan rambut di bawah label MKAJ dan juga pakaian street wear.
Turut hadir di majlis perasmian serta pelancaran produk MKAJ, En Sharizan b. Salleh (Pengasas MKAJ), En Asrull Nezam b. Alias (Managing Director Koboi), En Rahman b. Ibrahim (Co-founder Koboi, En Anwar b. Johari (Co-founder Koboi) dan En Izzuddin b. Osman (Co-founder Koboi)
Menurut Encik Asrull Nezam, perancangan MKAJ bukan sahaja untuk membuka salon franchise tetapi mereka juga dalam perancangan untuk membuka Akademi MKAJ. Di mana didalam akademi ini bukan sahaja diajarkan mengenai teori dandanan dan penggayaan rambut bahkan selok belok bisnes juga akan diberikan kepada pelajar mereka.
Produk Penjagaan Rambut MKAJ
Setelah 3 tahun MKAJ membuat kajian mengenai formulasi terbaik dalam penjagaan rambut, akhirnya 4 produk terbaru berjaya dihasilkan. Apa yang unik produk yang dihasilkan adalah water base (berasaskan air) jadi tiada masalah buat orang muslim untuk pakai dan dibawa untuk solat.
4 produk MKAJ yang baru dilancarkan adalah seperti:-
· Signature ceLAB Syampu- Soothing (I Feel Good)
· Signature ceLAB Perapi Rambut - pH Balance (Still Loving You)
· Signature ceLAB Pewangi Rambut - Volume (It's My Life)
· Signature ceLAB Serum - Essence (Power of Love)
Keempat produk ini sesuai untuk semua jenis rambut. Paling penting formulasi terbaik telah digunakan untuk penjagaan serta perawatan rambut. Harga yang ditawarkan adalah diantara RM80 sehingga RM120.
Kak lily sendiri excited untuk mencubanya.
Once dah cuba nanti kak lily akan update dalam entri yang berikut tau..
Bagi mereka yang ingin dapatkan produk ini boleh layari laman web Signature CeLab ataupun boleh beli di salon MKAJ
Ini alamatnya :
No. 6-G, Platinum Walk,
Jalan Langkawi,
Danau Kota, 53300 Kuala Lumpur
No comments :
Post a Comment