Hi Korang,
Berita Lulu Hypermarket akan di buka di lokasi Seri Kembangan ni dah 2 minggu kak lily dengar tau, until ada orang bagitau memang betul Lulu Hypermarket bakal di buka di Seri Kembangan.
Of courselah kak lily excited sebab barangan di Lulu Hypermarket sememangnya berkualiti dan pada harga yang berpatutan.
Lulu Hypermarket yang di beri nama Lulu Groser ini merupakan cawangan keempat yang telah dibuka di Amerin Mall Seri Kembangan. Bagi mereka yang berdekatan dengan Amerin Mall terutama yang di tinggal kawasan belakong, Seri Kembangan, Sg Besi bolehlah datang membeli-belah barangan dapur di sini.
Lulu Grocer Amerin Mall mempunyai keluasan 31 ribu kaki persegi dengan bahagian pasar raya, makanan panas, barangan segar dan pelbagai barang keperluan asas yang lainnya. Ianya terletak di aras Ground Floor.
Kak lily memang sentiasa mengikuti pembukaan outlet baru Lulu Hypermarket ini, pastinya ada promosi barangan yang ditawarkan pada harga jauh lebih murah di pasaran.
Jadi sesangat berbaloi jika berbelanja di minggu pertama pembukaan.
Pelbagai Barangan Keperluan Asas Rumah Ditawarkan
Apa yang menarik, produk memang tersusun kemas mengikut bahagian yang telah ditetapkan. Korang boleh dapat penanda arah produk yang akan besar dan bersistematik bagi memudahkan para pelanggan untuk membuat carian barangan yang diperlukan.
Hot Food (Masakan Panas)
Di sini ada ditawarkan nasi ayam mandy, nasi beriani, lasagna, ayam bakar dan pelbagai lagi
Bersempena dengan hari pembukaan, terdapat beberapa hidangan ditawarkan pada harga promosi. Contohnya seperti beli 2 ekor ayam bakar akan diberikan air coke 1.5 litter secara percuma.
Bakeri
Selain itu ada juga kek, roti, biskut homemade, manisan di bahagian bakeri.
Untuk roti dan kek tidak hanya menawarkan produk in-house, terdapat juga jenama lain seperti Gardenia dan pelbagai lagi.
Delicatessen
Sekiranya korang mencari kimchi, sambal belacan, keju, acar pelbagai jenis, cili jeruk, barangan kisar seperti bawang, cili dan sebagainya, bolehlah terjah ke kawasan ini.
Roastery
Kekacang dan pelbagai jeneis kurma ditawarkan di bahagian ini.
Meat (Daging)
Boleh dapatkan ayam dan daging di Lulu Hypermarket. Selain banyak pilihan, jaminan halal juga adalah menjadi keutamaan.
Fish (Ikan)
Terdapat pelbagai jenis ikan yang di tawarkan di sini termasuklah makanan laut yang lelain seperti kerang, kupang, ketam, udang dan lelain lagi. Terletak bersebelahan dengan bahagian daging. Servis pemotongan ikan disediakan.
Nieh kak lily kongsikan katalog promo untuk tatapan korang hehehehe..
Di Amerin Mall juga turut menyediakan kemudahan seperti tempat makan, tempat letak kenderaan dan pelbagai lagi.
Selain itu terdapat aksesibiliti yang mudah untuk ke Lulu Grocer Amerin Mall. Ini kerana ianya terletak betul-betul di sebelah Lebuhraya SILK . Jadi mudah untuk pelanggan dari Serdang, Cheras ataupun Kajang.
Tahniah di ucapkan ke atas pembukaan outlet terbaru di Amarin Mall Seri Kembangan
Jom kite :
Lot G, Amerin Mall, 11, Persiaran Impian Indah,
Taman Impian Indah, 43300 Seri Kembangan, Selangor
Keterangan lanjut mengenai promosi di Lulu Hypermarket boleh layari,
Website :
Mari LIKE dan FOLLOW mereka di social media berikut :
Facebook Page :
Instagram Link :
1 comment :
Ishhh murahnya lahaiiii... bilalah nak ada kat JB ek...
Geram nengok susunan dan freshnya laa semua barang dia..
Post a Comment