Hi Korang,
Lama betul tak ke Lulu Hypermarket.. OMG!! Yeah ππππ
Dapat je pelepasan kebenaran merentas daerah yang kerajaan umumkan baru-baru ini, haruslah ahkak ko ke Lulu Hypermarket Setia Alam. Ermm lama betul tak ke mari yer rasanya 5-6 bulan cam tuh lah.
Sekarang ni tengah ada promo kaw-kaw yer..
Kalau korang nak tau yang sekarang ini ditawarkan kupon membeli-belah bernilai RM50 secara PERCUMA! Seriously takkan kak lily nak tipu plak kann
Cara Untuk Dapatkan Kupon Membeli Belah – LULU Coupon Craze
Langkah 1
Hanya Berbelanja Sebanyak RM100 (min) Dari Bahagian Supermarket di Lulu Hypermarket
Langkah 2
Buat Pembayaran di Kaunter. Jika Pembelanjaan Lebih RM100 Anda Boleh Tebus Kupon Membeli Belah (Lulu Coupon Craze) Bernilai RM50
Langkah 3
Berbelanja di Bahagian Fesyen dan Guna Kupon Membeli Belah (Lulu Coupon Craze) Bernilai RM50
Hahahaha senang jer kan kan kannnnnn…
Bahagian Supermarket di Lulu Hypermarket Setia Alam
Terdapat ratusan hingga ke ribuan jenis produk yang di tawarkan di bahagian ini, dari barangan segar hingga ke keperluan segenap rumah, termasuklah pinggan mangkuk, bahan cucian, produk kecantikan diri dan macam-macam lagi.
Barangan kering seperti bawang merah,bawang putih dan bawang holand serta sayur-sayuran. Begitu juga dengan buah-buahan segar.
Tidak dilupakan barangan basah. Ikan, daging dan ayam ada juga ditawarkan pada harga yang cukup menarik.
Barangan frozen (sejuk beku) jugak terdapat promosi hebat. Kak lily suker aiskrimnya yang pelbagai.
Di bahagian supermarket Lulu memang ada begitu banyak plihan barangan rumah daripada pelbagai jenama. Hanya berbelanja dari satu bumbung, kita boleh dapatkan hampir ke semua barangan yang dikehendaki.
Produk makanan Ready To Eat (RTE) seperti di bahagian Hot Food dan Bakery juga di tawarkan pada harga berpatutan. Sempat jugak kak lily makan di sini tadik pekena nasi lemak dan jus tembikai.
Tebus Kupon Membeli Belah (Lulu Coupon Craze) Bernilai RM50
Eh siapa tak nak kupon bernilai RM50 ini kann!!
Macam-macam yang boleh di beli dengan kupon RM50 ini.
Setelah membuat pembayaran dan sekiranya korang berbelanja lebih RM100 (dalam satu resit) secara tidak langsung melayakkan korang untuk menebus kupon RM50 (Lulu Coupon Craze) dari kaunter perkhidmatan pelanggan.
Syarat penebusan kupon RM50 ini adalah seperti berikut:-
· Kupon ini SAH ditebus untuk pembelian minimum RM100 dari Bahagian Fesyen Store untuk barangan dari jenama yang terpilih sahaja
· Kupon ini SAH untuk sekali penebusan dan tidak boleh disatukan bersama kupon yang sama atau ditukarkan kepada tunai
· Sah penebusan sehingga 30 September 2021.
Ayuh Berbelanja di Bahagian Fesyen dan Gunakan Lulu Coupon Craze Bernilai RM50
Yesza inilah masanya untuk berbelanja dengan kupon yang korang dapat setelah membuat bayaran tu tadik.
Di bahagian fesyen di tingkat 1 ini, korang boleh dapatkan pakaian dari pelbagai koleksi yang menarik. Ini terutama di bahagian yang menawarkan koleksi Sari, Churidar, kasut dan juga beg tangan.
Cantik-cantik kan sari di bahagian Lulu Celebrate nieh, ermm kalau ada saiz mau kak lily sambar 2-3 helai hah. Tapi apakan daya.... kite tengok jelah.
Dah apa tunggu lagik!!
Jadi korang jangan lupa untuk berbelanja di Lulu Hypermarkat. Dan rebut peluang untuk dapatkan Kupon Membeli-Belah RM50. . Tawaran ini sah hanya sehingga 30 September 2021 sahaja tau!
Keterangan lanjut mengenai promosi di Lulu Hypermarket boleh layari,
Website :
Mari LIKE dan FOLLOW mereka di social media berikut :
Facebook Page :
Instagram Link :
1 comment :
Kak, nanti ko pergi ko tanyalah, bila nak bukak kat Johor.. kalau dia taknak, ko je la kak bukak, LILY SUPERMARKET, kompom aku jd pelanggan tetap hahahahha
Post a Comment