Hi Korang,
Lotuss Stores (Malaysia) Sdn Bhd (Lotus’s Malaysia), dikenali sebagai Tesco Malaysia sebelum ini, telah memperluaskan ekosistem pembayaran tanpa sentuhannya dengan penerimaan ShopeePay. Ini sebagai tindak balas kepada peningkatan pembayaran tanpa tunai yang direkodkan di kalangan para pembelinya mencecah 25 peratus tahun ke tahun.
"Pandemik
Covid-19 berserta dengan kemudahan, keselamatan, dan sokongan daripada pihak
kerajaan, telah menggalakkan penerimaan pembayaran tanpa tunai di Malaysia.
Memandangkan kebergantungan terhadap e-dompet semakin meningkat, kami perlu
memastikan bahawa semua pilihan cara pembayaran yang sedia ada dapat diakses
oleh pembeli kami,” kata Vivian Yap,
Pengarah Eksekutif Pelanggan di Lotus’s
Malaysia.
"Dengan
populariti ShopeePay yang kian meningkat seperti yang dilihat dari reaksi
pasaran semasa pelaksanaan eBelia, kami percaya bahawa kerjasama ini akan
memanfaatkan pembeli Lotus’s dan juga pengguna ShopeePay. Para pelanggan juga
akan dapat menikmati pulangan tunai apabila mereka membuat bayaran untuk
barangan runcit mereka menggunakan ShopeePay di mana-mana 62 cawangan kami di
seluruh negara, membolehkan mereka menikmati lebih penjimatan,” tambah Yap.
Alain Yee, Ketua ShopeePay Malaysia menyatakan
bahawa kenaikan pembayaran tanpa tunai di Lotus’s menunjukkan penerimaan
positif terhadap pembayaran tanpa sentuhan di negara ini.
"Peningkatan
dari tahun ke tahun bagi pembayaran tanpa tunai di rangkaian peruncitan yang
besar seperti Lotus’s menunjukkan bahawa terdapat peningkatan kesedaran serta
penggunaan untuk transaksi tanpa tunai di Malaysia. Memandangkan tawaran nilai
kami sebagai sebuah platform e-dagang, dengan penembusan pasaran yang luas di
seluruh negara, kami percaya bahawa kami berada dalam kedudukan yang unik untuk
bersinergi kedua-dua sektor peruncitan di luar talian dan atas talian,” kata
Yee.
"Kerjasama
kami dengan Lotus's Malaysia bermula dengan mereka melancarkan kedai rasmi
mereka di Shopee dan kini ShopeePay diterima di cawangan-cawangan fizikal
Lotus’s merupakan langkah maju dalam mengeratkan hubungan kami. Kami akan
sentiasa mencari kaedah yang memanfaatkan kedua-dua pihak bagi menyokong
objektif perniagaan Lotus’s bermula dengan kempen pelancaran yang akan memberi
ganjaran pulangan tunai yang menarik kepada para pengguna,” katanya.
Bagi
meraikan kerjasama antara Lotus’s dengan ShopeePay, para pelanggan akan
mendapat peluangan tunai sebanyak RM4 dengan pembelanjaan minimum RM40 dalam
satu transaksi apabila mereka membayar untuk barangan runcit mereka dengan
ShopeePay di mana-mana cawangan Lotus’s.
Bermula
dari sekarang hingga 29 September 2021 dan sempena dengan Shopee 8.8 Jualan
Berjenama, setiap pembeli akan mendapat maksimum dua pulangan tunai sepanjang
tempoh kempen ini.
Selain
itu, para pelanggan juga dapat menikmati pulangan tunai sebanyak RM3 dengan
pembelanjaan minimum RM15 apabila mereka menggunakan ShopeePay di mana-mana
cawangan Lotus dari sekarang hingga 31 Disember 2021. Walau bagaimanapun,
setiap pengguna hanya akan mendapat pulangan wang tunai RM3 sekali setiap hari.
No comments :
Post a Comment