Thursday, June 17, 2021

5 Restoran Makanan Cina Yang Pernah Menjadi Bualan Di Kuala Lumpur

Hi Korang,

Siapa yang tak kenal dengan ahkak ko ni memanglah kan hehehehe

Ye ahkak ko ni sememangnya seorang yang kaki makan, nampak aje makanan yang lain daripada lain sket terus nak di cubanya. Tidak kiralah street food menu, makanan di restoran, makanan Cina, makanan India, makanan barat mahupun makanan asli sesuatu tempat yang kak lily terokai tapi seharusnya halal lah kan takkan nak cuba makanan yang diragui pulak.

Dan makanan Cina adalah salah satu makanan yang kak lily amat-amat gemari seperti mala hot pot, itik panggang, sup herbanya dan pelbagai lagi.

Untuk korang di luar sana yang turut menggemari masakan cina ini, kak lily syorkan beberapa restoran yang boleh korang pesan dan nikmati bersama keluarga tersayang.


1. Dolly Dim Sum

Wackybecks3 @ flickr

Sekiranya anda ingin berkunjung ke suatu tempat untuk mendapatkan hidangan untuk perayaan, restoran Dolly Dim Sum adalah restoran yang patut anda kunjungi. Untuk menikmati dim sum yang bersih dan beraroma, anda disyorkan untuk mencuba ladu udang har gao klasik, tart telur yang baru dibakar, popia vegetarian, kuey teow goreng dan siew mai kukus.

Jika anda masih ingin mencuba pencuci mulut, cubalah mochi durian. Pastikan tidak melepaskan peluang untuk mencoba Egg Custard Bread yang agak terkenal juga.


2. Mohd Chan Restaurant

青蛙 Frog @ flickr

Hidangan utama restoran Mohd Chan adalah masakan ala Kantonis yang biasa dimasak di rumah yang bukan sahaja diyakini halal, tetapi juga menyelerakan.

Kini, restoran ini dapat berdiri dengan bangga dengan mempunyai sebanyak 20 cawangan restoran di bawah namanya yang menandakan kepercayaan mereka untuk menjadikan masakan Cina-Muslim sebaik mungkin.

Antara hidangan mereka yang digemari ramai adalah ikan kukus teochew klasik, sotong mentega klasik, kam heong lala, ayam telur masin dan sayur empat musim.


3. Golden Valley Chinese Muslim Restaurant

malaysianflavours.com

Tidak dapat dinafikan lagi bahawa pilihan masakan Cina-Muslim yang dihidangkan di Golden Valley sangat sedap dan menyelerakan. Sempurna untuk dikongsi, bersedialah untuk menikmati siakap kukus gaya Nyonya, Siong Tong Lala, ayam marmite, ayam badam, udang salad, nasi goreng halia dan ayam dan juga Kung Pao Chicken Yam Basket.

Restoran ini menawarkan set hidangan bersempena CNY yang boleh dinikmati oleh 5 hingga 10 orang, terdiri daripada pelbagai jenis hidangan dan juga Yee Sang yang bermula dari RM58. dengan potongan 10% untuk semua hidangan dan penghantaran dari menu CNY ini. Jangan lepaskan pelung keemasan ini pada CNY yang akan datang.


4. Amber Chinese Muslim Restaurant

hotdiner.blogspot.com

Menikmati hidangan di restoran Amber ini seolah-olah sedang menikmati hidangan yang asli di China Utara. Setiap hidangan di restoran ini mengandungi pelbagai jenis campuran rempah yang segar dan rasa yang disusun dengan sangat mahir dengan menggunakan teknik memasak tradisional.

Meja makan dipenuhi dengan pelbagai jenis pembuka selera seperti lempeng Chives China dan roti mochi bijan. Selepas itu nikmati daging kambing panggang khas mereka, ikan bakar, brokoli tumis bersama cendawan dan ayam kung pao. Barisan pembuka selera seperti lempeng chives cina dan roti mochi bijan juga ada.


5. Jibby Chow


foodadvisor.my


Diuruskan oleh pasukan yang sama di belakang Serai Group dan kafe Jibby,

anda boleh menikmati hidangan best di sini kerana Jibby Chow menyajikan hidangan Cina kegemaran ramai dengan sentuhan kontemporari, seperti itik panggang atau lobster Boston dalam sos cili khas.

Mereka biasanya mempunyai spesial untuk CNY (termasuk set yee sang) dan tahun ini juga sama. Pesan dari Set Dim Sum mereka (RM88 / pax) yang disertakan dengan 5 menu. Mahu menu lain pada hari biasa juga boleh.


Waktu pandemik begini kita semua sudah tidak boleh selesa keluar ke sana sini. Akan tetapi, kita tetap juga boleh nikmati menu makanan sedap kegemaran. Caranya mudah saja iaitu dengan menggunakan aplikasi tempahan makanan secara online. Salah satu daripadanya adalah Foodpanda.

Dengan Foodpanda segalanya menjadi mudah! 

Kita semua boleh juga nikmati menu-menu chinese food dengan senang dan sangat pantas. Zaman sekarang ni boleh dikatakan semua orang kenal Foodpanda, jadi nak makan apa sudah mudah. Malas masak bukan alasan untuk tidak boleh makan sedap. 

Tak gitu?


No comments :