Hi Korang,
Memang masa anak dara dulu, kak lily dah plan nak beli rumah beli kewangan dah stabil. So berusahalah menyimpan duit, mengikat perut, berjimat, jarang keluar makan, masak sendiri dan akhirnya dapat jugak kak lily memiliki rumah comel yang sekarang ni kak lily diami ini.
Terasa lama jugak nak mengumpul wang pendahuluan!
Bayangkan mereka yang telah lama berhasrat untuk memiliki rumah sendiri tapi tidak berkesampaian lagi akibat harga rumah yang semakin hari semakin meningkat. Di zaman teknologi ini, segala-galanya mahal termasuklah air kosong secawan pun di kira RM1.00.
Jadi kesudahannya, mereka-mereka yang belum berkemampuan ini terpaksa menyewa sambil menyimpan duit deposit yang kebanyakannya pemaju mengenakan harga yang tinggi jugak.
Tapi takkanlah kita nak duduk menyewa sampai ke tua, nak jugaklah merasa duduk rumah sendiri walaupun kecil kan.
Jadinya kak lily perkenalkan satu kawasan perumahan baru di bawah projek perumahan HANNA @ Laman Sendayan, Bandar Sri Sendayan, Negeri Sembilan di bawah syarikat pemaju Matrix Concepts Holdings Berhad ternyata kak lily rasakan sangat berbaloi dan mampu dimiliki oleh semua orang.
Dan yang best tuh untuk permulaan korang sebagai pembeli hanya perlu sediakan RM1000 sebagai yuran tempahan rumah. I can’t believe it!!
Perumahan HANNA, Laman Sendayan, Bandar Sri Sendayan
Bagi projek perumahan HANNA @ Laman Sendayan ini akan dilancarkan pada May 2021 ni dan dijangka pada kuater keempat tahun 2023 nanti.
Bagi kak lily lokasi tidak menjadi masalah sekarang ini, jika korang bekerja di Kuala Lumpur mahupun Negeri Sembilan kerana Laman Sendayan ini mempunyai laluan aksesibiliti memang banyak di antaranya seperti North-South Expressway (PLUS), Seremban-Port Dickson Highway, Senawang-KLIA Expressway (dalam peringkat cadangan pembinaan) dan KLIA Linkage.
Kalau korang nak tau yang Perumahan Hanna ini,
harga kediaman teres 2
tingkat ini serendah daripada RM400K sahaja. Kalau
nak di bandingkan dengan kawasan perumahan yang lainnya, harganya sudah
mencecah sehingga RM500K. Kak lily rasa agak berbaloi jika dilihat pada jurang
perbezaan harga adalah lebih kurang 100K nilainya.
Kadar faedah pinjaman dari bank juga rendah dan ini
tidak akan membebankan pembeli. Cuba bayangkan dengan bayaran lebih kurang
RM1400 sahaja sebulan korang mampu memiliki kediaman sendiri. Kalau sekarang ni
korang membayar sewa bulanan rumah sehingga beribu ringgit yang memang bukan
jadi hakmilik korang, kini tidak lagi. Wang ansuran yang selebihnya korang
boleh asingkan untuk membuat pengubahsuaian seperti memasang grill,
mengecat dinding, memikirkan konsep rumah dan memacam lagi.
Rekaan Rumah Luas Dan Selesa
Kak lily tunjukan pelan lantai bagi kedua jenis iaitu Type A dan Type A1
Untuk kediaman fasa HANNA @ Laman Sendayan ini ditawarkan 2 jenis unit rumah iaitu Type A dan Type A1. Kedua rumah ini mempunyai 4 bilik tidur dan 3 bilik air. Keluasan kedua unit jenis rumah HANNA ini adalah bermula dari 2152 kaki persegi.
Apa yang membezakannya adalah saiz rumah di mana Type A 20' x 65' manakala untuk Type A1 adalah 20' x 70'.
Kemudahan Kawasan Perumahan Yang Menarik
Salah satu faktor pemilihan lokasi kawasan perumahan yang seseorang pembeli inginkan adalah kemudahan awam yang disediakn kan. Macam kak lily, ada tempat untuk berjogging dan swimming pool jadilah kan.
Bagi mereka yang bekeluarga mereka memerlukan lebih lagi kemudahan dan infrastruktur yang disediakan seperti adanya taman permainan dan tempat riadah yang lebih luas.
Di kawasan perumahan HANNA @ Laman Sendayan bukan hanya menyediakan taman permainan sahaja, bahkan fasiliti rekreasi turut disediakan. Antaranya seperti gelanggang badminton, gelanggang bola keranjang, laluan reflekslogi, gazebo dan outdoor gym. Ermm banyak jugak kemudahannya, maka senanglah para penduduk untuk melakukan aktiviti beriadah tanpa keluar dari kawasan perumahan.
Selain itu pembeli kediaman HANNA juga akan diberikan keahlian PERCUMA d'Tempat Country Club. Antara fasiliti yang disediakan di d'tempat Country Club adalah seperti kolam renang, gymnasium, mini teater, bilik sauna dan pelbagai lagi.
Selain itu berdekatan dengan Laman Sendayan terdapat juga sekolah iaitu Matrix Global Schools, SJK (C) Bandar Sri Sendayan dan SMK Bandar Baru Sri Sendayan. Terdapat juga pusat membeli-belah dan tempat beriadah seperti Sendayan Merchant Square, Sendayan X-Park, Sendayan Metropark, Sendayan Green Park dan Sendayan TechValley.
Nasihat Untuk Korang Sebagai Pembeli Rumah Pertama
Kita
harus memikirkan jangka panjang mengenai sesuatu pembeli asset terutamanya
sekali rumah kerana harga rumah semakin hari semakin meningkat, jikalau kita
lambat bertindak maka ada harapan untuk kita tidak dapat memiliki rumah untuk
diri kita sendiri dan akhirnya kita menyewa dan menyewa sehingga akhir hayat
kita.
Sebenarnya
terasa rugi kalau kita duduk menyewa pada hakikatnya kita mampu untuk
menyediakan satu kediaman indah untuk kita sekeluarga.
Seperti projek fasa kediaman HANNA yang dijangka
siap pada suku tahun keempat 2023 dengan harga daripada
RM400,000. Rugi rasanya jika tidak
direbut peluang keemasan ini.
Sekiranya korang berminat dan ingin dapatkan info lebih lanjut.mengenai fasa kediaman HANNA, boleh layari :-
http://lamansendayan.com/project/project-hanna.html
#HANNA
#LamanSendayan
#JOMBELIDONSEWA
#ModernHomes
#OwnHome
#FirstHomeOwner
#DreamHome
#NewHome
#Freehold
#LandedProperty
#SelfSustainingCity
#PropertyforInvestment
#PropertyforSale
#PropertyMarket
#NegeriSembilan
#BandarSriSendayan
#BSSDevelopment
1 comment :
Thanks for sharing valuable information, this is the best article which I have ever read, Here I’m sharing best “Homemade food online delivery” details, just go through it.
HOMEMADE FOOD ONLINE DELIVERY
https://play.google.com/store/apps/details?id=mothers.food.mothersfood
https://apps.apple.com/us/app/mothers-food/id1533947618
Post a Comment