Tuesday, April 20, 2021

KWC Fashion Wholesale, Pusat Membeli-Belah Terbaik untuk Shopping Baju Raya di Kuala Lumpur

Hi Korang,

Bila cerita pasal mengenai persiapan raya semua orang pasti akan excited kan!!

Walaupun hari ni baru seminggu kita berpuasa tapi ramai dah mula survey-survey mencari tempat menjual persiapan raya pada harga yang berpatutan. Maklumlah di musim-musim Covid19 ini kita kenalah banyak berjimat dalam segala perbelanjaan harian termasuklah persiapan raya.

Pernah dengar KWC Fashion Wholesale?

La tak pernah ke?

Ok kak lily bagitau la ek

KWC Fashion Wholesale adalah pusat membeli-belah fesyen borong pertama di Malaysia yang menawarkan koleksi terbesar dan komprehensif - fesyen, aksesori, kasut, hadiah dan barangan keperluan yang lain di bawah satu bumbung. KWC Fashion Wholesale dibuka pada 20 Oktober 2011 dan dilancar secara rasmi pada 26 Mei 2012.

Terdapat lebih 800 lot dan 500,000 kaki persegi ruang niaga boleh didapati KWC Fashion Wholesale dan menawarkan pelbagai barangan yang menarik. Walaupun hanya menawarkan perniagaan borong sahaja, KWC Fashion Wholesale juga berfungsi sebagai pusat beli-belah yang lengkap dengan kemudahan seperti perbankan, restoran, dewan acara, perbankan dan perkhidmatan perniagaan yang lain.

Hah gituh !!

Nampak tak ??

Pusat membeli belah pakaian secara borong!!

Haruslah kita boleh dapatkan baju raya dengan harga berpatutan dan boleh di beli secara borong untuk seisi keluarga.

Di sebabkan itulah kak lily ke KWC Fashion Wholesale Ahad lepas dengan kengkawan, asalnya untuk survey-survey Baju Raya jer ermm tup-tup haruslah ktorang bershopping.

Oh ya, KWC Fashion Wholesale memeriahkan lagi Aidilfitri tahun ini dengan tema 'Mekar Di Aidilfitri' dari 1 April sehingga 31 Mei 2021 dan kembali menjadi tumpuan ramai untuk membeli-belah persiapan raya pada harga yang berpatutan. Walaupun di dalam keadaan norma baru Aidilfitri tetap disambut dengan meriah dan pastinya persiapan raya akan menjadi keutamaan orang ramai.














KWC Fashion Wholesale kini kembali menjadi tumpuan ramai untuk membeli belah persiapan raya seperti fesyen Muslimah terkini, terdiri daripada pakaian tradisional sehingga moden, pakaian lelaki, kanak-kanak serta barangan perhiasan rumah seperti karpet, langsir, cadar dan balang kuih pada harga yang berpatutan.


cantik sedondon anak beranak ni kan

cantik sekeluarga sedondon


Pastinya pilihan yang terbaik untuk seisi keluarga berbelanja di bawah satu bumbung.

kasut kanak-kanak

kedai wangian

kedai mainan kanak-kanak

kedai lampu hiasan rumah

carpet

kedai langsir

kedai mask borong pun ada

kedai peralatan rumah

kedai keperluan rumah

alat mekap


kedai beg tangan

kedai aksesori diri




Bila pi dengan kengkawan ni, banyak kedai ktorang dapat masuk. 

Kami yang tak reti penat bershopping

Segala jenis kedai baju, kedai tudung, kedai kasut, kedai perhiasaan rumah, kedai mainan,kedai handbag even kedai umrah pun ktorang masuk sebab nak cari telekung raya katanya hehehe.




Penat tak terhingga tapi best sangat sebab macam-macam boleh dibeli, yelah kesemuanya harga borong. Beli 1 harga biasa tapi bila beli lebih daripada 3 erm harga memang jatuh menjunam sungguh.


Aktiviti Di Sepanjang Bulan Ramadan ini di KWC Fashion Wholesale


Belanja & Tebus

Untuk korang yang sudah pun berbelanja beria-ia di sini, pihak KWC Fashion Wholesale bermurah hati menyediakan pelbagai hadiah menarik untuk korang menebusnya.

Hanya dengan berbelanja RM200, korang boleh tebus Set Pelangi Penyedut Minuman

Hanya dengan berbelanja RM400, korang boleh menebus, samada Bakul Kuih, Pengisar Buahan Mini dan Mini Speaker.

Ramai jugak orang beratur di bahagian Customer Service ini untuk hadiah-hadiah mereka. Even kak lily pun dapat menebus juga Mini Speaker hehehe jadiklah kan.



Peraduan KWC Style RayaKu OOTD


Ini lagi satu aktiviti yang kak lily rasa, ramai orang gemarkannya. Hanya dengan bergambar di KWC dan korang berpeluang untuk memenangi baucar tunai yang lumayan.



Cara-Caranya:

1. Ambil gambar di KWC Fashion Wholesale tak kisahlah di mana sudut pun kan

2. Muat naik di Facebook & Tag 3 rakan

3. Gunakan hashtag #KWCStyleRayaku #KWCFashionWholesale

4. Pastikan Pos korang 'Public' yer supaya senang team KWC untuk memeriksa

Baucar Tunai untuk di menangi:-

Hadiah Utama: RM1,000 X 1 pemenang

Hadiah Saguhati: RM200 X 10 pemenang


Facebook Live: Promosi Raya Sakan!

Salah satu aktiviti yang menyeronokkan. Kita boleh tonton secara LIVE di Facebook Page KWC yang mana ianya mempromosikan butik-butik di KWC disamping menawarkan promosi hari raya dan hadiah yang menarik seperti produk butik dan Baucar Tunai RM5O

Tarikh: 14 -16 April 2021 & 26-28 April 2021

Masa: 11am -- 4pm

Masa: 12pm - 3pm (26-28 April)

Platform: Facebook KWC Fashion Wholesale



Program CSR 'Mekar Di Aidilfitri'

Ia merupakan kolaborasi di antara KWC Fashion Wholesale bersama Red One & Muslim Volunteer Malaysia (MVM)

Sebanyak 500 bungkus bubur lambuk akan diagihkan kepada orang ramai pada 23 April 2021 serta menaja baucar tunai RM350 kepada 10 keluarga asnaf untuk membeli belah persiapan raya dan juadah berbuka puasa pada 29 April 2021



KWC Raya E-Magazine

Tahun ini, KWC membawakan Raya E-magazine memaparkan stail Raya terkini untuk tatapan umum seiring dengan tema Mekar Di Aidilfitri. lnspirasi penggayaan Raya boleh didapati di la man sesawang www.kenangacity.com.my

Kini, korang boleh dapatkan inspirasi gaya raya terkini dengan melayari E-Magazine edisi raya di laman sesawang KWC Fashion Wholesale yang memaparkan pelbagai gaya untuk seisi keluarga.

Masa operasi menjelang raya bermula dari 24 April -- 12 Mei 2021, KWC dibuka lebih awal pada pukul 9 pagi sehingga 8 malam


Keselesaan Pengunjung Adalah Keutamaan KWC


KWC Fashion Wholesale mengutamakan kehendak dan keperluan aktiviti membeli-belah para pengujungnya. Berikut adalah senarai perkhidmatan yang di sediakan:

• Medan Selera KWC & Kedai Makan Pada Setiap Tingkat

• Pegawai Keselamatan/Sekuriti

• Bank ATM/ Pusat Penukaran Mata Wang

• Bilik Bayi

• Surau

• Kaunter Khidmat Pelanggan

• 12 lif pengunjung

• Eskalator senang akses ke tempat letak kereta

• Lebih 1,500 parkin



Lokasi & Akses Penangangkutan Awam

KWC Fashion Wholesale terletak di pinggir bandar Kuala Lumpur, terletak di kawasan borong fesyen di Jalan Kenanga, beberapa minit dari Segitiga Emas di bandar dan hanya 8 minit minit dari LRT Hang Tuah dan Pudu

Jadi apa tunggu lagi, korang dah boleh plan persiapan raya yang korang inginkan dan terus ke KWC Fashion Wholesale hujung minggu nanti

Pendek kata segalanya ada di KWC Fashion Wholesale

Jom kite ke:-

KWC Fashion Wholesale
No.2, Jalan Gelugor, Pudu
55200 Kuala Lumpur
Tel: +603 9224 1998


Keterangan lanjut boleh layari:

Laman web

Facebook KWC Fashion Wholesale

Instagram @kwcfashionwholesale



#lLoveFesyenPadaHargaBorong
#ILoveFashionAtWholesalePrice
#KWCFashionWholesale
#MekarDiAidilfitri

1 comment :

Unknown said...

Hi sis...boleh tau nama kedai jual kurta lelaki yg rm25 tue