Thursday, April 22, 2021

GARCI PRO Gel, Sangat Membantu Mengurangkan Rasa Lenguh Dan Kebas

Hi Korang,

Sejak pindah office ke KL ni, masalah lenguh-lenguh dan sakit belakang mula menjelma. Maybe lama sangat duduk dalam kereta jem agaknya.

Yelah lepas Subuh dah keluar, duduk dalam sejam cam tuh untuk sampai ke office, kemudian balik rumah plak makan masa dalam 1 ½ jam setiap hari mana tak lenguh-lenguh seluruh badan, terutama sekali kaki. Mana tak nyer menekan pedal minyak dan brek manjang jer kan akibat jem.

Ada sekali tuh, sampai nak solat pun guna kerusi sebab solat duduk.

Ni bulan Ramadan ni, bila solat terawih masa malam kedua tuh memang terpaksa guna kerusi. Nak abiskan 8 rakaat pun bercinta gamaknya. Lepas dari malam tuh selang seli buat solat terawih sebab takut kaki makin lenguh.

Minyak angin biasa ada je standby kat rumah ni tapi effectnya tuh sekejap jer hah tambahan pulak rasa panas di tempat yang kak lily sapu dan ada bau yang kuat melekat di kaki. Jadinya sapu pun bukan setiap hari sebab tak tahan panas dan bau yang kuat.

Bila scroll kat FB ni ternampak plak testimoni Garci Pro nieh, nampak macam memberangsangkan jer kesan orang-orang yang menggunakannya. Apa lagi malas nak fikir panjang terus kak lily order online sajor. Lepas berbalas-balas DM dan buat payment akhirnya sampai Garci Pro di rumah.

Massage Gel Garci Pro


Kalau korang nak tau yang Garci Pro di keluarkan oleh jenama MISG Global produk kesihatan gel urutan yang berasaskan minyak kayu putih atau lebih di kenali sebagai Eucalyptus Oil.

Produk ini mampu membantu melancarkan peredaran darah di saluran darah dan saraf dan ia amat mudah meresap ke dalam kulit kerana telah di hasilkan menggunakan teknologi nano.

terpicit banyak plakk... ishk rugiii

hah letak kan tempat yang lenguh-lenguh tuh

cepat meresapnya dan bau pun harummmm


Bila sampai tuh, malam tuh jugak lepas solat kak lily sapukan gel Garci Pro ni, sapu pada bahagian lutut, tumit kaki dan juga belakang bahu ni. Seriously rasa lega seketika hah bahagian yang lenguh-lenguh tuh. Mak oi kemain sejuk lagi gel ni lepas di sapu rata, cepat meresap plak tuh.

Even kak lily sapukan pada Mr Big kat bahunya terasa lega betul lenguh-lenguh katanya.

Selain daripada mengurang kan lenguh-lenguh dan rasa kebas, Garci Pro ini bermanfaat untuk :

Membantu Proses Rawatan Kebas Pada Anggota Badan

Membantu Proses Melancarkan Pengaliran Darah Dan Merawat Salur Darah Tersumbat.

Membantu Proses Melegakan Kekejangan Otot

Membantu Proses Melegakan Sakit Urat Dan Sendi

Membantu Proses :
-Melegakan Pening Kepala
-Melegakan Selsema
-Melegakan Sakit Perut/Senggugut



Mari kita lihat bahan-bahan yang terkandung di dalam gel Garci PRO ni adalah :

Minyak Kayu Putih
Apple Hijau
Tea
Argan Oil
Aloe Vera
Peppermint


Di antara kelebihan Gel Garci PRO adalah :

Rasa sejuk dan tak panas

Tekstur tidak melekit dan bau menyegarkan (aromaterapi)

Pantas meresap dalam kulit dan tak berminyak langsung

Merawat saluran darah dan saraf yang rosak penyebab kebas

Melancarkan aliran darah di bahagian kebas

Mengelak risiko strok dan serangan jantung mengejut

Merawat sakit2 badan

Membuang angin dalam badan


Ni kak lily kongsi video cerita lanjut mengenai Garcia Pro ini yer.



Memang kak lily rekemen kepada sesiapa yang mempunyai masalah lenguh-lenguh, sakit tumit dan masalah kebas-kebas bolehlah dapatkan Gel Garcia Pro ini, kerana ianya berjaya mengurangkan sakit-sakit yang korang alami. Kak lily sendiri pun gunakannya setiap malam sebelum tidur untuk merasa cergas keesokkan harinya.


Untuk maklumat lanjut boleh rujuk info di bawah :

Instagram :

Facebook :

Website :



2 comments :

notie said...

Akak dah beli dan guna memang best sebab dia sejuk je. Sengal-sengal kat bahu hilang. Kawan yang syorkan. Ni pun stok dah habis nak kena order lagi lah

notie said...

Best