Monday, March 22, 2021

Manisnya Syawal 2021 - Koleksi Busana Raya Dari Bahari Asyek

Hi Korang,
Dengar nieh, kak lily nak berpantun sket..

"Harap harap kelapa puan
Tidak puan kelapa bali
Harap pada tuan dan puan
Tidak tuan puan siapa lagi."

"Ya..kerana tuan puan lah maka kami masih disini, memelihara dan mengetengahkan 'Jati Diri' melayu ke persada massa. Dek kerana itulah makanya kami sekali lagi beraksi, mengetengahkan koleksi busana tradisional melayu bagi diperagakan untuk perayaan syawal 2021", jelas puan Zahalina selaku pengarah urusan Bahari Asyek.



Setahun berlalu dengan kegelisahan dan kekangan wabak Covid 19 yang mengekang segala macam aktiviti dan rutin harian kita. Sudah setahun kita jalani kehidupan dalam norma baru dan sudah setahun juga kami tak beraksi di persada fesyen setelah kali terakhir mengadakan peragaan fesyen pada 13 Mac 2020 'Taman Inderaloka- Bahari Asyek Syawal Showcase 2020'.

Pandemik Covid memaksa kita semua meneruskan kehidupan dalam norma baru. Kehidupan tetap perlu diteruskan, justeru Bahari Asyek tetap tampil gagah bersilat menepis serangan wabak dengan mengetengahkan koleksi 'tradisional melayu' nya dalam norma baru. Tiada lagi persembahan peragaan secara besar besaran dengan pelbagai persembahan sebelum ini, ekoran kekangan pandemik covid 19 dengan penerapan pelbagai S.O.P yang perlu dipatuhi.


Justeru, Bahari Asyek tampil mengetengahkan peragaan dan penampilan fesyen koleksi syawal terbaru dalam norma baru secara santai dan kecil kecilan. Tiada acara dalam dewan, tiada jemputan ramai, tiada acara berkumpulan malah tiada juga aneka persembahan selingan yang memeriahkan acara seperti sebelum ini, demi mematuhi S.O.P.

Namun begitu, peragaan koleksi syawal kami tetap dijalankan. Biarpun dalam skala kecil, sedikit sentuhan kreativiti diperlukan bagi merealisasikan hasrat meneruskan kesinambungan Bahari Asyek dalam menampilkan busana tradisional bagi tiap kali syawal menjelang.

Peragaan fesyen kali ini kami jalankan didalam premis butik kami tanpa sebarang pembuatan set serta hiasan 'backdrop'.

"Cukuplah sekadar mengubah susun atur rak dan barangan sedia ada untuk dijadikan latar hiasan yang releven dan sinonim dengan koleksi fesyen yang kami tampilkan pada kali ini", jelas Puan Zahalina lagi.

Ada yang bertanya akan apa siknifikannya buat peragaan busana koleksi syawal BA kali ini sedangkan tiada kehadiran tetamu jemputan dan pihak media ekoran pematuhan S.O.P yang tidak membenarkan penganjuran acara berkumpul beramai ramai dengan pematuhan jarak sosial yang ditetapkan..


Puan Zahalina tiba tiba menarik nafas panjang lalu tersenyum... "Meskipun tiada hadirin dan pihak media yang turut bersama dalam sessi peragaan kami kali ini, kita buatlah bagaikan mereka semua ada bersama. Kita gunakan teknologi untuk mereka dapat bersama menyaksikan peragaan kami pada kali ini", tekan Pn Zahalina lagi.

Buat pertama kalinya Bahari Asyek membuat siaran 'LIVE' menggunakan aplikasi Instagram dan Facebook. Tindakan serampang dua mata sessi peragaan melalui aplikasi ini, Bahari Asyek dapat mendekatkan peminat dan pengikut Bahari Asyek kepada sessi peragaan, seterusnya mengikuti aktiviti kami serta tawaran yang kami sediakan. Kelebihannya, kami tak perlu lagi runsing memikirkan jumlah jemputan yang perlu disenarai pendek kerana dengan LIVE ini, semua pengikut BA boleh menonton secara terus. Peminat yang ingin menyorot dan menikmati paparan koleksi syawal kami boleh juga menontonnya di saluran Youtube yang akan kami muat turun kan selepas sessi peragaan selesai.

Kami membuat sedikit perubahan akan koleksi syawal BA pada tahun ini ekoran kesan pandemik wabak covid 19 ke atas masyarakat. BA sedar yang masyarakat terkesan dengan pandemik ini dengan himpitan ekonomi yang mengakibatkan ramai yang hilang pekerjaan, kemerosotan pendapatan dan sebagainya. Justeru, koleksi BA pada tahun ini memberi sedikit penumpuan dalam menghasilkan busana yang lebih mampu milik, namun masih tetap mengekalkan mutu fabrik dan kemasannya, berpadanan dengan jurang dan tingkat harga yang ditawarkan.

Peminat dan pengikut BA tak perlu risau akan fabrik yang kami ketengahkan kerana fabrik busana kami ini adalah fabrik pilihan BA sendiri yang dipilih serta diimport dari luar negara. Ia tetap eksklusif dan berlainan dari yang ada dipasaran. "Alah beli menang memakai..", celah Pn Zahalina.

Pengikut setia Bahari Asyek telah sedia maklum yang fabrik di sini adalah dicari, dipilih dan diimport sendiri secara terus dari luar negara tanpa melalui orang tengah. Justeru, semua jenis, warna, corak, sulaman fabrik disini lebih dekat dihati dan diterima ramai oleh kaum melayu, sesuai dan bertepatan dengan konsep busana yang bercirikan tradisional melayu. Seiring dan selangkah dengan jenama butik Bahari Asyek itu sendiri yang membawa maksud 'Jatuh Cinta Kepada Warisan Tradisi Bangsa.

Rekaan dan potngan busana Bahari Asyek ini ada kelainan dan imejnya sendiri meskipun ada yang mengatakan baju baju bahari Asyek ini sama saja dengan yang banyak berada dipasaran. "Saya berikan sedikit olahan dan penambah baikan bagi keselesaan pada pemakai seterusnya untuk tampak berketerampilan. Siapa kata wanita melayu yang berbusana tradisional tampak kolot dan tidak berketerampilan?", soal Pn Zahalina lagi. Sentuhan dengan Olahan dan penambah baikan yang diberikan kepada busana BA ini menampilkan pemakai tampak anggun dan menawan. Busana tradisional BA bukan saja untuk keraian syawal, ianya juga sesuai dikenakan untuk sebarang acara keraian, kenduri kendara malah sesuai untuk ke pejabat.

'Syawal showcase BA' yang bertemakan MANISNYA SYAWAL 2021 ini, menampilkan 15 rekaan baru selain dari rekaan yang telah sedia ada di butik.

Berikut adalah butiran koleksi busana MANISNYA SYAWAL 2021 - BAHARI ASYEK.

Kurung Moden Melati

Kurung moden dgn sentuhan “puff” di pangkal lengan, mengingatkan kembali fesyen era 80an ini yang mana menjadi trend kembali manakala di hujung lengan pula kami ada zip untuk menyenangkan pemakai menyinsing lengan untuk berwuduk . Kami menggunakan fabrik 'swiss printed cotton' yang mana sangat selesa dipakai untuk semua aktiviti harian dan perayaan.

Kurung Kedah Manis


Kurung Kedah yg diolah untuk menberi kelainan dgn bahan 'printed cotton design' yang unik. Ia juga ada kelainan dgn tampalan fabrik atasan & bawahan.

Kurung Kedah Manja


Kurung Kedah yang diolah untuk menberi kelainan dengan bahan 'printed cotton' dengan kombinasi bungaan dan jalur. Ia juga ada kelainan dengan tampalan fabrik atasan & bawahan.

Kurung Kedah Molek

Kurung Kedah yang diolah untuk memberi kelainan dgn bahan 'printed cotton' dgn corak flora yg sangat molek dipakai bagi semua peringkat umur serta sesuai dipakai ke pelbagai acara dan keraian.

Kurung Kuno Kapas


'Kurung Kuno' kali ini kami tampilkan kelainan dengan menggunakan fabrik kapas dengan teknik “hand block” dengan warna pastel, semestinya manis menawan kepada yang memakainya. Menepati tema kami kali ini “Manisnya Syawal”

Kebaya Empat Dara



Untuk kelainan kami menggunakan fabrik 'Egyption cotton' polos dgn batik Bali

Kurung Kuno Perada


Kurung Kuno dengan fabrik kapas dan motif yg unik serta dgn sentuhan perada (gold dust) yang mana tampak tesendiri dan eksklusif, lain dari yang ada.

Kurung Riau



Menampilkan fabrik 'cotton silk' dengan motif 'bunga tanjung & melur' kali ini untuk Kurung Riau, fabrik ini kami buat rekaan sulaman khas yakni; inspirasi dari bungaan tempatan iaitu melur dan tanjung. Kombinasi 'cutting' dan fabrik maka lahir lah busana tradisi yang nampak klasik dan sangat molek bila dipakai di hari raya nanti.

Kurung Sultana 1

Kurung polos “cutting oversize” ini dibuat dari fabrik 'cotton silk', sememangnya sangat versatil dan menjadi pujaan ramai sementelah, ia sangat sesuai dipakai dengan cuaca Malaysia.

Kurung Achipalago

Uniknya kurung ini adalah dari rekaan pesak yang mempunyai 6 pesak kiri dan kanan yang mewakili gugusan kepulauan melayu Nusantara. Menggunakan fabrik 'linen' dengan pelbagai warna , membuatkan ia tampak “flamboyant”.

Kurung Kelasi

Ilham untuk kurung kelasi tatkala melihat baju kelasi kapal, yang mana mempunyai kolar yang terlindung dari panas matahari. Kami masih mengekalkan bahan 'linen' untuk kurung ini dengan ada penambahan labuh baju.

Kurung Rupawan


Kurung klasik ini mengimbau kembali zaman persekolahan dahulu, yang mana suka sangat melipat tangan baju kurung, kami hadirkan dengan bahan fabrik 'semi thai silk' untuk tampak mewah dan klasik.

Kurung Dandea


Kurung inspirasi dari baju lelaki Gujerat yang diolah dengan pendekatan kurung melayu. Mengunakan fabrik 'semi thai silk', kurung ini nampak elegan dan mewah.

Kebaya Cik Siti Wan Kembang


Kebaya CSWK yang sangat sinonim dgn BA ini, menggunakan bahan fabrik 'voile' dengan warna2 pastel. Potongannya pula longgar dan lebih praktikal untuk dipakai kemana saja. Kombinasi ini membuatkan CSWK kami kali ini lebih santai dan selesa.

Semua koleksi yang diketengahkan pada sessi peragaan 'MANISNYA SYAWAL 2021' ini, akan mula dibuka untuk jualan selepas selesai acara yang kami jalankan secara tertutup ini. Peminat dan pengikut yang mengikuti siaran 'LIVE' kami di IG dan FB yang tidak berpeluang berkunjung ke premis butik Bahari Asyek, boleh saja 'screenshot' baju baju yang dipaparkan seterusnya whatsapp kami di talian 016- 4819831 untuk pertanyaan dan pembelian.

Para peminat dan penggemar yang berhajat KE Butik Bahari Asyek namun terkesan dek pandemik Covid 19 ini dengan S.O.P dan kekangan PKP, PKPB, PKPP yang bersilih ganti, tidak perlu risau. Bahari Asyek sedia melayani pembelian / pertanyaan untuk busana dan fabrik kami di aplikasi dalam talian (On Line) akaun Instagram: bahariasyek.co

"Burung merpati kepak bersilang
Turun ke bendang memakan padi
Simpan di peti takutkan hilang
Baik disimpan didalam hati.."

"Simpan dipeti takutkan hilang
Baik disimpan didalam hati
Simpan dihati perlakuan terbilang
baik peragakan barang sekali..."



No comments :