Hi Korang,
Bila sebut perkataan ‘clams’ terus terbayang makanan laut bercengkerang yang sedap. Sebagai contoh adalah seperti kerang, siput lala, ketam dan sebagainya. Siput lala yang besar, jika di masak akan terus keluar air jusnya yang manis. Makan tanpa nasi pun sedap ni.
Makanan laut seperti ini memang ada banyak cara untuk memasaknya. Ia boleh direbus bersama serai, digoreng dengan sayuran, dibuat masak cili yang pedas dan banyak lagi. Dan salah satu cara lain yang juga sesuai tapi mungkin agak rare untuk memasak siput sebegini adalah dalam bentuk sos kari yang sedap.
Resepi Lala Masak Kari
Kredit : Dayang Jack
Bagi yang ingin mencuba resepi lala masak kari, di sini turut dikongsikan bahan dan cara memasaknya. Bila ada kelapangan nanti bolehlah masak dan hidangkan kepada suami dan anak-anak untuk makan bersama.
Bahan-bahan yang diperlukan :
- 300 gm lala (dibersihkan)
- 5 biji bawang merah (dikisar)
- 2 ulas bawang putih (dikisar)
- 1 inci halia (dikisar)
- 2 sudu makan serbuk kari ikan (dijadikan pes)
- 1 sudu makan cili kering kisar
- 1 tangkai daun kari sedikit air asam jawa garam dan sedikit gula
Cara-cara untuk memasaknya :
1 - Panaskan sedikit minyak di dalam kuali.
2 - Tumis daun kari bersama bahan-bahan kisar sehingga kering.
3 - Selepas itu, masukkan pes kari dan teruskan memasaknya hingga pecah minyak.
4 - Setelah pecah minyak, masukkan lala dan sedikit air. Kacau rata hingga sebati.
5 - Masukkan garam, gula dan air asam jawa. Kacau hingga masak kemudian bolehlah dihidangkan.
Bila dilihat semula pada bahan-bahan dan cara untuk memasaknya, ternyata resepi lala masak kari ini sangat simple, mudah dan tak menyusahkan. Dari segi rasa, InshaAllah akan menepati citarasa. Lagipun rakyat Malaysia ini kan sudah terbiasa dengan kari.
Dalam masa yang sama, bila masak menu lala masak kari yang tidak pedas begini, secara tidak langsung anak-anak boleh turut menikmatinya tanpa masalah. Itupun jika kebetulan anak suka makan makanan laut dalam bentuk siput seperti ini.
Kini Barangan Runcit Boleh Dibeli Secara Online
Jika kebetulan di rumah itu ada barangan runcit yang telah habis, bolehlah cuba-cuba beli barang dapur yang sudah habis digunakan itu melalui aplikasi Foodpanda.
Jangan terkejut kerana Foodpanda saat ini bukan saja hanya menawarkan servis pesanan dan penghantaran makanan serta minuman, sebaliknya ia turut menyediakan servis grocery delivery bagi memudahkan urusan pengguna seperti kita.
Banyak pihak telah bekerjasama dengan Pandamart ini maka banyaklah barangan runcit yang ada untuk kita buat pembelian. Harga yang ditawarkan juga sangat berbaloi dan masuk akal. Antara barangan yang ada adalah seperti susu bayi dan kanak-kanak, lampin pakai buang, makanan segera, bateri, barang mandian, makanan ringan dan bermacam jenis lagi.
Mungkin ada di antara kita yang akan terasa kekok kerana sudah terbiasa beli sendiri di kedai atau pasaraya, tapi lama-kelamaan tentu akan berasa biasa. Silap haribulan terasa seronok kerana sudah tidak perlu bersusah payah untuk pandu, memilih barang dan tersangkut dalam kesesatan lalulintas seperti dulu.
Jika dulu tatkala barang dapur habis, perlu keluar dari rumah untuk ke kedai atau pasaraya terdekat, tapi kini tanpa perlu melangkah keluar, barangan tersebut boleh tiba sehingga ke depan pintu rumah. Dengan adanya servis penghantaran barangan grocery seperti ini, masing-masing boleh kekal duduk di rumah dalam usaha untuk membendung penularan virus Covid-19 yang sangat merbahaya ini.
Bagi anda yang sedang berkira-kira mahu beli barangan runcit habis di mana, mungkin Pandamart dapat membantu dalam soal ini. Jika tiba-tiba terasa ingin makan sesuatu seperti Curry Clams ini, order saja bahan masakan yang diinginkan dan tunggu semuanya tiba sehingga ke depan pintu rumah sendiri.