Hi Korang,
Terperasan kat social media mengenai Mitsui Outlet Park KLIA Sepang (MOP KLIA), menyambut ulangtahunnya yang ke-5! Terus kak lily plan ke sana minggu lepas. Dengar citer pelbagai aktiviti menarik, termasuklah penebusan dan hadiah bernilai sehingga RM350,000 ditawarkan bermula dari 24 Julai hingga 31 Ogos 2020.
So pepagi ahad tuh kak lily dengan mr big dah sampai ke sini, bukan ape pun sebab nak elak jem dan nak dapat parking depan-depan mall hehehehe teruk tak perangai. Kak lily memang suka pi pepagi sebab tak ramai lagi orang jadi dapatlah jaga ‘social distancing’ kan.
Eh musim Covid-19 ni kita mesti patuh kepada SOP yang kerajaan yang telah tetapkan yer. Nak masuk ke scan My Sejahtera app, ambil suhu dan amalkan penjarakan social tapi yang penting kene pakai face mask.
‘Pick & Win'
Korang semua berpeluang memenangi voucer membeli-belah RM500 (seramai 50 pemenang setiap hari), dan 450 hadiah menarik yang lain seperti beg berjenama dan pelbagai lagi.
Syaratnya korang kena berbelanja sekurang-kurang RM300 (maksimum kombinasi 2 resit) melayakkan korang untuk pilih dan menang hadiah yang ditawarkan. Hmm.. Kalau bernasib baik boleh menang voucher membeli-belah :-) Ianya terbuka untuk 500 orang pertama sahaja setiap hari.
‘Count the 5 Contest’
Korang kena imbas bar code di situ (Kod QR). Seterusnya korang kena kira berapa jumlah nombor 5 di sekitar kawasan di dalam Mitsui (kawasan pop up deko). Seterusnya beri jawapan di borang atas talian. Pemenang peraduan akan memenangi baucar RM50.
Dan korang boleh juga join peraduan selfie “Hi, FIVE! Happy Birthday, MOP KLIA!” dan " I Love MOP KLIA”.
Ada voucher RM50 dimenangi! Tarikh akhir hujung bulan ni! Dengan hanya bergambar dengan spot tertentu didalam Mitsui dihiasi dengan dekorasi musim panas (ada banyak bunga matahari yang cantik-cantik).
We are celebrating this 5th Anniversary milestone by rewarding our customers for their support in making MOP KLIA a success and also to help them weather the difficult times caused by the pandemic. Therefore, we are encouraging all to visit us during this celebratory period as there will be a reward for everyone as long as you participate in our activities and shop here in addition to the great discounts that we are offering.
As we enter into the Recovery Movement Control Order phase, the footfall at MOP KLIA has improved and business is picking up again. With business operations returning to normal, MOP KLIA still adheres to strict health and safety guidelines. We have implemented social distancing measures, disinfect touchpoints regularly, placed hand sanitisers at all entrances and run temperature checks for staff and customers upon entry. All customers are also urged to register their details before entering the premise in compliance with the guidelines set by the Ministry of Health, kata TJ Cheah, Timbalan Pengarah Urusan MFMA Development Sdn Bhd.
Antara penebusan hadiah yang ditawarkan seperti :-
· Week 24 Julai – 2 August
Hand sanitiser giveaway bersempena minggu back-to-school
· Week 7 Aug – 9 Aug
Fresh sunflower giveaway
· Week 29 Aug – 31 Aug
Reward Birthday untuk sesiapa yang lahir pada 31 st August, RM50 voucher giveaway (with no minimum spending required)
Pada mereka yang berbelanja sebanyak RM50 di mana-mana outlet di MOP KLIA pada hari Jumaat, Sabtu, Ahad dan cuti umum sepanjang tempoh kempen akan menikmati PERCUMA 2 jam fee parking.
Selain itu terdapat beberapa outlet menawarkan produk berjenama seperti kasut Adidas, Furla, Aprilia, Nautica, Crocodile, Ralph Lauren Children, MC Vogue, Khaskha, Vans dan Herschel Supply Company.
Tak pernah ke Mitsui Outlet Park?
La ye ke!!!
Senang sangat arah tujunya
MOP KLIA terletak 8 minit dari KLIA dan klia2. Manakala 45 minit dari KL City Centre. Korang juga boleh menggunakan lebuhraya seperti ELITE, LDP, KESAS, MAJU Expressway, North South Expressway Central Link dan NKVE. Terdapat juga pengangkutan awam disediakan untuk ke sini.
Keterangan lanjut boleh layari:-
No comments :
Post a Comment