Hi Korang,
Jenama barangan kemas tempatan, HABIB meraikan sambutan merdeka bersama dengan Hari Kebangsaan Malaysia yang ke-63. Sebagai syarikat tempatan yang bertapak sejak negara ini mencapai kemerdekaan, HABIB menyambut bulan patriotik ini dengan penuh hormat dan kegembiraan.
Sambutan Merdeka tahunan HABIB pada tahun ini bertemakan #SokongLokal, untuk menyokong bakat dan perniagaan tempatan. Melalui kempen #SokongLokal ini, HABIB menyokong beberapa perniagaan tempatan untuk merealisasikan potensi dan mencapai impian mereka. Semua rakyat Malaysia untuk menyokong produk dan servis tempatan, khususnya perusahaan kecil dan sederhana, untuk memacu ekonomi negara ke tahap yang lebih baik.
Dato’ Sri Meer Habib dan Ms Shweta Sekhon, Miss Universe Malaysia 2019
Dato’ Sri Meer Habib bersama finalis Miss Universe Malaysia 2020
Kempen Merdeka tahun ini diraikan bersama ratu cantik tempatan, para finalis Miss Universe Malaysia 2020 dan Shweta Sekhon, Miss Universe Malaysia 2019. Sebagai penaja utama barangan kemas Miss Universe Malaysia 2020, HABIB mendapat sokongan dari para finalis dalam mempromosi #SokongLokal
Tahun ini merupakan tahun kedua kerjasama antara Habib dan Miss Universe Malaysia Organization (MUMO), sebagai penaja barangan kemas dan mahkota. Penglibatan HABIB dalam pertandingan Miss Universe Malaysia 2020 ini adalah penghargaan kepada kecantikan dan bakat tempatan. Malam Gala Miss Universe Malaysia akan berlangsung pada 5
September 2020 dan buat pertama kalinya dalam sejarah, upacara pemahkotaan diadakan secara atas talian, siaran langsung dari www.missuniversemalaysia.com.my. Salah seorang finalis bakal dipilih sebagai Miss Habib melalui undian di media sosial Habib.
''Tunjang ekonomi ketika krisis yang tidak dijangka ialah dengan mengurangkan aliran wang keluar dan ini boleh dicapai dengan menyokong perusahaan dan perniagaan tempatan.” kata Dato’ Sri Meer Habib, Pengerusi Eksekutif Kumpulan Habib
HABIB melaksanakan beberapa inisiatif untuk membantu dan menyokong perniagaan tempatan, khususnya perusahaan kecil dan sederhana:
#HabibStandsWithYou
• #HabibStandsWithYou adalah inisiatif Kumpulan HABIB untuk membantu perniagaan kecil. Habib Learning, anak syarikat Habib Group berperanan menyampaikan pengetahuan dan berkongsi kepakaran mereka tentang skil-skil perniagaan
• Temubual dan Diskusi Panel – Usahawan berpengalaman seperti Pengerusi Eksekutif Kumpulan Habib, Dato’ Sri Meer Habib akan terlibat dalam beberapa sesi di Instagram dan Facebook Live.
• Kursus Latihan Percuma – Habib Learning menyediakan kursus secara percuma kepada perusahaan kecil dan sederhana. Antara latihan yang ditawarkan ialah; khidmat pelanggan, kepimpinan, teknik jualan dan sebagainya.
Inisiatif Biskut
Cookies vendor with Dato' Sri Meer Habib and Datin Sri Zarida Noordin
HABIB membeli produk dari peniaga biskut tempatan, khususnya mereka yang terjejas seamasa pandemik Covid-19 secara pukal. Semua pelanggan Habib akan menerima sebalang biskut dengan setiap pembelian barang kemas sepanjang bulan Ogos.
Syiling Emas edisi terhad Merdeka
Sempena bulan kemerdekaan, HABIB mengeluarkan syiling emas edisi terhad seberat 0.2 gram, yang direka khas oleh pereka barangan kemas HABIB.
Habib dan ratu-ratu cantik Malaysia mengajak semua rakyat Malaysia untuk #SokongLokal #HabibStandsWithYou #KitaJagaKita dalam sambutan Kempen Merdeka Habib 2020.
So koranglah marikan kita sama-sama menyokong kempen #SokongLokal anjuran Habib ini untuk membangkitkan lagi ekonomi negara untuk kemudahan di masa hadapan
Untuk lanjut boleh ke :
Website:
1 comment :
cantik cantik
Post a Comment