Hi Semua,
Kita sering tertanya tilam hotel apakah yang hotel selalu pakai?
Kenapa ianya selesa dan kenapa ianya kena dengan citarasa badan kita. Ada beberapa elemen pemilihan tilam hotel terbaik yang kita perlu tahu. Bukan sekadar jenama dan harga. Jenama dan harga adalah salah satu faktor penting sahaja. Bukanlah faktor yang utama. Pengetahuan tentang tilam hotel adalah yang lebih penting.
Faktor utama pemilihan tilam hotel yang paling utama ialah BERAT BADAN individu.
Kita sering digembar-gemburkan bahawa tilam hotel yang diperbuat daripada spring jenis ‘pocket spring’ adalah yang terbaik. Ini adalah salah sama sekali. Kita selalu terpengaruh dengan iklan bahawa jika tidur tilam hotel jenis pocket spring, pasangan sebelah tidak terganggu. Ya betul. Memang betul tidak terganggu. Kerana pocket spring itu sendiri disusun secara berasingan tidak bersentuhan dengan satu sama lain. Tetapi, tahukah anda bahawa individu berbadan gempal sangat tidak tidur tilam pocket spring?
Individu berbadan gempal akan rasa sedikit lemas & kesukaran untuk bangun dari tilam.
Anda yang berbadan besar boleh mencubanya jika diberi peluang di mana-mana showroom tilam. Di FUZI DREAM, kami membenarkan mencuba setiap jenis material tilam di tempat kami.
Order Sekarang Tel / Whatsapp :
012-346 1163 (Puan Radiah)
@ email pertanyaan ke fuzidream1@gmail.com
TILAM HOTEL TERBAIK MEMPUNYAI TEBAL TILAM SEKURANG-KURANGNYA 11 INCHI
Kebanyakkan hotel menggunakan katil jenis Divan atau katil kotak. Kebanyakkan katil ini mempunyai tinggi 8-10inchi dari lantai. Jaraknya agak rendah dari lantai. Oleh itu penggunaan tilam hotel yang terbaik ialah tilam hotel yang mempunyai tebal sekurang-kurangnya 11inchi. Ketinggian seperti ini akan memudahkan pengguna bangun dari katil.
Adakah anda perasan bahawa kebanyakkan tilam hotel lebih tebal berbanding daripada tilam tilam lain. Oleh itu, jenis tilam hotel inilah yang membuatkan anda selesa untuk tidur kerana kadar serapan tekanan dari badan anda mampu diserap sebelum ianya mengenai dasar tilam itu sendiri. Ianya membuatkan badan anda seolah olah tidak mengenai lantai permukaan yang keras seterusnya disokong oleh fabrik tilam yang lembut dan mengikuti postur badan anda sendiri. Ketebalan biasa yang digunakan oleh tilam hotel adalah 8 ke 11 inchi. Malah ianya akan membuatkan anda senang untuk bangun dari tidur kerana tinggi tilam dari paras permukaan adalah bersesuaian dengan tinggi manusia itu sendiri.
TILAM HOTEL YANG BAGUS MENGGUNAKAN FABRIK YANG LEBIH TEBAL dan LASAK
Oleh kerana tilam hotel digunakan sangat kerap, maka jenis fabrik mestilah tebal dan lasak. FUZI DREAM menggunakan fabrik tilam berketebalan 230gsm dan kebanyakkan tilam hotel iaitu tilam untuk tulang belakang di pasaran kebanyakkan menggunakan fabrik sekitar 140gsm-160gsm. Kain jenis 'soft knitted' tidak sesuai digunakan di hotel. Kerana ia lembut tidak sesuai digunakan dengan kasar. Fabrik tilam hotel jenis 'soft knitted' hanya sesuai jika diguna untuk penggunaan yang tidak lasak.
TILAM HOTEL TERBAIK MENGGUNAKAN FABRIK 'FR'
Jika kita lawati kebanyakkan hotel, kebanyakkan hotel menggunakan tilam jenis fabrik tilam berbelang. Fabrik ini dipanggil 'FR' iaitu 'Fire Retardent Fabric' fabrik yang direka untuk melambatkan proses pembakaran berbanding fabrik biasa
Struktur permukaan tilam berdasarkan lekuk dan tebal yang lebih tinggi berbanding dari tilam lain menjadikan jenis tilam di hotel antara tilam paling selesa untuk digunakan. Dengan ciri-ciri yang dimiliki ini, ianya membuatkan lubang pengudaraan tilam ini lebih besar dan menjadikan ianya sejuk dan selesa. Jika anda tidak percaya anda boleh menghidupkan pendingin hawa dan biarkan ia berfungsi semalaman. Kemudian keesokan harinya anda boleh keluar dan melakukan aktiviti yang anda ingini serta mematikan seluruh alatan elektrik termasuk pendingin hawa. Apabila anda pulang dari aktiviti seharian anda, anda akan dapati tilam anda terasa sejuk walaupun pendingin hawa masih belum dihidupkan.
TILAM HOTEL YANG TAHAN LAMA MENGGUNAKAN SPRING JENIS KERAS DAN LASAK
Apa pun jenis spring yang dihasilkan oleh kilang, spring yang terbaik untuk tilam hotel ialah spring yang tidak mudah tenggelam. Mitos penggunaan spring jenis 'Pocket Spring' adalah spring terbaik adalah tidak benar sama sekali. Perlu diingat penerimaan badan seseorang adalah berbeza untuk mana-mana tilam. Spring jenis pocket spring lebih bersifat lebut kerana disusun secara berasingan (individual). Pengguna berbadan gempal tidak sesuai untuk spring jenis ini. Oleh itu spring yang terbaik untuk tilam hotel ialah spring dengan gelungan yang padat, disusun mengikut 3 peringkat
Individu berbadan berat perlu menggunakan tilam berstruktur keras atau dari material yang keras.
Order Sekarang Tel / Whatsapp :
012-346 1163 (Puan Radiah)
@ email pertanyaan ke fuzidream1@gmail.com
Hotel Collection Mattress by FUZI DREAM
Size : Queen (Top Selling)
11 Inchi :
Harga Asal : RM1,490
Harga Promosi : RM 799
Size : King
11 Inchi :
Harga Asal : RM1,850
Harga Promosi : RM 978
Size : Single
11 Inchi :
Harga Asal : RM1,268
Harga Promosi : RM 499
Kos Penghantaran :-
KL : Percuma
Selangor : RM50 (Guna Lori 1-2 hari)
Luar Selangor : RM80 (Pos Biasa 3-5hari)
Anda Mungkin Berminat dengan Perabot Lain di FUZI DREAM:
No comments :
Post a Comment