Saturday, April 25, 2020

Senang Ada Starbucks®.Kopi Premium Kat Rumah, Macam Starbucks® Cafe Dah Ni

Hi Korang, 

Ramai yang perasan yang kak lily ni seorang pecinta kopi yang setia, setiap pagi mesti pekena kopi dulu sebelum buat keje hah dan kadang-kadang tuh petang mesti nak pekena sekali lagi jugak hehehehehe 

Sememangnya kak lily memang hantu kopi tegar!! 

So bila mula musim PKP nie mengelabah jugaklah nak minum kopi lebih-lebih kopi kedai, walhal kat rumah ni ada pelbagai jenis kopi yang di beli. Bukanlah memilih tapi bila tekak dah biasa minum kopi premium so mesti nak rasa jugak kan. 

Masa sebelum puasa tuh, curi-curi jugak keluar pi Starbucks beli kopi lepas pi beli barang dapur tapi bila dah masuk bulan ramadan ni ermm payahlah nak keluar. 

Kebetulan ada kawan kak lily bagitau yang Starbucks®.ada lancarkan kopi premium instant yang boleh buat kat rumah je terus kak lily pi usha online hah. 


Nestlé Malaysia mengumumkan hari ini, ia akan memperkenalkan segmen lain yang menarik dengan pelancaran kopi Starbucks® Premium Instant (Larut). Rangkaian baru ini terdiri daripada kopi Medium Roast dan Dark Roast, serta pelbagai minuman kopi. Terdapt dalam bentuk serbuk dan juga sachet yang mana produk ini menggabungkan kepakaran dan warisan Nestlé yang tiada tandingannya dalam bidang kopi segera dengan rasa premium khas Starbucks® yang unik. 

Mulai April 2020, pengguna akan dapat menikmati kopi Starbucks® berkualiti tinggi dalam format segera / mudah larut, di rumah. Rangkaian ini terdiri daripada 11 produk, , termasuklah whole bean and roast dan ground packaged coffees serta kapsul Starbucks® yang pertama dibangunkan menggunakan teknologi kopi dan Nescafé Dolce Gusto proprietary coffee. Produk-produk tersebut merupakan inovasi pertama yang dikembangkan bersama oleh Nestlé dan Starbucks® setelah kedua-dua syarikat itu secara rasmi mewujudkan pakatan global yang membolehkan Nestlé memperluas portfolio kopinya, di luar Nescafé dan Nespresso, menambah satu lagi jenama ikonik, Starbucks®. 


Medium Roast adalah kopi Amerika Latin yang halus dan seimbang dengan gabungan coklat susu dan kacang, sementara Dark Roast adalah kopi Amerika Latin dengan rasa panggang manis dan gabungan coklat gelap yang lazat. 


Minuman kopi berbentuk sachet baru oleh minuman khas Starbucks®, iaitu Cappuccino, Caffè Latte, Caffè Mocha dan Caramel Latte. 

Mr Othman Chraibi, Business Executive Officer, Beverages Unit, Nestlé Malaysia Bhd, berkata "The continued strong collaboration between Starbucks® and Nestlé enabled us to move at speed and to expand the Starbucks® brand into the instant/soluble coffee segment, which consumers in Malaysia know and love. We are delighted to keep leveraging on our coffee expertise to create new coffee premium experiences for consumers to enjoy conveniently in the comfort of their homes. We are very excited to introduce our high-quality Starbucks® premium instant coffee range, as it is a great solution to recreate the signature Starbucks® beverage with no preparation hassle. It has never been easier to be your own Barista.” 

Rangkaian kopi ‘Starbucks® at Home’ Premium Instant (Larut) boleh di dapati di Lazada dan Shopee serta pasaraya yang terpilih. 


Di sebabkan musim PKP nie kita tak boleh keluar rumah, jadi kak lily syorkan korang dapatkan secara online di 

Lazada 


Shopee 


So korang boleh dapatkannya.

Caramel Latte dan Dark Roast

Kak lily dah rasa 2 perisa iaitu Dark Roast dan Caramel Latte dan ternyata tidak menyecewakan tekak akak ni, cuba Caramel Latte tuh a bit sweet for me dan Dark Roast is awesome.





1 comment :

Bahrain said...

Ini boleh terus bancuh dengan air panas je ke?