Hi Korang,
Bagi peminat barangan branded seperti seperti COACH, MK, FOSSIL, KATE SPADE, CORELLE, PYREX, CORNINGWARE pasti akan biasa dengar dan tahu mengenai SELLECTION ni. Ermm tak tau plak ek, ok jap kak lily terangkan.
Kalau korang nak tau yang SELLECTION ini merupakan perkhidmatan ‘personal shopper‘ untuk membeli barang dari luar negeri dan di bawa pulang ke tanah air.
Sejarah Ringkas Mengenai SELLECTION
Puan Rafidah seorang surirumah dan berstatus penduduk tetap di Montreal, Canada, adalah seorangTRUSTED SELLER selama 4 tahun yang menjual barangan berjenama yang ORIGINAL dari USA & CANADA seperti COACH, MK, FOSSIL, KATE SPADE, CORELLE, PYREX, CORNINGWARE.
Selain itu, beliau juga menerima tempahan barangan berjenama EROPAH seperti FURLA, LONGCHAMP, LOUIS VUITTON, GUCCI, PRADA, YSL, GIVENCY. Puan Rafidah menerima bayaran penuh dan menawarkan bayaran ansuran. Barangan yang ditawarkan adalah seperti beg tangan, dompet, jam, set pinggan mangkuk, set alatan memasak, set kosmetik dengan harga istimewa dan berpatutan.
Merupakan Graduan Sains Politik pada tahun 2012 di Universiti Sains Malaysia dan mempunyai status Penduduk Tetap di Kanada itu sebenarnya mencuba nasib mencari rezeki dengan pelbagai kerja. Bagaimanapun kisah menjual mufin pisang cukup menarik perhatian kerana ia sebenarnya menjadi asbab dan pembuka jalan untuknya menjadi personal shopper sejak tahun 2015.
"Saya menjual barangan ini kerana saya ingin memberikan peluang kepada rakyat malaysia yang ingin memiliki barangan berjenama dengan harga mampu milik. Saya juga mahu memberikan pengalaman istimewa kepada pembeli seolah membeli terus dari butik dan outlet. Walaupun saya seorang penjual, saya juga adalah rakan alam maya anda. Saya sentiasa menambah koleksi barangan dan cuba memberikan perkhidmatan terbaik agar dapat merealisasikan impian pembeli semua. Saya memiliki ramai pelanggan tetap. Alhamdulillah"
Pada asalnya Rafidah menjadikan medium Facebook Page sebagai ruang melebarkan perniagaan sebagai personal shopper yang diberi nama Branded Handbags & Kitchenware by Rafidah dengan pengikut seramai 89 ribu.
kami juga turut hadir untuk memeriahkan lagi
SELLECTION Dinner Dan Appreciation Night 2020
Majlis penghargaan dan makan malam SELLECTION ni di adakan di Black Pearl Events Hall di Shah Alam secara gilang gemilang. Ianya merupakan acara pertama terbesar yang diadakan oleh team SELLECTION bagi menghargai para pelanggannya tak kira samada yang jauh mahunpun yang dekat.
Sangat ramai yang datang memeriahkan majlis, ahli keluarga, sanak saudara, sahabat handai, para pelanggan istimewa, media dan ramai lagi.
Selain daripada berkongsi kisah perjalanan Sellection, juga dimeriahkan dengan pelbagai agenda semasa semua hadirin sambil menjamu selera makanan yang enak iaitu Pelancaran Online Premium Outlet yang pertama di Malaysia, Pelancaran membership card dan gift card Platinum, Gold dan Diamond serta Penghargaan kepada 3 orang loyal fans yang menyokong perjalanan Sellection sejak 2015 berupa beg Coach, Kate Spade dan Michael Kors.
Matlamat utama Sellection ialah memberi peluang kepada rakyat Malaysia memiliki barang berjenama dan berkualiti dengan harga mampu milik.
"Yang pasti semua produk jenama mewah saya original dan baru. la dibeli terus di outlet di Amerika Syarikat, Kanada dan Benua Eropah. Saya sendiri menggemari barangan mewah. Saya pasti ramai juga merasai keinginan sama. Tidak hanya golongan wanita, lelaki pun mempunyai minat sama.
"Ada yang nak bergaya dengan barangan mewah namun mahu berjimat. Daripada situlah saya lihat ruang menjadi personal shopper itu terbuka luas. Harga yang dibeli di outlet lebih murah daripada yang dijual di butik. Pada masa sama ia juga up to date dan harga mampu milik," katanya. Bermula dengan perniagaan personal shopper, Sellection sudah berkembang menjadi sebuah jenama tempatan yang menyediakan barangan fesyen yang hanya berkualiti, berjenama dan mewah pada harga mampu milik. Kini, Sellection secara rasminya menaik taraf sebagai "Online Premium Outlet" yang pertama di Malaysia.
Pelancaran Online Premium Outlet Pertama di Malaysia
Turut diadakan pelancaran premium outlet secara online SELLECTION yang terletak di Wangsa Maju.
Jika sebelum ini pelanggan hanya berurusan secara atas talian semata-mata dan kini mereka boleh singgah ke outlet SELLECTION untuk melihat dan seterusnya membelinya dari situ.
Pelancaran Kad Keahlian dan Gift Card Platinum, Gold dan Diamond
Selain itu, pihak SELLECTION turut mengumumkan pengenalan kad ahli buat pelanggan-pelanggan setianya. Untuk pengetahuan semua antara jenama yang sentiasa mendapat permintaan tinggi di sini adalah jenama Coach.
Begitu juga dengan jenama Michael Kors, Kate Spade, Louis Vuitton, Chanel dan sebagainya. Yang menariknya di SELLECTION harga yang ditawarkan lebih murah iaitu diskaun sehingga 30%-50%. Ini kerana semua beg berjenama ini dibeli terus di outlet di Amerika Syarikat, Kanada dan Benua Eropah.
Dengan pemberian kad keahlian kepada pelanggan setianya sekaligus memberi peluang pelanggannya menikmati lebih banyak diskaun dengan ganjaran yang cukup menarik.
#SistersdiMalaysia
Puan Rafidah memperkenalkan tanda pagar SistersdiMalaysia sebagai rangkaian terbaik Sellection mendekatkan diri dengan pengikut dan pelanggan Sellection yang kebanyakannya terdiri daripada rakan alam maya yang jauh di mata, namun dekat di hati.
Lokasi Butik SELLECTION :
Butik Sellection
Ground Floor,
10, Jalan Wangsa Setia 4,
Wangsa Melawati,
53300 Kuala Lumpur
Pejabat Urusan: 03-41420000
Mari LIKE dan FOLLOW mereka di social media berikut :
Website :
Facebook :
Instagram :
Youtube :
#sellectionmy
#teamsellection
#sistersdiMalaysia
No comments :
Post a Comment