Hi Korang,
Satu nama yang sinonim dengan perasa makanan, Ajinomoto (Malaysia) Berhad telah menghasilkan perasa BARU semua-dalam-satu, "Rasa Sifu" untuk membuatkan masakan di rumah rasa seperti di restoran!
Dengan "Rasa Sifu", yang pertama seumpamanya di pasaran, kini semua orang boleh mencapai 'Rasa Wok' yang unik dalam masakan mereka. 'Rasa Wok' menggambarkan rasa unik yang dirasakan apabila anda menggoreng dengan api yang cukup panas sehingga wok seumpamanya berapi. Cara masakan ini biasanya tidak dapat dicapai di rumah.
Di tengah-tengah banyak perkakas, chef di restoran sering dilihat mempamerkan kemahiran mereka dengan melambung bahan-bahan masakan semasa menggoreng. Kadang-kadang, makanan akan menangkap api dan tiba-tiba, api terpadam. Semua ini menyumbang kepada aroma wangi yang berlegar di udara sebelum makanan tiba di atas meja anda.
Dengan adanya "Rasa Sifu", anda tidak perlu bersusah payah untuk mempelajari teknik masakan chef. Anda kini boleh menyediakan makanan berkualiti seperti yang disediakan oleh chef di restoran, tetapi di dalam keselesaan dapur anda sendiri. Memasak kini lebih mudah dan lebih cepat dengan "Rasa Sifu" perasa semua-dalam-satu yang datang dalam bentuk serbuk. 'Kemanisan tiram' adalah antara keunikan perisa serbuk ini. Ia mengandungi jumlah ramuan asas yang mencukupi, sos berperisa tiram, bawang putih dan bawang merah tumis, serta bahan-bahan istimewa yang lain, untuk memahirkan masakan anda dengan rasa wok dan manis tiram yang istimewa.
“Rasa Sifu" juga membuatkan sayur-sayuran goreng lebih lazat berbanding sebelum ini sehingga anak-anak anda akan lebih menikmatinya sekaligus menambah pemakanan sayur-sayuran untuk diet yang lebih seimbang. Makan di luar juga boleh dikurangkan dengan masakan di rumah yang lazat dan menyelerakan. Masakan di rumah pastinya lebih sihat kerana anda tahu apa yang masuk ke dalam makanan, selain mengeratkan ikatan keluarga. Kerana ramuan rahsia baru ini, hidangan anda semestinya menarik perhatian keluarga dan rakan-rakan. Apa lagi, anda juga dapat menjimatkan wang!
"Rasa Sifu" menawarkan pengalaman rasa baru. Jadi, pastikan anda mengambil satu paket hari ini! Dijual di pasar raya, pasar raya besar, kedai runcit dan kedai serbaneka, "Rasa Sifu" boleh didapati dalam pek 20g, 100g dan 300g.
No comments :
Post a Comment