Wednesday, July 3, 2019

LULU Hypermarket Outlet Kedua Kini Di 1 Shamelin Mall, Cheras

Hi Korang, 


Kak lily kan minat nau shopping kat Lulu ni, apa jua promosi pun tetap sempat ahkak ko ni akan tetap menyinggah walaupun sekadar cuci mata huahauhaua. Cuci-cuci mata pun seratus lebih melayang jugak kan hehehehe 

So bila dapat tau je Lulu Hypermarket nak bukak cawangan kedua di One Shamelin Mall ni ermm haruslah jangan lepaskan peluang kan, kita mau terjah barangan-barangan promosi yang murah-murah ni. 

Pada 1hb Julai 2019 Isnin lepas, kak lily ke sini untuk majlis perasmian outlet kedua Lulu Hypermarket ni, Hypermarket baru yang juga ke-174 Lulu secara global terletak di 1 Shamelin Mall di daerah Cheras Kuala Lumpur. Hypermarket yang luasnya 80,000 kaki persegi telah direka bentuk menggunakan konsep ruang runcit terkini dan teknologi paling moden untuk kemudahan membeli-belah dan akan melayani penduduk Cheras dan kawasan sekitarnya untuk keperluan membeli-belah harian mereka. 



Majlis dirasmikan oleh YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Malaysia dengan kehadiran Duta Besar dari pelbagai negara, ahli perniagaan tempatan terkemuka dan tokoh-tokoh lain. 

Bersempena dengan pembukaan cawangan terbaru Lulu di Cheras ini, satu jualan murah telah berlangsung selama 4 hari iaitu bermula daripada 1 Julai sehingga 4 Julai. Terdapat banyak harga barangan yang dijual cukup murah dari harga pasaran. 

Meh lah akak bawak korang tour di dalam Lulu Hypermarket 1 Shamelin Mall ni ek. 

Disebabkan ianya hanya setingkat so lagi senang untuk kita piih barang, tak payah nak naik escalator ke lift bagai untuk troli daripada satu section ke section yang lelain kan.

Barangan dapur

nampak kemas tersusun, ayam daging semua ni kan

makanan laut pun nampak segar bugar je hah

ni masa kak lily lalu awal-awal masuk, kemain banyak lagi kan

30 minit kemudian, korang tengok ni abis licin selicinnya lah. sebab murah nau nauu

kemain bagus nak staff Lulu ni ek, tolong pilihkan beras untuk akak. Kata kengkawan akak kat ig story hahahahaha. Eh ini bukan staff Lulu ek tapi dak kecik yang prihatin sibuk tengok akak ko ni nak pikul beras kiri kanan hahaha

ok pilih kak jangan tak pilih. durian belanda isi keras lagi ni kena peram dua tiga kali baru boleh makan ek

as usual, coffee lover memang tak akan ketinggalan unsuk singgah cari kopi. Not bad jugak harga Illy Coffee ni, murah sket dari beli kat luar tau


ROASTERY


Bahagian Roastery ni memang jadi kegemaran kak lily jugak sebab kalau korang cari bahan-bahan kekacang yang di import khas dari negara Timur Tengah hah di sinilah tempatnya. Segala jenis kekacang termasuk pelbagai jenis kurma ada terdapat di sini. Even biji kopi yang lambak timbang pun pun hado gak wei

Ready To Eat

kalau datang sini, tak sah kalau tak singgah beli frozen pizza ni dah ler sedap murah plak tuh. Kak lily memang tak pernah miss nak beli tau. Yang sebelah bawah tuh, wrap pun hado 

ayam golek sedap wei, ramai yang beratur plak. Tak sempat nak singgah beli tau hauhauha. Eh bukan ayam golek je, nasi beriani, lauk pauk, western food pun hado gak tau hehehee

ini pun best jugak sebab macam-macam jenis salad ada di sediakan di sini. korang just pilih nak makan yang mana satu kan, enakkkk


Lain-lain Keperluan

mangkuk pun nak dimenungkan, beli jelah bukan mahal mane pun kan

ya ampun syurga seorang isteri selain daripada kosmetik kan, ini part yang paling ahkak suka, periuk belanga

nampak tak?? siap peluk-peluk bagai periuk ni semua. heboh nak beli nak masak dalca daging katanyerrr

abang saya nak bayar tau bukan amik cam tuh jer. ishkkk suker tau propa akak kan

hah amik, segala mak neka minyak wangi ada kat bahagian kosmetik ni. pilih jangan tak pilih ek

Barangan Elektrik

freezer ni tak delah mahal mana pun harganya, tapi berbaloi dengan saiznyer kan

amboi akak ni sempat sambar tv murah RM699 dari harga 2 ribu ek, jeles iolss tau jelesss

Ermm dari kaca mata akak ko ni

lorong membeli belah yang luas, troli boleh lalu lalang je tanya sangkut-sangkut

kemain hah sampai 2 troli, kakak ni menyopping ek

penuh nau kaunter bayaran ek, siapkan duit secukupnya tau. Kalau tak cukup debit card kan hado hehehhehe

Itulah serba sket yang kak lily dapat kongsi dengan korang ni ek, memang pelbagai barangan yang berlainan jenama ada di jual di Lulu Hypermarkets 1 Shamelin Mall ni ek khusus untuk penduduk Cheras, Hulu Langat dan sewaktu dengannya. 

Memang dekat sket dengan umah kak lily pun tempat ni, harus akan diterjah hujung minggu nanti lah.



Jom ke : 
LuLu Hypermarket, 
Jalan 4/91, 
One Shamelin Mall,
Taman Shamelin Perkasa, 
56100 Kuala Lumpur.

Keterangan lanjut mengenai promosi di Lulu Hypermarket boleh layari, 

Website : 


Mari LIKE dan FOLLOW mereka di social media berikut : 

Facebook Page : 

Instagram Link : 


No comments :