Hi Korang,
Peneraju telekung inovasi di Malaysia, Siti Khadijah melangkah setapak ke hadapan dengan membuka dua buah butik di Lembah Klang. Dua butik SK yang dibuka adalah di Central I-City dan Subang Parade.
Di sebabkan majlis perasmiannya serentak so kak lily hanya sempat ke Butik KL di Central I-City Mall di Shah Alam. Bukan main ramainya orang yang hadir di majlis pembukaan ni, beratur kemain panjang lagi untuk dapatkan promosi-promosi hebat di hari pembukaan tersebut.
Majlis Grand Opening Butik SK di Central I-City dan Subang Parade ini dijalankan secara serentak bermula 26-28 Julai 2019. Untuk Grand Opening di Subang Parade diserikan dengan kehadiran bekas personaliti terkenal, Puan Sri Datin Normala Samsudin dan Ketua Pegawai Operasi Siti Khadijah Apparel Sdn Bhd, Encik Ammar Mohd Hishamudin.
Manakala untuk Grand Opening di Central I-City pule dihadiri oleh Yang Berbahagia Datuk Wan Suraya Binti Wan Mohd Radzi, Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Usahawan dan Pengarah Pemasaran Siti Khadijah Apparel Sdn Bhd, Encik Mohammad Munzir bin Aminuddin.
Butik SK Central I-City don Subang Parade ini masing-masing merupakan cawangan yang ke-32 dan ke-33 di seluruh Malaysia. Waktu operasi bagi Butik SK yang baru ini adalah bermula pada jam 10 pagi sehingga jam 10 malam.
Pengarah Pemasaran Siti Khadijah Apparel Sdn Bhd, Encik Mohammad Munzir bin Aminuddin
''Syukur ke hadrat ilahi, dengan izinNya, Siti Khadijah berjaya meluaskan empayar perniagaan dengan membuka duo lagi butik di dalam Malaysia. Di kesempatan ini juga soya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada famili kecil soya, iaitu anak-anak don suami yang sentiasa menjadi tulang belakang don nadi kepada kejayaan SK sekarang. Soya juga ingin mengucapkan terima kasih soya kepada famili besar soya, iaitu Team SK yang sentiasa bekerja keras untuk meningkatkan mutu don kualiti produk SK bermula tahun 2009 sehinggalah ke hari ini. lnsyaAl/ah, pembukaan duo butik baru SK di Subang Parade don Central I-City ini akan memberi peluang kepada lebih ramai pengguna untuk merasai kualiti premium produk SK, don dapat melakukan ibadah mereka dengan lebih selesa", kata Puan Hajah Padzilah Enda Suleiman, Pengasas Telekung Siti Khadijah
Disebabkan sokongan don permintaan yang tinggi daripada pelanggan setia SK, #TeamSK mengambil keputusan untuk membuka dua buah cawangan butik di Subang Parade dan Central I-City, Shah Alam. Nilai pelaburan bagi pembukaan butik baru Siti Khadijah di Subang Parade dan I-City mencecah RM400,000.
lstimewa sempena pembukaan butik SK secara serentak di Subang Parade dan Central I-City, SK telah mengeluarkan koleksi telekung baru iaitu TPO Nayla dan Basic Kain Safaa. Harga promosi bagi TPO Nayla ialah RM239 manakala Basic Kain Safaa pula berharga RM 149. Bukan sahaja produk telekung, produk gaya hidup Muslim yang lain juga boleh didapati di butik SK dengan harga promosi sempena Grand Opening yang bermula 26-28 Julai 2019.
Bukan sahaja keluaran rangkaian produk telekung SK, sempena Grand Opening kedua-dua butik baru ini. SK telah memperkenalkan produk terbaru penjagaan diri melalui jenama Seedkey iaitu Hair Mist Jasmine dan Hair Mist Rose. Seedkey merupakan produk penjagaan diri yang telah ditubuhkan pada tahun 2017. lanya bermula dengan produk sabun dari wangian gaharu dan syampu dari wangian limau purut. Seedkey mensasarkan misi untuk menjadi peneraju produk yang berasaskan bahan semulajadi di Malaysia. Penghasilan produk ini adalah disebabkan oleh kesedaran yang tinggi terhadap penggunaan bahan kimia yang merbahaya didalam produk penjagaan diri yang dipasarkan secara komersial.
Antara kelainan yang ingin diketengahkan oleh SK bagi kedua butik baru ini ialah konsep rekaan dalam butik itu sendiri. Konsep yang digunakan tampak lebih moden namun kekal minimalis, sejajar dengan prinsip produk Siti Khadijah iaitu ringkas dan minimalis. Bagi pilihan warna butik pula, kedua-dua buah butik yang baru ini masih kekalkan warna maroon yang menjadi warna tema SK.
Selain itu, susunan wardrobe atau koleksi produk SK yang dipamerkan menghadap pelanggan bagi menarik minat lebih ramai pelanggan don interaksi yang lebih tinggi. Bagi keluasan butik pula, butik SK Central 1-City mempunyai keluasan 746 kaki persegi, manakala butik SK Subang Parade mempunyai keluasan 711 kaki persegi.
So tahniah kepada butik Siti Khadijah di atas 2 pembukaan butik terbaru dan semoga lebih sukses hendaknya.
Mari LIKE dan FOLLOW mereka di social media berikut :
Webiste :
Facebook Page :
Instagram Link :
No comments :
Post a Comment