Wednesday, July 31, 2019

Makan Makan di Restoren Dapor Terbakor, Kota Damansara

Hi Korang, 

Citer pasal makan-makan sambil goyangkan jari gituh gituh ek huahuahaha memang teruk nau-nau trend masa kini ek, ntah siapalah yang mulakan dulu kan 

Sebenarnya tak plan pun sampai ke Dapor Terbakor ni tapi bila dah terkena pujukan manis bebudak ni hah dan kebetulan hari ahad lepas tak de buat apa so pergilah ke sana. 

So Dapor Terbakor ni merupakan restoran melayu yang menghidangkan pelbagai jenis masakan melayu, masakan Thailand dan juga haruslah kena ada menu yang di bakar-bakar kan, dah nama pun Dapor Terbakor. 

Masa kitorang sampai tuh waktu tengahari so apa lagi, haruslah di ordernya menu nasi bersama lauk-pauk kan hehehhe time ni masing-masing tengah lapar tuh. 


Kak lily order Honey Lemon Ice jer hah sebab teringin, bebudak ni ntah memacam air yang di order nya. Soda herbs, Air Bandung, Mango Float, Milkshake dan memacam lagi lah. 

Tauhu Bakor - RM5 

Sambil nak tunggu lauk-pauk sampai kunyah-kunyahlah penbuka selera Tauhu Bakor ni kan, senang nak makan sebab dah di potong kecik-kecik. Sos petis tuh sedap. 

Ok lauk-pauk sampai 

Siakap 3 Rasa - RM25 

Kemain garing ikannya hah, sampai tulang yang tepi-tepi tuh boleh di kunyah-kunyah begitu sajer 

Set Bakor Utara
Ayam bakor, daging bakor, kambing bakor 

Kalau nak order asing-asing pun boleh, individual set. Harga sepinggan di antarn RM9 – RM20 bergantung kepada jenis lauk yang di ambil. Selain daripada 3 menu bakar ni ada juga sotong bakar dan rusuk bakar jugak tau. Kalau kak lily rasa order set macam ni lagi berbaloi lah daripada order asing-asing. 

Ayam Buttermilk dan Udang Buttermilk 

Yang ni pun ade individual set yang di datangkan sekali dengan nasi putih ye. Kalau tak makan udang boleh pilih ayam wokeh 

Tom yam Ayam 

Sayur Pak Choy Masak Tiram 

Aduimak bila makan dengan bebudak ni haruslah berebut-rebut, berjalan-jalan pinggan lauk pauk tuh. Sekejap ke sane sekejap ke sini kan. Tapi seronok kira macam makan kat umah gituhlah. 

Ktorang cuba jugak 2 menu istimewa di Dapor Terbakor ni 

Mee Kuah Udang - RM20 

Mee Kuah Gearbox - RM20 

Hah amik ko!! 

Kemain beso mangkuk yang di hidangkan ni wei. Nasib baik makan ramai-ramai so ktorang kongsi-kongsi jelah rasa sorang sket. Kalau makan seorang memang tak habis kecuali kalau korang betul-betul lapar lah kan. Just nice kalau makan berdua, ewah macam pengantin plak bunyinya hehehhe. Kuahnye memang power, sedap bak hang!!. Pekat dan berperisa, kak lily memang rasa sket je mee dan lebih kepada hirup kuah je hah, bersudu jugak ahkak ko ni menghirupkan cuma nasib je tak di tonggengkan terus ke mulut macam style orang korea makan tuh hehhhe 


Harga cam ne kak lily?? 

Ermm tak delah mahal wokeh, just nice dengan portion yang di hidangkan. Harga rakyat marhean B40 lah mana boleh mahal kang tak de orang nak singgah makan hehehehe takdelah memang berbaloi-baloilah harganya so tak yah lah korang nak worry sangat duit tak cukup bagai kan. 


Kemain lama gak ktorang lepak di Dapor Terbakor ni, alah lepas-lepas makan tuh catch up sket lah pasal hal memasing, sembang punye sembang sampai lah ke petang hehehe 

Nak pi, ini alamatnya:- 

Restoren Dapor Terbakor 
The Strand, 16G, Jalan PJU 5/20D, 
Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor 


Mari LIKE dan FOLLOW di media sosial berikut : 

Facebook : 

Instagram : 

Whatsapp : 







Kaki Bebel,

LILY

www.ciklilyputih.com

Koleksi Hartanah PKNS Siri 2/2019, Tawaran Diskaun Berganda Sempena Ulangtahun Ke-55

Hi Korang, 

Koleksi Hartanah PKNS Siri 2/2019 kini sedang berlangsung dari 26 Julai 2019 sehingga 4 Ogos 2019 di Atria Lagenda Kompleks PKNS Shah Alam. 


Sebagai rakyat ‘so-called’ Selangor ni, haruslah kak lily tak lepaskan peluang untuk mengetahui apa yang Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) tawarkan untuk rakyat Selangor kan. Ye eventho kak lily orang Melaka tapi menetap di Selangor ni dah lebih daripada 15 tahun wokeh sejak dari anak dara lagi tau hehehehe 

Selaku Pengurus Komunikasi Korporat, Ishak Hashim berkata, pihak PKNS menawarkan diskaun tambahan yang berjumlah RM5,500 kepada 55 pembeli terawal. Bilangan 55 adalah simbolik kepada Ulangtahun PKNS yang ke 55 tahun. 



Majlis pelancaran Koleksi Hartanah PKNS 2019 telah dilaksanakan olehh YBhg Dato' Mohd Azizi bin Mohd Zain yang berlangsung di Atria Lagenda Kompleks PKNS Shah Alam. 

PKNS turut menawarkan diskaun sehingga 20 peratus serta kos guaman Perjanjian Jual Seti (SPA) dan duti setem Memorandum Pertukaran (MOT) secara percuma kepada bakal pembeli 

Untuk sekian kalinya, satu perjanjian kolaborasi dimeterai antara PKNS dan Maybank untuk pelaksanaan Skim Smart Selangor First Home Buyer


Di mana pihak Maybank akan menyediakan pembiayaan sebanyak 90 peratus. Manakala, kerajaan negeri akan memberi bantuan pembiayaan sebanyak 10 peratus dan PKNS dilantik menjadi agensi pelaksana bagi skim ini dan ini merupakan insentif pembiayaan pinjaman 100 peratus pada kadar faedah yang rendah untuk lapan tahun pertama. 


Bagi kak lily ini akan memudahkan lagi korang selaku pembeli mendapatkan pinjaman dan akhirnya dapat memiliki rumah idaman korang tuh. Barulah boleh guna tagline #rumahkusyurgaku hehehehehe 





Oh ye skim ini terbuka kepada pembeli Rumah Selangorku (RSKU) dibangunkan oleh PKNS dan Anak Syarikat PKNS sahaja yang terletak di Selangor Cyber Valley (SVC), Antara Gapi, Kota Puteri, Klang dan Kampung Sri Temenggung Gombak dan permohonan hanya boleh di buat di cawangan Maybank Seksyen 14, Shah Alam Sahaja. 

Untuk permohonan loan rumah di bawah koleksi hartanah yang lain boleh di lakukan di mana-mana cawangan Maybank yang berhampiran dengan korang. 

Selain itu, Maybank juga akan membuka kaunter khas di sepanjang siri Koleksi Hartanah ini untuk urusan perkhidmatan semakan kelayakan pinjaman perumahan untuk para pengunjung yang hadir. Para pengunjung hanya perlu membawa bersama slip gaji 3 bulan untuk proses semakan kelayakan pinjaman bagi membolehkan pengunjung membeli mana-mana unit rumah di bawah projek PKNS yang ditawarkan sepanjang koleksi berlangsung. 

Pelbagai tawaran menarik akan diberikan di sepanjang pameran koleksi hartanah ini sebagai penghargaan khas buat pelanggan yang telah menyokong PKNS sepanjang lebih lima dekad ini, di mana ia tertakluk kepada produk hartanah terpilih. 


Dengan penglibatan Kumpulan Anak Syarikat PKNS pada pameran koleksi hartanah ini juga, pastinya menjanjikan pelbagai produk hartanah merentasi seluruh negeri Selangor yang ditawarkan. Malah, kali ini juga terdapat pameran khusus untuk projek Rumah Mampu Milik (RMM) PKNS di bawah jenama Rumah Selangorku ldaman PKNS dengan tawaran harga bermula daripada RM185,000 

Jadi korang apa tunggu lagi, kalau ada rasa-rasa nak memiliki rumah ermm korang usha-usha lah Koleksi Hartanah PKNS Siri 2/2019 ni ek, sebab kadar penjimatannya mencecah sehingga RM100,000 tau 


Untuk keterangan lanjut, sila layari:

LAMANWEB : 

FACEBOOK : 

INSTAGRAM : 



Tuesday, July 30, 2019

Baru Tahu Kewujudan Arissto Coffee Semasa Malaysia Coffee Fest 2019

Hi Korang,

Seriously kak lily biasa dengar Arissto Coffee ni tapi tak de plak sibuk nak amik tau sebab malas nak google until kengkawan kak lily sibuk ajak ke Malaysia Coffee Fest di One Utama last weekend.


Ya ampun bukan main ramainya peminat kopi ek, sampai bersesak-sesak laluan ke booth Arissto ni. Korang bayangkan sampai berlaga-laga bahu bagai kan hehehe

Nampak tak kemain penuh booth Arissto Coffee ni ek

Ramainyer orang

Pengunjung boleh cuba seberapa banyak kopi dan teh ye

Sebenarnya jenama kopi Arristo ni berasal dari Itali dan mula memasuki pasaran Malaysia beberapa tahun kebelakangan ini dan mula mendapat tempat di hati peminat kopi kat sini kan


Rupanya penghasilan kopi ini menggunakan mesin kopi pintar, dengan hanya memasukkan kapsul kopi dan susu sekejapan terhasilnya kopi yang sangat enak.


Beberapa jenis kapsul kopi Arissto di antaranya:

→ Sunrise
→ Lonely
→ In Love
→ Passion
→ Luna
→ Amico
→ Choco
→ Milk

Semasa di Malaysia Coffee Fest minggu lepas, sempatlah kak lily merasai pelbagai jenis kopi Arissto seperti:-

⟹ Expresso by LUNA
⟹ Cappucino by PASSION & MILK
⟹ Latte by SUNRISE & MILK
⟹ Milk Chocolate by CHOCO & MILK
⟹ Iced Coffee by AMICO
⟹ Rose Cappucino by IN LOVE
⟹ Affagato by LONELY

Selain dari kopi, mesin pintar Arissto ini juga boleh menghasilkan pelbagai jenis teh mengikut kapsul yang ada iaitu:


Kapsul Arissto teh:-

➝The Queen
➝The King
➝Prince
➝Princess
➞Earl

Manakala untuk minuman teh premium yang boleh dihasilkan daripada kapsul Arissto adalah seperti:-


⟹ Ceylon Black Tea
⟹ Green Tea,
⟹ Earl Grey
⟹ Rose Black Tea 
⟹ Passion Fruit Black Tea

Nampak macam ekslusif je mesin kopi Arissto pintar kan kak lily??? mesti mahal kan kan kan hahahahahaha korang ni suker assume yang bukan-bukan tau..

Tak de mahal pun lah

Pakej Bulanan RM1

Dengan hanya sewaan bulanan RM1 sahaja (RM1 Coffee Machine Plan), kita boleh melanggan secara bulanan, tak kira di mana jua di rumah mahupun di pejabat.

Tak sampai dalam tempoh 30-60 saat, kita boleh menikmati kopi atau teh kegemaran kita dan  kak lily baru tau yang tiada kontrak dikenakan bila kita nak hentikan bila-bila masa.

Sebagai pelanggan RM1 Coffee Machine Plan, kita boleh nikmati harga tawaran ahli untuk setiap pembelian kapsul ARISSTO. Setiap kotak untuk 10 harga kapsul kopi atau teh dikenakan hanyalah RM21.60 sahaja daripada harga asal iaitu RM30. 

Penjimatan sehingga 28% tau


Untuk menjadi ahli VIP ARISSTO kita perlu membayar deposit (deposit akan dikembalikan sepenuhnya jika kita terminate perkhidmatan) sebanyak RM280 (untuk mesin kopi pintar) dan kita boleh nikmati diskaun keahlian VIP sehingga 46% untuk pembelian semua kapsul kopi/teh. 

Setiap kotak 10 kapsul kopi/teh hanya RM17.90 (asal RM30.0). Selain itu, kita juga akan diberi tambahan diskaun sebanyak 56% untuk membeli kapsul susu. Setiap kotak 10 kapsul kopi hanya RM15 (asal RM30)


So macam mane ???

Apa korang rasa, bagus tak tawaran yang Arissto Coffee sediakan ni.

Bagi kak lily ianya sangat berbaloi jika di bandingkan kalau setiap hari kita duk membeli kopi kat kedai kopi yang selalu akak lily lepak tuh hauhauahahahaha

Pilihan di tangan korang so terpulanglah kan hahahaha

Tak sia-sia kak lily ikut kengkawan ke Malaysia Coffee Fest 2019 ni ek, ermm tahun depan harus kena terjah lagi ni.



Mari LIKE dan FOLLOW di media sosial berikut : 

Website : 
https://arissto.com/my/

Facebook Page : 
https://www.facebook.com/arisstoofficial

GUARDIAN MALAYSIA Raikan 4 Wanita Sebagai ’THE FACE OF HEALTHY BEAUTY’

Hi Korang,

Guardian Malaysia telah mengumumkan EMPAT wanita Malaysia daripada barisan 16 orang peserta akhir sebagai ‘The Face of Healthy Beauty’ merangkap duta jenamanya dan Sabtu lepas kak lily berkesempatan ke finale ‘The Face of Healthy Beauty’ di Central I-City Shah Alam. 

Empat wanita tersebut adalah: 

(Dari Kiri) Karyl Chee, Yasmin Khalid, DY Cho, Nurul Ezzaty Hasbullah dan Nur Aimi Abdul Ghani pemenang The Face of Healthy Beauty

Karyll Chee Kar Yee, 23 

Nur Aimi Binti Abdul Ghani, 31 

Nurul Ezzaty Binti Hasbullah, 23 

Yasmin Binti Khalid, 23 

Keempat-empat wanita ini telah dinobatkan selepas pencarian selama dua bulan di seluruh negara yang menyaksikan lebih 1,100 penyertaan termasuk berjaya melepasi 400 calon terpilih dan 100 peserta separuh akhir dari 4 wilayah berbeza di Malaysia. 

Bagi keempat-empat wanita ini, hidup mereka bakal berubah. 

Setiap pemenang akan menandatangani kontrak satu tahun sebagai Duta Jenama Guardian beserta wang tunai bernilai RM10,000 dan baucar Guardian bernilai RM10,000, serta RM5,000 setiap seorang untuk disumbangkan kepada organisasi amal pilihan mereka. Mereka bakal menghiasi muka depan Katalog Jenama Guardian dan beberapa kolateral lain dan akan menerima produk-produk sumbangan penaja. 

Dikenali sebagai yang pertama seumpamanya di Malaysia, pencarian ‘The Face of Healthy Beauty’ ini terbuka kepada semua wanita Malaysia yang berumur 18 tahun dan ke atas. 


Berucap di pertandingan akhir tersebut, DY Cho, Pengarah Pemasaran, Asia Tenggara, Guardian Health and Beauty Sdn Bhd berkata; 

“Pencarian Duta Jenama Guardian baru ini merupakan pengalaman yang sangat bermakna buat kami kerana kami menemui begitu ramai wanita yang memberi inspirasi dan menepati kriteria pencarian iaitu Healthy Beauty. 

Keempat-empat orang pemenang ‘Face of Healthy Beauty’ ini merupakan bukti falsafah jenama Guardian iaitu kesihatan yang baik adalah asas kepada kecantikan sebenar dan mereka akan membantu kami menyebarkan mesej ini kepada para pelanggan kami. Mereka adalah wanita yang menjalani kehidupan sepenuhnya dengan cara yang sihat dan memiliki stail tersendiri serta personaliti yang menarik. Mereka juga mempunyai sikap yang positif, mengutamakan kesihatan dan turut mementingkan penampilan diri,” tambah Cho. 


Selain empat pemenang utama, terdapat lapan pemenang kategori dan mereka adalah; 

Paling Sihat (diilhamkan oleh Blackmores) – Cruzellyn Alex 

Paling Elegan (diilhamkan oleh Bio-essence) – Palvinder Kaur A/P Savinder Singh 

Paling Kelihatan Muda (diilhamkan oleh Garnier) – Nur Aimi Binti Abdul Ghani 

Paling Ekspresif (diilhamkan oleh L’oreal) – Karyll Chee Kar Yee 

Paling Bersemangat (diilhamkan oleh Maybelline) – Nurul Ezzaty Binti Hasbullah 

Paling Berkeyakinan (diilhamkan oleh Nivea) – Alwizah Al Yafii Binti Ahmad Kamal 

Paling Ceria (diilhamkan oleh Safi) – Vanessa Yoong Foong Woon 

Paling Menawan (diilhamkan oleh TRESemmĂ©) – Nor Marissa Alia Binti Ahmad Lokman 

Setiap pemenang kategori membawa pulang hamper produk bernilai RM500. 



Bagi pelanggan Guardian yang telah mengundi finalis kegemaran mereka untuk menang dalam Pusingan Akhir, teruskan mengikuti laman Facebook Guardian untuk mengetahui siapakah pengundi bertuah yang dipilih oleh para pemenang untuk memenangi baucar Guardian bernilai RM500. 

Maklumat lanjut tentang pencarian dan finalis pertandingan akhir serta terma dan syarat penuh penyertaan boleh didapati di https://theface.guardian.com.my

Mari LIKE dan FOLLOW di media sosial berikut : 

Facebook : 


Instagram : 


#guardianmy 
#faceofguardianmy 

Monday, July 29, 2019

Butik Terbaru Siti Khadijah Kini Di Buka Di Central I-City dan Subang Parade

Hi Korang, 

Peneraju telekung inovasi di Malaysia, Siti Khadijah melangkah setapak ke hadapan dengan membuka dua buah butik di Lembah Klang. Dua butik SK yang dibuka adalah di Central I-City dan Subang Parade. 


Di sebabkan majlis perasmiannya serentak so kak lily hanya sempat ke Butik KL di Central I-City Mall di Shah Alam. Bukan main ramainya orang yang hadir di majlis pembukaan ni, beratur kemain panjang lagi untuk dapatkan promosi-promosi hebat di hari pembukaan tersebut. 

Majlis Grand Opening Butik SK di Central I-City dan  Subang Parade ini dijalankan secara serentak bermula 26-28 Julai 2019. Untuk Grand Opening di Subang Parade diserikan dengan kehadiran bekas personaliti terkenal, Puan Sri Datin Normala Samsudin dan Ketua Pegawai Operasi Siti Khadijah Apparel Sdn Bhd, Encik Ammar Mohd Hishamudin. 


Manakala untuk Grand Opening di Central I-City pule dihadiri oleh Yang Berbahagia Datuk Wan Suraya Binti Wan Mohd Radzi, Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Usahawan dan Pengarah Pemasaran Siti Khadijah Apparel Sdn Bhd, Encik Mohammad Munzir bin Aminuddin. 

Butik SK Central I-City don Subang Parade ini masing-masing merupakan cawangan yang ke-32 dan ke-33 di seluruh Malaysia. Waktu operasi bagi Butik SK yang baru ini adalah bermula pada jam 10 pagi sehingga jam 10 malam. 

Pengarah Pemasaran Siti Khadijah Apparel Sdn Bhd, Encik Mohammad Munzir bin Aminuddin

''Syukur ke hadrat ilahi, dengan izinNya, Siti Khadijah berjaya meluaskan empayar perniagaan dengan membuka duo lagi butik di dalam Malaysia. Di kesempatan ini juga soya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada famili kecil soya, iaitu anak-anak don suami yang sentiasa menjadi tulang belakang don nadi kepada kejayaan SK sekarang. Soya juga ingin mengucapkan terima kasih soya kepada famili besar soya, iaitu Team SK yang sentiasa bekerja keras untuk meningkatkan mutu don kualiti produk SK bermula tahun 2009 sehinggalah ke hari ini. lnsyaAl/ah, pembukaan duo butik baru SK di Subang Parade don Central I-City ini akan memberi peluang kepada lebih ramai pengguna untuk merasai kualiti premium produk SK, don dapat melakukan ibadah mereka dengan lebih selesa", kata Puan Hajah Padzilah Enda Suleiman, Pengasas Telekung Siti Khadijah 

Disebabkan sokongan don permintaan yang tinggi daripada pelanggan setia SK, #TeamSK mengambil keputusan untuk membuka dua buah cawangan butik di Subang Parade dan Central I-City, Shah Alam. Nilai pelaburan bagi pembukaan butik baru Siti Khadijah di Subang Parade dan I-City mencecah RM400,000. 


lstimewa sempena pembukaan butik SK secara serentak di Subang Parade dan Central I-City, SK telah mengeluarkan koleksi telekung baru iaitu TPO Nayla dan  Basic Kain Safaa. Harga promosi bagi TPO Nayla ialah RM239 manakala Basic Kain Safaa pula berharga RM 149. Bukan sahaja produk telekung, produk gaya hidup Muslim yang lain juga boleh didapati di butik SK dengan harga promosi sempena Grand Opening yang bermula 26-28 Julai 2019. 


Bukan sahaja keluaran rangkaian produk telekung SK, sempena Grand Opening kedua-dua butik baru ini. SK telah memperkenalkan produk terbaru penjagaan diri melalui jenama Seedkey iaitu Hair Mist Jasmine dan Hair Mist Rose. Seedkey merupakan produk penjagaan diri yang telah ditubuhkan pada tahun 2017. lanya bermula dengan produk sabun dari wangian gaharu dan syampu dari wangian limau purut. Seedkey mensasarkan misi untuk menjadi peneraju produk yang berasaskan bahan semulajadi di Malaysia. Penghasilan produk ini adalah disebabkan oleh kesedaran yang tinggi terhadap penggunaan bahan kimia yang merbahaya didalam produk penjagaan diri yang dipasarkan secara komersial. 







Antara kelainan yang ingin diketengahkan oleh SK bagi kedua butik baru ini ialah konsep rekaan dalam butik itu sendiri. Konsep yang digunakan tampak lebih moden namun kekal minimalis, sejajar dengan prinsip produk Siti Khadijah iaitu ringkas dan minimalis. Bagi pilihan warna butik pula, kedua-dua buah butik yang baru ini masih kekalkan warna maroon yang menjadi warna tema SK. 

Selain itu, susunan wardrobe atau koleksi produk SK yang dipamerkan menghadap pelanggan bagi menarik minat lebih ramai pelanggan don interaksi yang lebih tinggi. Bagi keluasan butik pula, butik SK Central 1-City mempunyai keluasan 746 kaki persegi, manakala butik SK Subang Parade mempunyai keluasan 711 kaki persegi. 

So tahniah kepada butik Siti Khadijah di atas 2 pembukaan butik terbaru dan semoga lebih sukses hendaknya.


Mari LIKE dan FOLLOW mereka di social media berikut : 


Webiste :

Facebook Page : 

Instagram Link :