Hi Korang,
Di bulan Ramadan yang indah
ni, kak lily nak kongsikan serba sedikit mengenai MVM Relief ni, ermm seriously
kak lily pun tak tau mengenai ni until ada kengkawan yang citer then barulah
kak lily tau
Apa Itu MVM RELIEF ?
Muslim Volunteer
Malaysia atau lebih di kenali sebagai MVM Relief
merupakan program bantuan
kecemasan yang
diberikan kepada
mereka yang
memerlukan
di dalam Malaysia dan antarabangsa. Ianya
merangkumi
negara Asia seperti Kemboja, Vietnam, dan
Bangladesh serta negara Timur Tengah
seperti Syria, Jordan dan Lubnan.
Bantuan kecemasan ni tak kiralah bantuan makanan, pakaian, ubat-ubatan dan pelbagai lagi. Ketidakstabilan emosi pun perlukan bantuan jugak tau.
Bantuan kecemasan ni tak kiralah bantuan makanan, pakaian, ubat-ubatan dan pelbagai lagi. Ketidakstabilan emosi pun perlukan bantuan jugak tau.
Untuk korang yang
tak tau macam kak lily ni, di antara program bantuan yang
telah pun dilaksanakan adalah:
MVM
Relief Malaysia
:
1. Misi Bantuan Mangsa
Banjir Kuantan, Pahang (2013)
2.
Misi Bantuan Mangsa Banjir
Kelantang
(2014 dan 2017)
3. Misi Bantuan Mangsa Banjir
Sarawak (2016)
4.
Misi Bantuan Mangsa Banjir
Kedah (2017)
MVM Relief Antarabangsa :
1.
Misi Bantuan Gabungan Anak Muda
Jordan - Lubnan (2017)
2. Unity Convoy
Ambulance For Syria -
UK,
France, Switzerland, Italy, Bulgaria, Greece (2017)
3. Misi Bantuan Syria,
Kami Datang di Turki-Syria (2017)
4. Misi Bantuan Anak Muda
Peduli Rohingya di Bangladesh (2017)
5. Misi Bantuan Musim Sejuk : Syria, Kami Datang (2018 dan 2019)
6. Misi Bantuan Ramadan : Rohingya, Kami Peduli (2018)
7. Misi Bantuan Ramadan : Syria, Kami
Datang (2017-2018)
8. Misi Bantuan Hidupkan Rohinyga : Pembinaan Sistem Rawatan Air SafeWhere (208)
Kak lily ada dengar-dengar mengenai misi
bantuan ni tapi tak alert pun, apa teruknya ahkak ko sorang ni kan.
Kalau korang nak tau,
Pada tahun 2016, MVM telah menandatangi MOU bersama Malaysia Lifeline for
Syria untuk kerjasama
menghantar bantuan kecemasan dan
keperluan
asas kepada penerima bantuan di
luar negara khususnya,
pelarian Syria yang berada di kem-kem pelarian sempadan Turki-Syria dan
juga pelarian Rohingya di
Bangladesh.
Pada tahun 2019 ini
telah masuk
tahun
ke-3 MVM melaksanakan amanah
rakyat Malaysia bagi menghantar bantuan musim sejuk, dan
keperluan asas dengan
anggaran lebih RM3 juta.
MVM berasa
bertanggungjawab
dan prihatin terhadap isu-isu kemanusiaan
yang berlaku di luar
negara terutamanya negara Islam. Oleh
sebab
itu,
MVM memikul amanah rakyat Malaysia bagi menyalurkan sumbangan dan
kasih sayang rakyat Malaysia kepada saudara Islam yang jauh lebih susah dan menderita di
luar
negara
MISI BANTUAN RAMADAN : SYRIA, KAMI DATANG 3.0
Bagi Ramadan 2019 ini, ianya merupakan tahun ke-3 MVM akan menghantar bantuan
Ramadan di kem-kem pelarian Syria di sempadan Turki - Syria.
Di antara
jenis bantuan yang akan dihantar
adalah seperti berikut :
1.
Pek Iftar
dan Sahur
2. Pek Makanan (barangan asas dapur)
3.
Beg Keceriaan terdiri daripada
alat permainan kanak-kanak, gula-gula
dan
baju raya.
Untuk misi bantuan Ramadan 2019 ini, dana sasaran bantuan keseluruhan pada kali
ini adalah sebanyak RM500,000. Di anggarkan seramai 20,000 pelarian Syria akan menerima manfaat daripada
bantuan Ramadan kali ini.
Antara
lokasi bantuan adalah seperti berikut :
1. Kem Pelarian di Idlib
& Luar Bandar
Aleppo
2. Kem pelarian di Sempadan Turki -
Syria
3. Masjid-masjid di Idlib &
Luar Bandar Aleppo
Pada tahun ini, MVM bekerjasama dengan sahabat NGO, Global Peace
Mission
(GPM) bagi Misi Bantuan Ramadan : Syria, Kami Datang 3.0. Petugas dan sukarelawan MVM serta GPM dijangka berangkat ke Turki pada
26 Mei 2019 sehingga
6 Jun 2019.
Soalan
yang bermain di fikiran kak lily kenapa kita nak kena hantar bantuan-bantuan
ini Ke Syria?
Habis
rakyat-rakyat kita di negara ni tak de orang nak tolong nanti
Ishk
korang ni, jangan selfish boleh tak !
Pergolakan dan peperangan yang berlaku di Syria masih berterusan
dan tiada tanda-tanda ia akan berakhir sejak 8
tahun
yang lalu. Setiap
minit pasti ada
kematian yang berlaku. Bekalan
makanan, perubatan dan
keperluan
asas hidup
tidak pernah
mencukupi dan diperlukan dari semasa terutamanya di kem-kem pelarian.
Kini, hampir 4 juta rakyat Syria yang menjadi pelarian di kem-kem pelarian di
sempadan Turki dan Syria. Bantuan yang dihantar
oleh MVM hanya mampu meliputi
20,000 orang pelarian sahaja pada satu-satu masa.
Apa yang
lebih menyedihkan lagi adalah rakyat Syria ini
kehilangan pengenalan diri akibat peperangan ini
menyebabkan
mereka sukar
untuk bekerja
atau bersekolah dan juga mendapatkan rawatan di
hospital kerajaan di Turki dan juga
negara lain.
Kita di Malaysia ni walaupun susah cam ne pun, pasti akan ada yang datang membantu tak kira banyak atau sedikit bantuannya so kita kena bersyukur tuh
Kita di Malaysia ni walaupun susah cam ne pun, pasti akan ada yang datang membantu tak kira banyak atau sedikit bantuannya so kita kena bersyukur tuh
Atas keprihatinan ini, MVM turut
mengambil tanggungjawab
kemanusiaan untuk turut menghantar bantuan-bantuan kecemasan dan keperluan kepada mereka
bersama NGO-NGO dari seluruh dunia.
Cara Untuk Menghulurkan Sumbangan ke MISI BANTUAN RAMADAN :
SYRIA, KAMI DATANG 3.0 ?
MVM membuka
peluang kepada
rakyat Malaysia
untuk menghulurkan sumbangan
ikhlas seberapa sahaja yang termampu atau menaja sekurang-kurangnya 1
keluarga pelarian Syria yang bernilai RM100 bagi 3 jenis
bantuan iaitu Pek Iftar dan
Sahur, Pek Makanan
dan Beg Keceriaan untuk kanak-kanak dan anak-anak yatim
Syria.
Maklumat bantuan :
1 tajaan umum : RM100
/ keluarga atau seberapa
sahaja
yang
termampu.
Jenis
Bantuan :
1. Pek Iftar dan
Sahur
2. Pek Makanan
(barangan asas dapur)
3. Beg
Keceriaan terdiri daripada alat permainan kanak-kanak, gula-gula dan baju raya.
Sumbangan secara online : bit.ly/ramadanmvm ATAU https://donation.mvm.org.my/donations/misi-bantuan-ramadhan-syria-kami- datang-3-0/
Atau hulurkan sumbangan ke
akaun Pertubuhan Sukarelawan Muslim Malaysia
• Maybank (56480 164 7699)
• CIMB Islamik (8602 5378 07)
• Bank Islam (1230 0010 0030 65)
• Affin Bank (1060 2003 8503)
Sekiranya, korang sudi menghulurkan sumbangan dalam jumlah yang besar
iaitu RM1,000 ke atas, MVM akan menyediakan resit pelepasan cukai
untuk korang.
Boleh hubungi wakil MVM di 012 235 6854 untuk pertanyaan serta urusan lanjut.
Ikuti MVM di sosial media
:
Facebook page : Muslim Volunteer
Malaysia
Instagram : muslimvolunteermalaysia
No comments :
Post a Comment