Sunday, May 5, 2019

SYAHIRAH Korean Secrets Tampil Dengan Hydra Soft Dewy Moist Essence dan White Glow Snowy White Essence

Hi Korang, 

Pulau Jeju di Korea merupakan salah satu destinasi tercantik di dunia dengan pemandangan yang mengagumkan. Antara lokasi yang menjadi tumpuan orang ramai di Pulau Jeju termasuklah air terjun Cheonjiyeon yang terkenal dengan airnya yang bersih dan jernih semestinya memberikan ketenangan kepada minda & jiwa. Selain itu, aktiviti lain seperti mendaki Gunung Hallasan sambil menikmati keindahan panorama di puncaknya juga menjadi daya tarikan pengunjung. Disamping itu, mereka juga berpeluang melihat dengan sendiri hamparan kuning bunga Canola dengan Gunung Sanbangsan sebagai latar belakang, pasti membawa makna mendalam bagi mata memandang. Pengunjung juga dapat menyaksikan keajaiban saat matahari terbenam di gunung berapi Jeju-Do Seongsan Ilchulbong di mana mereka tentu berasa teruja dengan pengalaman yang berharga ini. 


Di Pulau Jeju juga terdapat pelbagai flora yang menjadi sumber ubatan atau bahan kecantikan yang digunakan oleh orang Korea. Jika diteliti, kebanyakan produk kecantikan di Korea mengandungi ramuan semula jadi yang diilhamkan oleh kaedah kecantikan yang diwarisi sejak turun temurun. Ia menjadi bualan dunia apabila tips-tips kecantikan dari Korea menjadi ikutan ramai termasuk golongan remaja di Malaysia. Jadi, tidak hairanlah jika trend K-beauty menjadi begitu popular di sini. 


Terkini, trend kecantikan di Korea membuktikan betapa halus dan mulusnya kulit bintang- bintang di Korea dan ianya bukanlah daripada hasil solekan yang tebal, tetapi daripada efek Glass Skin yang mampu menyerlahkan kecantikan dan keserian kulit mereka. Trend Glass Skin menjadi semakin tular dan terkenal kerana pastinya semua wanita mahukan kulit yang kelihatan sihat dan tidak kusam, sekaligus menyerlahkan kejelitaan mereka. 

Bagi mendapatkan kulit secantik ini, semestinya regim penjagaan wajah yang betul diperkatakan, maka penggunaan 8 atau 10 produk atau kaedah dalam penjagaan kulit wajah wanita - wanita Korea tidak asing lagi. Oleh itu, penggunaan esen tidak pernah diketepikan kerana mereka mempercayai ia dapat membantu kulit menjadi lebih sihat, anjal, lembap dan licin, serta dapat meratakan tona kulit sehingga bintik hitam makin berkurangan. 

Syahirah Korean Secrets Hydra Soft Dewy Moist Essence 


Syahirah memahami kehendak wanita Malaysia yang mahukan kulit yang bersih dan licin dengan kelembapan yang mencukupi. Oleh itu, ia memperkenalkan Syahirah Korean Secrets Hydra Soft Dewy Moist Essence dengan pati Tri-Flower Essence, rahsia kulit cantik persis bintang Korea. Dihasilkan daripada sumber bunga-bungaan dari Pulau Jeju, Korea, pati Tri-Flower Essence ini terdiri daripada tiga ramuan penting – Bunga Ginseng yang membantu menyegarkan kulit dengan menyeimbangkan minyak pada kulit muka serta mencerahkan tona kulit; Bunga Teh Hijau yang tinggi dengan ramuan anti-oksida membantu menentang radikal bebas sambil melembapkan dan mencerahkan kulit dan Bunga Chamomile membantu mengurangkan iritasi pada kulit dan membantu meratakan tona kulit agar tampak sekata. 

Kekalkan hidrasi pada wajah dan dapatkan efek Glass Skin dengan mudah dengan Syahirah Hydra Soft Dewy Moist Essence. Katakan selamat tinggal kepada kulit kusam kerana anda kini pemilik kulit yang sihat, licin dan lembut. 

Syahirah Korean Secrets White Glow Snowy White Essence 


Sementara itu, untuk memiliki kulit lebih cerah berseri, Syahirah Korean Secrets White Glow Snowy White Essence merupakan solusi untuk wajah polos seperti bintang K-pop kesayangan anda. Esen ini dapat membantu meratakan tona kulit yang tidak sekata agar kelihatan lebih licin dan halus. Bukan itu sahaja, ia dapat menghalang pembentukan tompok gelap disamping melembapkan kulit wajah. Hasilnya, tampil secantik jelitawan Korea di pentas arena dengan esen hebat ini. Syahirah White Glow Snowy White Essence juga mengandungi Tri-Flower Essence dalam formulasinya, dengan intipati daripada bunga-bungaan yang terdapat di Pulau Jeju. Esen ini mengandungi intipati bunga Cherry Blossom, yang diperkaya dengan anti-oksidan dan juga membantu melegakan kulit serta mengurangkan kemerahan dan kesan iritasi. Sementara itu, intipati Camellia memberikan kelembapan yang diperlukan, manakala intipati bunga Lotus membantu menyihatkan dan mencerahkan kulit. 

Syahirah Korean Secrets Hydra Soft Dewy Moist Essence dan Syahirah Korean Secrets White Glow Snowy White Essence boleh didapati pada harga runcit RM39.90 setiap satu di semua rangkaian farmasi terkemuka dan semua pasar raya terpilih seluruh negara. 



Mari LIKE dan FOLLOW mereka di social media berikut : 

Website Rasmi :
www.syahirah.com.my 

Facebook :

Instagram :




No comments :