Thursday, May 2, 2019

S Great Grain, Minuman Multi-Bijirin Berkhasiat di Bulan Ramadan Ini

Hi Korang, 

Dah prepare barang-barang makanan untuk puasa akan datang ni ke? 

Kak lily adalah jugak prepare sket-sket kan, alah bulan puasa ni bukan makan banyak sangat pun just untuk penghilang dahaga dan dapat makan sket-sket jadilah kan. Bila dah berusia ni, makan tuh tak delah beria-ria sangat masa kita muda dulu hehehehhe 

Kak lily nak cari makanan yang simple dan menyihatkan je untuk berbuka dan bersahur ni, bukanlah tak nak makan nasi pun tapi untuk permulaan masa berbuka puasa tuh, kann kita di sunatkan makan makanan ringan dulu then terus pi solat so lepas tuh barulah makan nasi ermm kan kan kan..Tapi kalau tak makan nasi pun tak per asalkan makan sesuatu yang mengenyangkan so cukuplah ye


Berbekalkan misi untuk menyediakan akses kepada produk kesihatan bersesuaian kepada semua ahli keluarga, jenama keluaran tempatan, Surya telah melancarkan S Great Grain iaitu formulasi multi-bijirin terbaru. Produk ini sesuai bagi mereka yang peka dengan kesihatan dan keluarga yang ingin mencapai gaya hidup yang lebih sihat, dengan kandungan kebaikan yang diperolehi daripada 5 makanan sunnah selain 18 jenis biji-bijian, formulasi unik ini juga akan menggegarkan landskap multigrain Malaysia. 


Minuman multi-bijirin adalah minuman sihat yang biasanya dirumuskan daripada pelbagai bijirin seperti beras merah, beras perang, kacang hijau, jagung, gandum, bijan hitam dan pelbagai jenis kacang serta biji benih. Multi-bijirin mempunyai set nutrien yang komprehensif termasuk karbohidrat yang baik, protein, serat makanan, vitamin dan antioksidan, menjadikannya pilihan yang terbaik untuk mereka yang ingin memulakan hari dengan sempuma. 

Walau bagaimanapun, memilih produk yang betul mungkin sukar kerana setiap produk multigrain kelihatan sama. Mereka yang mungkin kurang pengetahuan berkenaan sesuatu produk pasti sukar untuk memilih produk yang sesuai bagi memenuhi keperluan masing-masing. Dengan menggabungkan sains moden dan makanan Sunnah yang diamalkan oleh umat Islam, iaitujintan hitam atau habbatus sauda, madu, zaitun, delima dan buah tin, formulasi ini mengandungi antara makanan yang paling awal ditanam sejak ribuan tahun lalu. Makanan ini memainkan peranan penting dalam kehidupan masyarakat dan mempunyai kepentingan khusus dalam budaya dan tradisi. 


"Ramai yang mengidamkan manfaat makanan-makanan Sunnah ini namun ia sukar ditemui di Malaysia dan sebahagian daripadanya hanya boleh didapati di luar negara. Tambahan pula, makanan tersebut dijual pada harga yang agak mahal. Kini, dengan S Great Grain, para pengguna dapat memperoleh manfaat yang sangat diidamkan tanpa berbelanja besar," kata Pengasas Surya Malaysia Douglas Lee. 

Produk ini dilancarkan semasa Majlis Rumah Terbuka Surya, dimana pihak media berpeluang untuk mencuba kebaikan S Great Grain sambil bertemu dengan selebriti Malaysia, iaitu Wany Hasrita yang turut hadir pada majlis tersebut. Selain itu, majlis pelancaran Surya telah didatangi oleh Perunding Diet, Nurul Aziah Musa, yang berkongsi pengetahuannya tentang manfaat menggunakan makanan multi-bijirin dan sunnah. 

"Oat beta glucan dalam minuman multi-bijirin membantu dalam pengurusan berat badan yang ideal menyebabkan pengguna berasa kenyang, sekali gus memperlahankan kadar pemakanan dan pencemaan. Memandangkan ia juga berfungsi untuk menstabilkan tekanan darah dan kolesterol, ia membantu menurunkan tekanan darah dan mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular. Di samping itu, makanan multi-bijirin juga membantu mengimbangi paras glukosa darah, sekali gus mengawal kepekaan insulin, manakala kandungan serat yang tinggi meningkatkan proces pencernaan dan mengurangkan risiko sembelit," kata Perunding Diet Nurul Aziah Musa. 

Kelima-lima makanan Sunnah itu dapat memberi kita manfaat yang diperlukan demi kepentingan mengekalkan kesihatan jantung yang baik dan mengawal tahap glukosa darah bagi mengelakkan kadar obesiti dan kencing manis yang semakin meningkat di Malaysia. Pendidikan awal mengenai kepentingan kesedaran kesihatan dan pemakanan seimbang perlu disemai demi melahirkan masyarakat yang lebih sihat. Oleh itu, ibu-ibu yang ingin memberikan yang terbaik kepada anak mereka boleh memanfaatkan S Great Grain kerana ia datang lengkap dengan nutrien diperlukan yang akan memberi anak-anak tenaga dan fokus untuk menjalankan aktiviti harian mereka. 

"Rahsia untuk pemakanan yang sihat bagi keluarga adalah dengan menyajikan makanan kaya dengan nutrien pada setiap hidangan. Apabila kanak-kanak dibekalkan nutrisi berkuatiti tinggi untuk badan dan otak mereka, mereka akan kurang minat terhadap makanan dan minuman ringan," kata Nurul. 

Dr Norman, Wany Hasrita, En Douglas Lee dan Puan Nurul Aziah Musa

Turut hadir semasa sewaktu majlis tersebut ialah Dr. Norman yang merupakan penulis & jurucakap kesihatan. "Secara peribadinya, sebagai seorang pengamal makanan sunnah seperti habbatus sauda, saya sendiri dapat merasakan kesan positif selepas mengamalkan makanan sunnah dalam aktiviti harian saya. Surya S Great Grain bukan hanya mengandungi satu, tetapi LIMA makanan Sunnah; sememangnya pilihan yang tepat untuk saya sekeluarga kerana saya sentiasa menggalakkan anak-anak saya untuk mengambil makanan dan minuman yang sihat dari usia yang awal. Ini merupakan masa yang terbaik untuk memperkenalkan produk ini memandangkan bulan Ramadan bakal menjelang"

Bagi umat Islam yang menjalani ibadah puasa pada bulan Ramadhan yang akan datang, S Great Grain boleh diambil semasa sahur kerana minuman multi-bijirin ini mengandungi nutrien dan serat yang membantu mengekalkan tahap tenaga sepanjang hari.

S Great Grain mula memasuki pasaran empat bulan yang lalu dan telah menjual lebih dari 10,000 bungkusan. Ini sekali gus membuktikan bahawa kejayaan formula mereka yang unik dan diyakini HALAL, serta diperakui GMP, HACCP dan MESTI. 


Oleh itu, dapatkan Surya S Great Grain di kedai-kedai Watsons dan kedai farmasi di seluruh Malaysia dengan dua variasi - pek atau kotak yang mengandungi 15 sachet pada harga RM39.90 

Kak lily dah amalkan minum S Great Grain ni, so korang bila lagi ek


Mari LIKE dan FOLLOW mereka di social media berikut : 


Facebook Page : 

Instagram Link : 


No comments :