Thursday, May 9, 2019

Promosi Buffet Ramadan Azam Pandan 2019 di Dewan Tengku Zara, Bangi

Hi Korang, 

Ni Kak lily sambung lagi citer pasal buffet Ramadan ni ek hehehhe, ada lagi pulak di saat-saat akhir ni. Ni kira tahap kritikal dah kak lily rase hahaha 

Kali ni kak lily nak bawak korang ke buffet Ramadan yang dekat sangat dengan rumah kak lily ni hah tak sampai 10 minit je pun dah sampai. 


Seriously kak lily tak tau pun ada buffet ramadan kat sini until bebudak ni ajak pi makan semalam, rupanya Buffet Ramadhan Azam Pandan di Dewan Tengku Zara Bangi berkonsepkan ‘Stall’. Setiap stall menyediakan makanan yang di susun mengikut kategori. So senang korang nak buat pilihan apa nak makan, kalau nak makan mee so pi je kat stall mee. Kalau kuih muih boleh pi kat stall kuih muih, ikutlah selera korang nak makan apa pun kan. 

bagus ni, suruh orang beringat-ingat sebelum ambil makanan kan

Lebih daripada 150 juadah yang di sediakan yang rasanya kak lily tak mampu untuk rasa semua sekali lah, tersangatlah rambang mata untuk buat pilihan kan. 

Juadah utamanya adalah Kambing Golek Arab, ya ampun kemain panjang beraturnya semalam tau, memang menjadi pilihan ramai lah kan. 





Kemudian ada juga, menu-menu istimewa seperti Arab cuisine nasi mandy, ayam mandy dan kambing, gulai keladi kemahang tempoyak dan banyak lagi. 






Bagi pencinta makanan kampung, janganlah korang lepaskan peluang ye untuk merasai sendiri keenakan menu-menu yang di sediakan. Macam menu makanan ada kan, itulah sampai kak lily tak tau yang mana satu nak pilih untuk makan ni. 









Kan pening kan kan kannnn 

Untuk buffet Ramadan ni, ianya bermula dari 8hb Mei 2019 – 2hb Jun 2019 dari 6.30 petang hingga 9.30 malam. 
Hari: Rabu, Khamis, Jumaat, Sabtu dan Ahad sahaja

Harga buffet ramadhan 2019 ni adalah:- 

Harga promosi: RM35.00 (Untuk 5 hari pertama ramadhan sahaja) 

Harga asal: RM55.00 dewasa/ RM 27.50 kanak-kanak 

RM1 akan didermakan kepada fakir miskin 


Untuk tempahan buffet Buffet Ramadhan Azam Pandan di Dewan Tengku Zara Bangi boleh hubungi di talian :- 

· Office: 03-78400516/03-78400657 

· Mazmadi: 012-475 0151 

· Nisa: 019-249 5778 

· Sue: 011-3698 1261 

· Syazwan: 012-614 0151 

· Emma: 019-945 1449 

Jom kita ke :- 

DEWAN TENGKU ZARA, BANGI 
LOT 1513-B Batu 18 1/2 , 
Jalan Bangi, 
Kg Sg Tangkas, 
43000 Kajang Selangor. 





Mari LIKE dan FOLLOW mereka di social media berikut : 

Website : 
www.azampandan.net 

Instagram: 

Facebook: 



Info sampingan lainnya: 
Parking yang luas di di hadapan dewan 
Ruang makan yang luas dan selesa. 

Ok ini baru beberapa tempat buka puasa yang kak lily tulis, sebenarnya ada banyak lagi tau. 

Untuk nak tau lebih lanjut mengenai food review tahun 2019, peta destinasi, koodinat GPS, cara tempahan, no telefon, alamat dan PROMOSI harga terkini buffet Ramadhan 2019 so stay tune di blog Cik Lily Putih ni tau. 




1 comment :

mama tisya said...

warung ambo sebelah tu restoran fav aku yg kt shah alam...oh tmpt ni bersebelahan...not bad promo tu