Monday, May 13, 2019

Promosi Buffet Ramadan 2019 'Limpahan Lautan’ di Kuala Lumpur International Hotel

Hi Korang, 

Kak lily ingatkan bila dah bermula bulan puasa ni dapatlah berehat-rehat kat rumah berbuka puasa dengan mr Big ermm tidak ye hehehhehe.. Ada je jemputan buka puasa sana-sini meraikan dengan mereka yang kurang upaya, yang memerlukan dan macam-macam lagi. 

Kebetulan jumaat lepas, mr Big pun buka di luar bersama-sama rakan officenya so kak lily pun ambil kesempatan untuk berbuka puasa bersama-sama kengkawan jugak lah. 

sebab suka goreng pisang so kak lily beratur kat sini dulu hehehe

Ktorang memilih untuk berbuka puasa di Toppot Cafe Kuala Lumpur International Hotel betul-betul di tengah bandaraya Kuala Lumpur. Sekali sekala tukar angin kan apa salahnya. 

Dengan bertemakan ‘Limpahan Lautan’ yang merangkumi Masakan Kampung Sejati dan warung ‘shellout’ sememangnya menyajikan sesuatu yang istimewa terutama buat mereka yang cintakan hidangan 'seafood'. Yesza sedap tuh seafood, one of my favourite tuh. 

Meh kak lily tunjukkan beberapa jenis berbuka yang mampu membuatkan korang lapooo kan 

Hidangan yang sentiasa menjadi tarikan adalah 'shell out". 




Untuk 'Shell Out' disini ditawarkan 2 jenis kuah/sos. Samada suka yang pedas mahupun sos krim 


Nampak ikan bakar, kemain lagi ek siap dengan ais asam dan kicap pedas awesomeeee 

Di antara hidangan menu-menu kampung yang tersediakan di buffet ramadan ni: 









Ada sambal udang, gulai nenas masak bersam ikan kering, rendang daging, rendang ayam dan banyak lagi. Oh ye, menu bertukar setiap hari ye so tak delah korang makan menu yang sama je kan. 

Kaunter makanan yang lelain yang bila korang tengok rasa terliur jugak kan hehehhee 

Aneka sambal

aneka kerabu

gerai nasi ayam

bubur-bubur manis

i like this, goreng-gorengan








Bahagiakan bila dapat berbuka sama sahabat handai ek!

Sedikit info untuk korang..

Pelbagai insentif dan promosi ditawarkan bagi memeriahkan promosi tahun ini seperti Promosi Diskaun Kredit Kad, Pakej Bilik Mesyuarat Percuma, Pakej berkumpulan, pakej Ahli Facebook, Pakej Penajaan, Baucer Pra-bayar dan Set Pakej Katering 'Take- Away’. Untuk mendapat keterangan lanjut tentang promosi ini, boleh berhubung dengan Puan Sharifah Sharina Wafa, Pengurus Jualan & Pemasaran ditalian 019 2772882 atau layari www.klitel.com.my

Makan berlima penuh semeja hah ahahahaha

Disamping itu, pihak hotel juga menyediakan Moreh secara percuma setiap hari kepada para jemaah yang menunaikan Sembahyang Terawikh di surau hotel. Bagi kemudahan pelanggan, pihak hotel juga ada menganjurkan sembahyang Maghrib, Isyak and Tarawikh secara berjemaah di surau yang akan dipimpin oleh Imam Bertauliah yang dijemput khas. 


Untuk buffet ‘Limpahan Lautan'  ni, ianya bermula dari 10hb Mei 2019 – 2hb Jun 2019 dari 6.30petang hingga 9.00 malam. 

Harga buffet ramadhan 2019 ni adalah 

Harga Walk In : RM69nett (dewasa) dan RM34.50nett termasuk 6% SST (kanak-kanak 5-12 tahun) 

Untuk warga emas dan penginap (tetamu) hotel akan diberikan diskaun sebanyak 50% daripada harga buffet yang ditawarkan. 

Disamping itu, terdapat jua persembahan solo dari artis veteran ‘Roy- Ratnaku’ setiap hari Selasa dan Rabu bermula jam 8.00 malam sehingga 10.00 malam. 

Kaunter Zakat Fitrah juga ada dibuka di lobi hotel bermula pada 20 Mei – 02 Jun 2019 dan sudut pameran yang dikendalikan oleh pegawai PPZ dari 20-25 Mei 2019.


Jom kita ke: 

Kuala Lumpur International Hotel
78, Lorong Haji Hussein Dua, 
Off Jalan Raja Muda Abdul Aziz, 
50300 Kuala Lumpur


Mari LIKE dan FOLLOW mereka di social media berikut : 

Laman Web: 

Facebook Page :
www.facebook.com/klihotel

Instagram : 
www.instagram.com/klihotel





Ok ini baru beberapa tempat buka puasa yang kak lily tulis, sebenarnya ada banyak lagi tau. 


Untuk nak tau lebih lanjut mengenai food review tahun 2019, peta destinasi, koodinat GPS, cara tempahan, no telefon, alamat dan PROMOSI harga terkini buffet Ramadhan 2019 so stay tune di blog Cik Lily Putih ni tau.


1 comment :

atiehilmi.com said...

banyaknya makanannnnnnnnnnnnnn.. bahaya ni.. hee~