Monday, April 8, 2019

Promosi Buffet Ramadan 2019 ‘Santapan Selera Ramadan’ Di Hotel Istana Kuala Lumpur City Centre

Hi Korang, 


Ramadan semakin menghampiri kita semua umat islam islam di seluruh dunia. Inilah masanya untuk kita berbuka puasa sesame sahabat dan rakan taulan. Namun mencari sesuatu lokasi berbuka puasa bukan mudah ye. Terdapat pelbagai jenis pilihan makanan yang mampu menggembirakan hati dan perut kita. 


Chef Al Fitri Al Bakri dan pasukan masakannya dari Hotel Istana City Centre akan memaparkan hidangan bualan Ramadan yang lazat dan enak dengan lebih daripada 100 hidangan, yang bakal mengingatkan korang akan suasana berbuka bersama keluarga tersayang, 


Untuk pembuka selera, para tetamu boleh menikmati pelbagai jenis Kerabu - Kerabu Kacang Botol Udang Kering, Kerabu Daging Tomato, Kerabu Ayam Pegaga dan lain-lain lagi 




Hidangn ‘Signatures’ seperti Kari Kari Ikan Salmon, Satay Malaysia dan Hot Calypot BBQ Chicken Rice adalah beberapa juadah yang tidak boleh dilepaskan.





Para tetamu di alu-alukan ke ‘Chefs’ Live Action Stations’, di mana makanan kegemaran tempatan seperti Chay Kuey Teow, Lemang dan hidangan sampingannya dan Stesyen ‘Carvery’ (Whole Roasted Balinese Marinated Lamb served with a selection of Vegetables with Mustard, Black Pepper, Mushroom and Rosemary Sauce) dan banyak lagi 



Untuk menambah keseronokan perjalanan gastronomi ini, Chef juga telah menambah beberapa hidangan istimewa dari pelbagai negeri di Malaysia dan negara-negara seperti Pakistani Briyani, Murtabak Singapore, Vietnamese Spring Roll dan lain-lain lagi 

Memandangkan kebanyakan rakyat Malaysia suka Raja Buah-buahan, Hotel Istana juga menghidangkan kepelbagaian jenis Durian Delights dalam bentuk Pulut bersama Serawa Durian, Dodol Durian, Cendol Durian, ABCD - Air Batu Campur dengan Durian dan Durian Crepes. 




Akhiri perjalanan masakan yang hebat dengan pilihan manis termasuk Kuih Melayu seperti Keria, Onde-Onde, Cucur Badak, Bingka Ubi, Tepung Talam, Kuih Lapis atau jika korang suka pencuci mulut yang sihat, buah-buahan tempatan yang bermusim akan di kaunter bufet. Jika korang mencari sesuatu yang lebih Barat, dihidangkan juga Puding Bread and Butter, Apple / Blueberry Crumble, Tiramisu, Chocolate Brownies, Cream Brulee. 

Untuk perjumpaan buka puasa secara kumpulan dan persendirian, Hotel Istana dapat mengatur acara-acara ini untuk mengambil tempat di bilik-bilik yang telah disediakan. 

Di samping tempat yang bagus untuk berbuka, terdapat ruangan solat berjemaah, tikar dan sandal yang disediakan semasa Ramadan. 

Harga bagi “Santapan Selera Ramadan” Buffet at Taman Sari Brasserie di Hotel lstana Kuala Lumpur dari 8 Mei hingga 4 Jun 2019 adalah 

RM158.00 nett dewasa 
RM75.00 nett kanak-kanak (4 -11 years). 

Dapatkan harga SPECIAL VOUCHER iaitu RM120nett untuk dewasa di sepanjang bulan Ramadan, sila buat tempahan segera tau. 

Terdapat juga 15% diskaun bagi kredit kad terpilih 8 Mei hingga 4 Jun 2019. Terms and Conditions apply. 

Hi-tea Buffet Raya juga akan disediakan pada 5 dan 6 Jun 2019 dari jam 12.30 hingga 4.30 petang untuk hanya RM98 nett bagi setiap orang dewasa. 

Untuk tempahan, korang boleh hubungi  03 2141 9988 ataupun 010 222 4717

Jom kita ke:

Hotel lstana Kuala Lumpur City Centre 
73, Jalan Raja Chulan, 
50200 Kuala Lumpur, Malaysia 

T: 603 2149 5670 
F: 603 2144 0121






Mari LIKE dan FOLLOW mereka di social media berikut : 



Website :

Facebook : 





Ok ini baru beberapa tempat buka puasa yang kak lily tulis, sebenarnya ada banyak lagi tau. 

Untuk nak tau lebih lanjut mengenai food review tahun 2019, peta destinasi, koodinat GPS, cara tempahan, no telefon, alamat dan PROMOSI harga terkini buffet Ramadhan 2019 so stay tune di blog Cik Lily Putih ni tau.

No comments :