Hi Korang,
Ada lagi nak citer pasal Ramadan review ek
Ini merupakan kali kedua kak lily jejakkan kaki ke Ibis Style Kuala Lumpur Cheras ni tau. La rupanya dekat bebenau dengan area office kak lily ni, tak yah nak WAZE sangatlah kan hehehehe
Ibis Styles Kuala Lumpur Cheras Hotel merupakan hotel bertaraf 3 bintang di Cheras yang mempunyai 156 bilik di seluruh 6 tingkat bangunan ini. Lokasi yang bersesuaian di Cheras hanya 15km ke KLCC dan 35 minit ke Subang Airport dan kalau korang nak tau yang hotel ini telah beroperasi dari tahun 2010.
Berkonsepkan buffet ‘Riang Ria Ramadhan’, kali ni Ibis Style Kuala Lumpur Cheras mengalu-alukan kedatangan bulan Ramadan yang suci ini dengan pelbagai pilihan tradisional dan tempatan yang berwarna-warni yang bakal memenuhi selera para penghujung tak kira tua mahupun muda.
Korang akan menikmati hidangan istimewa di Ibis Style ni, di antaranya Ayam Kampung Goreng Madu Perlis, Gulai Kambing Kerisik Darat Pulau Pinang, Daging Masak Merah Johor, Ikan Tenggiri Asam Pedas Melaka dan banyak lagi!
Jangan lupa untuk meninggalkan ruang untuk pencuci mulut, termasuk Kuih Melayu tradisional, ABC, kuih dan buah-buahan segar.
Untuk buffet ‘Riang Ria Ramadhan’ ni, ianya bermula dari 7hb Mei 2018 – 31hb Mei 2019 dari 6.30petang hingga 10.00 malam.
Harga buffet ramadhan 2018 ni adalah
EARLY BIRD : RM48nett, pembelian voucher dari 1hb April sekarang hingga 1hb Mei 2019
Dan kalau korang beli 10 voucher, percuma 1 voucher tau
Harga Walk In : RM59nett untuk dewasa dan RM41nett untuk kanak-kanak dan warga emas
Untuk tempahan Buffet Ramadhan 2019 di Ibis Style Kuala Lumpur Cheras boleh hubungi di talian 03-9086 8888
Jom kita ke :-
Ibis Style Kuala Lumpur Cheras
Jalan c180/1,
Dataran C 180,
43200 Cheras,
Kuala Lumpur
Tel: 03-9086 8888
Mari LIKE dan FOLLOW mereka di social media berikut :
Laman Web:
Facebook:
Info sampingan lainnya:
Parking yang luas di hadapan pintu masuk hotel.
Ruang makan yang luas dan selesa.
Ok ini baru beberapa tempat buka puasa yang kak lily tulis, sebenarnya ada banyak lagi tau.
Untuk nak tau lebih lanjut mengenai food review tahun 2019, peta destinasi, koodinat GPS, cara tempahan, no telefon, alamat dan PROMOSI harga terkini buffet Ramadhan 2019 so stay tune di blog Cik Lily Putih ni tau.
No comments :
Post a Comment