Hi Korang,
Belum jumpa penyelesaian yang tepat untuk masalah
rambut atau kulit anda? Mahukan formulasi yang diinspirasikan daripada alam
semula jadi yang baik terhadap kulit, rambut dan alam sekitar? Botaneco Garden
sedia membantu anda!
Botaneco
Garden merupakan satu jenama penjagaan diri yang dikonsepkan, dibangun, dihasil
dan boleh didapati secara eksklusif di Guardian. Ia mempunyai 57 produk yang
terdiri daripada syampu, perapi, serum rambut, minyak rambut, rawatan rambut,
buih mandian, skrub badan, body butter, krim badan, losyen badan, krim tangan
serta rangkaian produk bayi.
Produk
kecantikan yang holistik ini diinspirasikan daripada kebaikan alam semula jadi dan
diperbuat daripada adunan ramuan botanical yang inovatif dan sofistikated serta
minyak yang disahkan eco. Semua produk Botaneco Garden diuji dan
terbukti dari segi dermatologi, formulasinya dipastikan supaya bebas daripada
bahan-bahan kimia spesifik yang berbahaya demi menawarkan penyelesaian
kecantikan yang berasaskan daripada alam semula jadi.
Botaneco Garden mengikuti “trend”
penjagaan diri global. Jadi, jenama ini memberi penekanan terhadap ramuan
semula jadi kerana kandungan semula jadi dan organik sememangnya diterima baik
terutama oleh pengguna lebih muda. Jenama ini menjadi perintis kepada formulasi
‘bebas daripada’ yang pastinya selari dengan mereka yang mengutamakan kesihatan
dan menjalani gaya hidup aktif.
Penyelesaian Botaneco
Garden sesuai untuk semua orang kecuali mereka yang mempunyai alahan dan
memerlukan produk preskripsi khusus. “Sebab itulah kenapa kami yakin untuk
menyatakan bahawa Botaneco Garden dapat menyelesaikan masalah anda,” Kata
Pengurus Jenama, Jenama Kesihatan & Kecantikan Sendiri, Malaysia &
Brunei, Guardian Health
& Beauty Sdn. Bhd., Michelle Yeap.
Terdapat lima
kategori produk di bawah jenama Botaneco Garden iaitu Inca Inchi yang
menggunakan Inca Inchi[1]
dan Aloe Vera sebagai ramuan utama. Rangkaian Organic Argan and Olive Oil,
rangkaian Trio Oil yang menggunakan Babassu Oil, Baobab Oil dan Chufa Oil yang
eksotik dan terkini, rangkaian Organic Chia Seed Oil and Honey Extract.
Terdapat juga rangkaian produk Botaneco Garden Baby yang menggunakan ekstrak
chamomile organik dan “colloidal oatmeal” untuk penjagaan kulit bayi yang
lembut.
Rangkaian
Botaneco Garden Organic Chia Seed Oil and Honey Extract
Anda pasti sudah melihat kelebihan biji chia
dan madu sebagai pelembab dalam Instagram. Botaneco Garden telah
menformulasikan kebaikan ramuan-ramuan ini ke dalam satu rangkaian produk yang
ideal untuk kulit dan rambut yang sangat kering. Ia diperkaya dengan minyak
benih chia dari Jerman untuk membantu mengembalikan dan mengekalkan kelembapan
semula jadi rambut dan kulit. Manakala ekstrak madu organik dari Perancis pula
menawarkan lapisan perlindungan untuk kulit dan rambut yang sihat.[2]
Dalam formulasi kosmetik, madu membantu
melegakan dan memberi kesan perapi kepada rambut, memastikan kulit kekal muda
serta memperbaiki kelihatan kedutan dan mengawal pH[3].
Sementara minyak benih Chia merupakan ramuan berusia berkurun lamanya yang
telah digunakan semula ke dalam aplikasi kosmetik dan nurtisi pada hari ini[4].
Ia menawarkan perapian kulit dan mengembalikan asid lemak yang membantu
mempercepatkan mekanisma baik pulih kulit, mengurangkan masalah kehilangan air trans
epidermal dan kering ke atas semua jenis kulit[5].
Rangkaian penjagaan rambut Botaneco Garden
Chia Seed Oil & Honey merangkumi Botaneco Garden Chia Seed Oil & Honey
Shampoo, perapi dan minyak rambut yang ideal untuk rambut kering dan rosak
kerana ia melembab dari dalam untuk rambut yang subur, lembut dan licin. Ia
juga menambah baik keanjalan dan pengurusan rambut. Pada masa yang sama
membantu mengembalikan rambut asal yang berkilat.
Rangkaian buih mandian dan badan Garden Chia
Seed Oil and Honey termasuklah cucian
badan Botaneco Garden Chia Seed Oil and Honey, losyen badan dan krim tangan.
Rangkaian mandian dan badan membantu melindungi serta menyegarkan kulit selepas
seharian beraktiviti..
Rangkaian Botaneco Garden Trio Oil
Menggunakan
100% minyak yang disahkan eco – Minyak Babassu, Baobab dan Minyak Chufa untuk
melembabkan. Setiap produk dalam rangkaian Botaneco Garden Trio Oil menampilkan
lima bahan pelembab – tiga minyak utama dan dua lagi dipilih atas fungsi
spesifik mereka untuk rambut dan kulit. Ini merupakan rangkaian produk paling
besar yang dibahagikan kepada Smooth & Silky, Repair & Strengthen and
Anti-Dandruff untuk rambut. Manakala Gentle Cleansing, Whitening, Moisturising,
Refresh & Soothe, Soften & Moisturise and Relaxing pula untuk mandian
dan penjagaan kulit.
Rangkaian Botaneco Garden Organic Argan &
Virgin Olive Oil
Rangkaian produk
premium ini menggunakan minyak argan yang digunakan secara tradisional di Morocco.
Ia boleh ditemui di dalam banyak produk kecantikan mewah kerana ia kaya dengan pati
asid lemak dan kandungan anti-oksidan. Apabila ditambah dengan Minyak Zaitun
Dara, ia menawarkan Omega 6 & 9 kepada kulit dan rambut. Ramuan ini telah
digunakan sejak berkurun lamanya sebagai pemangkin kecantikan tradisional. Ia boleh
didapati dalam Moisturising and Nourishing, Replenishing, Smooth & Shiny,
Radiant Exfoliating Bath dan Skin Repair Body Lotion.
Rangkaian Botaneco Garden Organic Inca Inchi &
Aloe Vera
Diformulasikan
dengan minyak Inca Inchi yang disahkan eco, ia membantu mengekalkan kelembapan
dan keanjalan kulit. Manakala Aloe Vera Leaf Juice melembab dan melegakan
kulit. Ia digabungkan dengan dua pati minyak untuk memberikan manfaat yang
terbaik.
Rangkaian Botaneco Garden Baby Organic Chamomile &
Oatmeal
Formulasi unik
yang menggabungkan ekstrak Chamomile organik untuk melegakan kulit bayi yang
lembut dengan “colloidal oatmeal” organik bagi membantu melindungi batasan kulit
serta 100% minyak zaitun yang disahkan eco untuk melembabkan kulit. Ia boleh
didapati sebagai mandian dari kepala hingga ke kaki (Head to Toe Wash), losyen
badan (Body Lotion) dan krim wajah & badan (Facial & Body Cream).
“Kami dengar
banyak kebimbangan tentang kondisi rambut dan kulit menerusi akaun Instagram
kami, mybotanecogarden.
Sebab itulah sepanjang April ini, Botaneco Garden akan menunjukkan bagaimana ia
dapat membantu anda (got you covered) dengan cara
memberikan cadangan penyelesaian untuk rambut dan kulit melalui akaun Instagram
kami, mybotanecogarden.
“Bagi menghargai
mereka yang ingin mendapatkan pandangan kami untuk produk yang lebih lembut dan
berinspirasikan alam semula jadi, kami akan menghadiahkan produk Botaneco
Garden yang memenuhi keperluan kepada 50 orang pemenang bertuah. Sila kunjungi
laman Instagram kami untuk mengetahui bagaimana Botaneco Garden boleh menyelesaikan masalah anda,” kata Michelle Yeap.
QR/2019/MY0141r3
[4] Oil of Chia, Jojoba Growers &
Processors, Inc., Apache Junction, Arizona, 1990. - Ayerza (h), R. J Am Oil
Chem Soc (1995) 72: 1079. https://doi.org/10.1007/BF02660727
QR/2019/MY0141r3
No comments :
Post a Comment