Monday, February 18, 2019

1 Juta Padanan Kerja untuk Golongan Muda Menjelang Penghujung Tahun 2019

Hi Korang,

Aplikasi mencari pekerjaan yang mencatatkan pertumbuhan terpantas di Malaysia, SlingApp mensasarkan lebih daripada satu juta padanan kerja dari 10 jenis industri untuk golongan muda yang berusia antara 18 hingga 30 tahun menerusi usahasama terbaharu dengan program eRezeki yang dilancarkan oleh Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), satu program untuk membantu isi rumah berpendapatan rendah supaya dapat meningkatkan taraf hidup dengan membuka peluang mencari pendapatan menerusi platform digital. 

SlingApp Founders, Teh Tian Ji (left) and Lucas Wong officially launched the app for jobseekers to look for jobs under one minute

Dikenali sebagai ‘Tinder untuk pekerjaan’, SlingApp membantu golongan muda mencari pekerjaan bertaraf bukan eksekutif sama ada sepenuh masa, separuh masa atau latihan amali (internship) dengan mudah. Pengguna kini boleh layangkan (swipe) ke kiri atau kanan dan mendapatkan padanan dengan bakal majikan daripada pelbagai industri seperti syarikat baharu (startup), teknologi, industri makanan, perkhidmatan pelanggan, kecantikan dan kesihatan, peruncitan, kewangan dan pelbagai lagi menerusi aplikasi ini. 

Pengasas Bersama SlingApp, Teh Tian Ji berkata, “Selepas perlantikan rasmi sebagai rakan kongsi program eRezeki, sebuah inisiatif kerajaan bawah MDEC pada 15 November 2018, kami berhasrat untuk melancarkan pelbagai kempen untuk mendekati golongan B40 di seluruh negara untuk mendaftar dan mendapatkan padanan pekerjaan. Kami mensasarkan menjelang penghujung tahun 2019, terdapat lebih satu juta padanan kerja direkodkan menerusi inisiatif ini. Ini boleh membuka lebih banyak peluang pekerjaan berbentuk digital untuk mengisi kekosongan dalam pelbagai industri”. 

With students of Tunku Abd Rahman University College

Sejak pelancarannya pada tahun 2017, SlingApp telah berjaya memadankan 40,000 orang belia dengan lebih 2,000 syarikat termasuk jenama global besar seperti Digi Communications, AEON, Mary Kay, Sushi King, Tony Roma’s dan Public Mutual. Majikan tersebut telah mengiklankan lebih daripada 5,000 jawatan kosong di aplikasi tersebut. Apa yang menariknya, golongan belia dalam lingkungan usia antara 21 dan 26 tahun menyumbang sebanyak 58% pada pangkalan data pengguna di SlingApp. 

Lucas Wong explains how convenient SlingApp is for tech-savvy jobseekers

Teh Tian Ji demonstrates SlingApp's exciting features to jobseekers

Proses saringan pertama sebelum memilih mana-mana calon kini dipermudahkan dengan pengenalan ciri-ciri Auto-Interviu (AI) yang membantu majikan mendapatkan maklumat lanjut dengan menghantar 5 soalan khas kepada calon sebaik sahaja mendapat padanan. Lebih daripada 72% calon yang melalui proses AI ini berjaya menjimatkan masa sehingga 70% berbanding teknik temuduga tradisional. 



Menurut Lucas Wong, Pengasas Bersama SlingApp, satu lagi ciri-ciri unik pada aplikasi ini adalah ketetapan mencari pekerjaan mengikut lokasi yang ditentukan sehingga 30km radius untuk memudahkan calon dari segi perjalanan. 

“Ciri-ciri mengikut lokasi ini berguna bukan sahaja kepada calon temuduga tetapi juga pelajar yang mencari peluang latihan amali di pelbagai syarikat. Bayangkan, betapa mudahnya untuk menghantar permohonan dan mendapat padanan tanpa perlu menunggu lama di syarikat yang terdekat dengan rumah atau universiti anda bawah tempoh satu minit.” 

Dalam tempoh terdekat, SlingApp mensasarkan untuk meluaskan carian pekerjaan di luar kawasan Lembah Klang termasuk Pulau Pinang dan Johor. Mereka juga berhasrat untuk mengembangkan operasinya di negara jiran seperti Singapura, Thailand, Indonesia dan Filipina. 

Layari www.slingapp.my untuk maklumat lanjut.