Thursday, August 16, 2018

Cef Chua mewakili Malaysia dalam Piala Dunia Sushi 2018

Hi Korang,

Majlis Makanan Laut Norway (NSC) baru-baru ini telah mengumumkan Cef Chua Kok Hua sebagai wakil Malaysia bagi Piala Dunia Sushi 2018 yang akan datang. Acara ini berlangsung di Tokyo setiap tahun, dan akan diadakan pada 23 Ogos ini melibatkan 40 cef sushi yang terbaik sekali dari seluruh dunia dalam pertandingan membuat sushi yang berprestij ini. 

Cef Chua merupakan juara dalam pertandingan kelayakan pada November 2017 untuk mewakili Malaysia bagi Piala Dunia Sushi 2018. Pertandingan kelayakan ini diadakan bersama dengan latihan oleh Akademi Sushi Global, serta melibatkan kerjasama antara Majlis Makanan Laut Norway dan Institut Kemahiran Sushi Dunia, satunya badan sushi tunggal yang diiktiraf secara rasmi di Jepun. 

Latihan tersebut dikendalikan oleh pakar sushi terkenal, Hirotoshi Ogawa, dengan tumpuan pada kemahiran asas membuat sushi dan topik kritikal seperti pengendalian makanan laut secara higenik untuk hidangan mentah. Ini merupakan kali kedua latihan tersebut diadakan di Malaysia. 

Cef Chua Kok Hua (di tengah) dengan bangganya mempersembahkan hiasan sushi beliau bersama Majlis Makanan Laut Norway di Asia Tenggara diwakili oleh Pengarah Serantau Jon Erik Steenslid (di kiri) dan Duta Norway ke Malaysia Gunn Jorid Roset (di kanan).

Encik Jon Erik Steenslid, Pengarah Serantau (Asia Tenggara) bagi Majlis Makanan Laut Norway berkata: “Salmon dan ikan trout fiord dari Norway adalah pilihan ikan paling disukai oleh restoran sushi di Malaysia. Walau bagaimanapun, mereka telah tertakluk kepada berita buruk tentang kes keracunan makanan, dengan berita yang belum disahkan tentang salmon dan cacing parasit apabila sebab sebenarnya merupakan pengendalian makanan laut yang tidak bersih.” 

Pengendalian ikan mentah secara betul adalah sangat penting untuk cef sushi yang terlatih di Japan. Sedangkan majoriti rantai sushi di Malaysia menggunakan salmon dan trout dari Norway, program pendidikan untuk cef sushi oleh Majlis Makanan Laut Norway adalah tepat pada masanya dan dapat membantu memastikan keselamatan makanan melalui pengendalian ikan dengan selamat. 

Duta Norway Malaysia Gunn Jorid Roset (di kiri) dan Majlis Makanan Laut Norway Asia Tenggara yang diwakili oleh Pengarah Serantau Jon Erik Steenslid (di kanan) mempersembahkan Cef Chua Kok Hua (di tengah) wakil Malaysia untuk Piala Dunia Sushi 2018 yang akan datang di Tokyo.

Menurut penemuan oleh Pandangan Pengguna Makanan Laut iaitu satu kaji selidik yang dijalankan setiap tahun oleh Majlis Makanan Laut Norway, Norway masih merupakan negara asal yang paling digemari ketika rakyat Malaysia membeli salmon dan ikan trout fiord. Norway juga disanjung tinggi dari segi indeks reputasi sebagai negara asal untuk salmon dan ikan trout fiord. 

Petunjuk positif ini membuktikan populariti yang semakin meningkat bagi salmon dan ikan trout fiord Norway, dan ini adalah sebab Majlis Makanan Laut Norway sedang melabur usahanya untuk mempromosi lokasi asal ikan tersebut dari negara tersebut. “Penggemar makanan laut di Malaysia paling tinggi secara per kapita dan kami yakin pasaran berpotensi besar untuk berkembang di masa depan bagi makanan laut Norway,” Encik Steenslid menyimpulkan. 


Norway adalah perintis terkenal sedunia dalam penternakan moden untuk trout dan salmon. Pengalaman turun termurun dalam mendapatkan kekayaan hasil lautan memberi rakyat Norway satu pengalaman unik agar menguruskan sumber-sumber ini dengan cara betul supaya mendapat ikan berkualiti tinggi. 

Norway adalah pengeksport makanan laut kedua terbesar di dunia dan pengeluar salmon Atlantik dan trout fiord terkenal global. Perolehan hasil laut adalah sebahagian budaya dan sejarah Norway yang amat penting. Sebenarnya, memancing merupakan premis penting bagi orang Norway supaya dapat menetap dan tinggal di pantai utara yang sejuk dan berangin. 

Selama berabad-abad, makanan laut telah menjadi sumber asas makanan dan perdagangan penting bagi Norway. Ini telah memberikan pengetahuan dan pengalaman kepada orang Norway untuk mengendalikan khazanah berharga laut ini dalam setiap aspek. 

Mengenai Cef Chua Kok Hua 

Cef Chua mula bekerja di Singapura sejak berumur 16 tahun dalam dapur Cina di hotel bertaraf lima bintang. Kehidupan agak sukar, namun beliau terus memperolehi kemahiran dan pengetahuan memasak. Beliau mendapat peluang emas apabila ditawarkan jawatan di restoran Japan bertempat di hotel sama. 


Kenapa beliau beralih daripada masakan Cina kepada masakan Jepun? “Saya dibesarkan di kampung nelayan dengan pertalian rapat dengan laut; ini merupakan pilihan kerjaya semulajadi dan saya selalu ingin terlibat dengan ikan,” kata Chua. 

Dalam dapur Japan, beliau telah belajar tentang pelbagai jenis ikan dan musim masing masing. Untuk menjadi bagus dalam set kemahiran yang berbeza memerlukan disiplin dan ketabahan. “Saya telah menggunakan 4 tahun untuk menguasai seni tempura dan robatayaki,” beliau mengimbas kembali. Beliau juga perlu menyesuaikan diri dengan budaya yang berbeza dari segi kebersihan oleh kerana ia melibatkan pengendalian makanan mentah untuk dimakan. 

Pada 2014 Chua mendirikan rumah tangga bersama isterinya, Lily dan mereka kini mempunyai cahaya mata seorang anak perempuan. Ini telah menggesa Chua agar memikirkan semula hala tujuan kerjayanya. Beliau dipupuk oleh isteri dan berpindah balik ke Malaysia untuk mengusahakan restoran Jepun mereka sendiri. 


Pada 2016, Chua bekerjasama dengan rakan cef Edmund Chong dan juga isterinya, Lily untuk mengusahakan Two Chefs Lab di Sungai Long, Kuala Lumpur dengan menghidangkan gabungan makanan Japan dan budaya kopi. “Walaupun cabaran berterusan tetapi saya percaya dalam pembelajaran sepanjang hayat dan ini membantu kami terus mara sehingga kami sedang bercadang untuk meluaskan ke outlet kedua di Lembah Klang. 

“Isteri merupakan penyokong terbesar ketika rakan niaga perkongsian saya, Edmund menggalak saya menyertai pertandingan kelayakan untuk Piala Dunia Sushi bulan November lepas. Saya tidak bersangka dapat menangi dalam pertandingan kelayakan tersebut sebab peserta lain lebih berpengalaman dan mahir daripada saya,” kata Chua. 

Pertandingan kelayakan ini diadakan bersama dengan Akademi Sushi Global, melalui latihan yang dijalankan oleh cef terkenal, Hirotoshi Ogawa, melibatkan 20 peserta dari pelbagai restoran Jepun di Malaysia. “Latihan tersebut telah membuka mata saya kepada setiap maklumat terpencil semasa membuat sushi dan saya mengucapkan terima kasih kepada Majlis Makanan Laut Norway atas peluang ini.” 

Sejak itu Cef Chua sering pergi ke Singapura ke bekas restoran tempat bekerja untuk latihan oleh peserta Piala Dunia Sushi yang terdahulu, dan berazam pulang ke tanah air dengan pingat dari Tokyo. 















Kaki Bebel,


LILY

www.ciklilyputih.com

No comments :