Thursday, August 30, 2018

BALNEUM INTENSIV Mengatasi Masalah Kulit Kering Yang Teramat Kering

Hi Korang, 


Korang nampak fizikalnya kak lily ni kulit berminyak kan, yelah itu pada muka sebab itu je yang sibuk korang pandang kan. Bahagian yang lelain haruslah korang tak tengok sebab bertutup yelah dalam-dalam mana nampak kecuali abang banker Mr Big jelah kan. 

Seriously memang kering nau nau wokeh!! 

Kalau dulu-dulu asyik kerja luar so kulit kak lily ni tak delah teruk sangat keringnya la ni bila dah balik office dan jarang pi site ermm hambik ko kulit sekering-keringnya la hai sebab apa ?? kadar penggunaan air-con kat office ni kemain nau tingginya. Kitorang tak boleh nak control suhu sebab ianya centralized dan orang kat office plak bukannya ramai so lagi kuatlah level kesejukan tuh. Even kak lily dah tukar tempat pun but still sejuk kemain bak hang!!! 

mane reti minum air kosong, kopi jugak yang di belasahnya kan

Bukan setakat air cond je puncanya saje tapi faktor cuaca, usia, genetic malah kurang minum air dan mandi dengan air panas pun boleh mengakibatkan kulit semakin kering. Itulah korang minum air kosong tak mau cuma di bagi air tin ke air manis kemain laju je minumnya ye kan. 

Alah mesti korang cakap kak lily membongak je cakap kulit kering kan padahal flawless, ewah ewah meh sini korang tengok 

ini siku wokeh, bukan lutut, kan nampak keringnya kawasan tuh

malunya nak tunjuk kaki wei, sebab tuh kak lily suka pakai kasut tutup ermm sebab ni lah

Hah ingat ahkak ko ni membongak ke??? 

Nampak kan betapa kekeringan melanda di kawasan-kawasan gentir tuh, selalunya kulit keringnya di bahagian lengan, siku, betis, tapak kaki even di jari kaki dan tangan jugak tau. Memang tempat-tempat yang terbuka semuanya. 

Ada 2-3 jenama jugak kak lily cuba untuk selesaikan masalah ni ermm itulah kesannya memang kurang tapi sekejap je so kena cuba lagi jenama lain until kak lily terjumpa dengan BALNEUM INTENSIV ni lah. 


Alah kak lily pi farmasi hari tuh kat area rumah ni then adik kat farmasi tuh suggestkan jenama ni untuk kulit kering kak lily tuh, siap tunjuk lagi tau hauhauhaauhau. 

Produk BALNEUM INTENSIV ini terdiri daripada 3 produk iaitu : 

Balneum Intensiv Wash - 200ml 
Balneum Intensiv Lotion - 200ml 
Balneum Intensiv Cream - 50g 

Kak lily rasa lengkap dah set kulit kering ni, ada cleanser, moisturizer dan lotion sekali. 


Apa yang kak lily suka mengenai produk ni adalah ianya tanpa perwarna, tak de wangian atau bauan, dan tak de bahan pengawet.

nak guna picit je sket then sapu, cepat meresap tau


Kebaikan menggunakan produk BALNEUM INTENSIV ini adalah: 

1. Dapat memulihkan balik fungsi kulit yang terhalang 

2. Menambahbaikkan kulit kering dengan penghidratan yang berkekalan 

3. Meningkatkan kelancaran dan keanjalan kulit 

Memang sesuai sangatlah untuk atasi masalah kulit kering ni kan

BALNEUM INTENSIV Wash
RM 55.00 – RM 65.00 (200 ml) 

BALNEUM INTENSIV Wash ini adalah merupakan pembersih bebas sabun yang membantu membersihkan kulit kering dan terlalu kering dengan lembut, yang mana perlu digunakan secara konsisten setiap hari. 

Eh setiap harilah barulah nampak hasilnya. Produk ini mengandungi lipid emolsi dan ianya melindungi kulit daripada kehilangan kelempaban serta ia berfungsi untuk mengawal keseimbangan minyak dan kelembapan di dalam kulit dan secara semula jadi memulihkan fungsi penghalang kulit. 

BALNEUM INTENSIV Lotion 
RM 55.00 – RM 65.00 (200 ml) 

Lepas guna BALNEUM INTENSIV Wash tuh, kami sapukan pula BALNEUM INTENSIV Lotion. 

Produk ini mengandungi oil-in-water emulsion dengan kandungan lipid tinggi untuk penjagaan dermatologi bagi kulit kering dan terlalu kering. Tekstur losyen ni,cair dan mudah serap ke dalam kulit dan tidak meninggalkan rasa tidak selesa ataupun berminyak. Sekejapan je tau. 

BALNEUM INTENSIV Cream
RM 40.00 (50 g) 

Eh bukan lotion sama dengan cream ke? 

Memang sama cuma BALNEUM INTENSIV Cream ni bertekstur lebih pekat dan di datangkan di dalam saiz tiub yang mudah untuk di bawa kemana-mana sahaja. Yelah makan kak lily ni sumbat je dalam handbag senang, nak guna sapu je lebih-lebih lagi bila lepas keluar dari public toilet kan, dah basuh-basuh tangan tuh terus tepek krim ni hah.

Ni kak lily tunjukkan keberkesanan produk BALNEUM INTENSIV ni setelah seminggu kak lily mencuba ek.

Sangat-sangat berbeza dengan gambar kat atas kan, kulit mulai nampak lembap. 

kurang kan kesan kering tuh, sebab lepas solat je mesti kak liy sapu krim ni

Ternyata memang nampak perbezaan sebelum dan selepas menggunakan produk BALNEUM INTENSIV ni, seharusnya menda-menda sebegini akan mengambil masa tapi ianya berkesan yang penting tau.



Boleh digunakan oleh seluruh keluarga, tidak kira dari kanak-kanak sehinggalah dewasa dan warga emas.

senantiasa standby dalam handbag, senang kering sket sapu jelah

Kalau korang nak tau yang rangkaian produk BALNEUM INTENSIV adalah di syorkan oleh para doktor dan juga ahli dermatologi, yang mana ada mempunyai masalah kulit kering mahupun terlalu kering tu, boleh ambil inisiatif dah untuk mencuba rangkaian produk BALNEUM INTENSIV ni 

Nak dapatkan produk BALNEUM INTENSIV? 

Boleh kunjungi AA Pharmacy, BIG Pharmacy dan mana-mana Leading Independent Pharmacies dan dapatkan rangkaian produk BALNEUM INTENSIV yang diimport serta diedarkan oleh Zullieg Pharma Sdn. Bhd. Kalau beli online pun boleh jugak, di Lazada, 11street, iprice dan banyak lagi tau


Ok nak tunggu apa lagi, kalau anak –anak korang atau korang sendiri yang ada mempunyai masalah penyakit kulit kering ni why not cuba dulu BALNEUM INTENSIV ni ek

Selamat mencuba, dah jangan korang gelakkan siku ahkak tuh ek..











Kaki Bebel,

LILY

www.ciklilyputih.com

20 comments :

sharmien said...

betul2 tempat yg kering area siku gak. hihi...malu gak nak tunjuk kat org rupa siku. buruk bebenor rupa siku bila kering. asal malam je gigih sapu night cream. huhu

Hanny Abdullh said...

Pertama kali dengar pasal produk ni. Menarik gak..sis pun kulit bahagian kaki memang kering sesangat, bolehlah sis cuba produk ni..mana tau sesuai pulak gan kulit sis ni

Airah Syahirah said...

airah pun kadang-kadang ada bahagian kulit yang memang kering. sekarang tengah pregnant lagi la kulit sensitif tak cukup minum air, kena aircond kuat sikit mesti kulit kering sabar jela.boleh la nak cuba produk ni nanti

cre8tone said...

Wow! No more dry skin after using this product... first time heard of it, but looks great.. nice review..

Mouse Mommy Treats said...

Boleh beli ni untuk mak saya cuba, mak sy pun mengalami kulit kering yang teruk terutamanya pada tumit kaki.

Fadzi Razak said...

Nampak betul beza dia tu. Boleh cuba jugak lah nanti losyen dia. Sekarang ni fadzi pregnant, malam malam mesti tidur pakai air cond. Besoknya bangun pagi kulit kering

5 Little Angels said...

I have a dry skin too especially at my leg. Looks like this is a good cream to solve my nightmare.

Mawardi Yunus said...

saya pun ada masalah kulit kering ni. nampak gaya kena cubalah produk ni. nampak macam bagus je kak

ai said...

Best laa produk ni.. Ai ada masalah kulit kering gak. Tapi beza tu kekal ke atau waktu pakai je ok macam losyen?

iam.umifuzy said...

first time dengar jenama ni, nampak gaya nak kena cari jugak kat farmasi. Nanti nak cuba kat kulit yang kering dek faktor usia ni.

Rawlins GLAM said...

Rawlins pun masalah kulit kering especially kat kaki tu. Boleh la nak try satu - saiz gitu best boleh bawa ke maana-mana kan. Selit je memana hehe

nikkhazami said...

saya rasa saya pun ada masalah kulit kering la.. mungkin sebab kurang minum air.. segan juga bila kita garu, terus keluar habuk. hehe

AyuArjuna BiGoshh said...

okla efek dia..bolehlah carik..aku pun ada part2 kat badan yg sangat kering...moga blh kasi lembut sikit bahagian tu huhuhu

Seriwangi said...

Kak pun Jeni' kulit Kering kat tgn lagilah Kering sbb usia makin meningkat

apekinahdotcom said...

Uish best ni kak. Kinah pun kering kat kaki. Hmm nak cari la krim ni. Malu la bila mak tegur kulit kaki kering.

Lia Hasty said...

First time dengar jenama ni. Boleh recommend dekat kawan-kawan Yang kulit kering .Lia pun nak Cuba juga lah nak tengok kesan lepas guna kat kulit lia .

cindyrina said...

Thank you dear for sharing this. I totally need this. Kind of gift from heaven nih.lol

Zharif Azis said...

nak kena ada produk nie sebabnya saya pon mengalami kulit kering pada certain parts of my body. tambah-tambah di siku, lutut dan jari kaki. malu nak tunjuk kat orang. memang selalu pakai tutup bagi org tak nampak

Zayani Zulkiffli said...

Memang nampak ketara beza dia tu. Suka dengan produk ni sebab harga tak mahal, then boleh pakai lama.

Unknown said...

Maaf nak tanya cream tu kalau pakai untuk muka pun boleh ke