Tuesday, June 26, 2018

Resipi Butter Banana Milk Chicken Dengan Produk Susu POKKA

Hi Korang, 

Kak lily kurang sket makan yang ada butter-butter dan susu ni. 

Sebab combinationnya cam odd sangat, macam meloyakan pun ada jugak huahuahauhau
 

Tapi mengenangkan nak masuk contest anjuran POKKA ni, kak lily pun nak menjadi kreatif dan mencuba sesuatu yang baru. Biasalah kalau nak menang kena lain daripada yang lain barulah organizer nampak hahahahha gelak jahanam sesangat ek 

Kak lily saje nak mencuba ayam sebagai bahan ujikaji, biasalah kalau minuman susu je orang mesti buat pemanis mulut kan, so kita twist sket agak jadi unik. 

So kita cuba masak Butter Banana Milk Chicken. 


Banana milk tuh menggunakan prosuk susu Pokka lah yang lain dan tak bukan iaitu ‘Banana Milk’. Kalau minum cam tuh memang sedap bak hang!! Tapi kalau di buat masak, cam ne plak ek 

Inilah bahan-bahan untuk resipi Butter Banana Milk Chicken 

Bahan-bahan (sos): 


- 2 sudu besar mentega 
- Daun kari 
- 1 sudu besar cili padi 
- 1/2 sudu besar bawang putih 
- 100ml susu banana milk 
- 1 sudu kecil garam 
- sedikit ladan hitam


Cara-cara: 


1. Salut ayam bersama tepung gandum, serbuk kari, garam dan kunyit. Perap dalam 30 minit cam tuh. 


2. Goreng hingga keemasan. 

cairkan butter dulu ek

tumiskan bawang putih, cili padi sampai naik harum baunya

masukkan dari kari plak

3. Untuk membuat sos, cairkan mentega dan tumis daun kari, cili padi dan bawang putih. 


4. Masukkan susu cair dan didihkan hingga pekat. Kemudian, masukkan garam dan lada hitam. 

nampak biarkan mendidih


5. Tutup api dan masukkan ayam yang sudah digoreng. 

6. Gaul hingga rata. 


7. Siap untuk dihidang! 

Nampak!!! 

Senang lagi mudah menyediakannya. 


Dari segi rasa plak? Ermm wow memang memang memang sangat unik boleh di makan dan rasa pisanglah tuh tak delah sekuat mana pun. Berselera je kitaorang makan hari tuh hah. 

Sertai POKKA Rasa Raya Contest 


Kan kak lily dah bagitau yang tujuan kak lily buat resipi ini dan beli produk POKKA ni nak sertai peraduan sempena dengan Hari Raya ni. Korang pun masih sempat nak sertai kerana peraduan ini akan berakhir pada 30 Jun 2018 ini.

Cara-cara penyertaan :- 

1) Beli produk pelbagai produk POKKA Susu bernilai RM10 dalam satu resit tunggal.

2) Buat resipi menggunakan produk pelbagai susu POKKA. Ambil foto / video langkah-langkah resipi.

3) Hantar foto / video dan gambar resit korang ke Facebook POKKA melalui FB Messenger.

Hadiah yang ditawarkan adalah:- 

PRIZE GRAND: 
Pakej katering rumah terbuka bernilai RM10,000

PRIZE CONSOLATION x 3: 
RM200 tunai + POKKA hamper + bekalan minuman POKKA 1 bulan 

HARIAN MINGGU x 20: 
baucer membeli-belah bernilai RM100 + bekalan minuman POKKA selama 1 bulan. 

Jadi tunggu apa lagi korang kena sertai sekarang juga. 

Mana tahu rezeki korangkan kita tak tahu. 

Selamat mencuba semua. 


#PokkaMy 

19 comments :

Eyqa Hasnan said...

Banyaknya oii orang update resepi guna pokka milk nie. Tiba-tiba nak cari sekarang jugak pokka milk!!!

cindyrina said...

OMG! tadi nampak orang buat Mango Chicken. Now Banana chicken? you all ni semua creative betul. Teringin nak rasa banana chicken ni. Sebab you letak cili padi lagi buat I curious how it blend in with banana flavoured drink. Semoga berjaya!

Unknown said...

wah pandainya kak lily gubah resepi, Neeza pun tak terfikir boleh guna Banana Milk sebagai ganti evaporated milk dalam masakan butterchicken ni. terbaiklah kak Lily

Hasif Hamsyari said...

Alamak! Tadi baru tengok satu resipi. Ini satu lagi dan dua-duanya nampak sedap. Kreatifnya buat resipi daripada Pokka! Good job!

AyuArjuna BiGoshh said...

nampak pun sedap giler...haruslah aku mencuba kan nanti..dengan pokka banana milk pulak tu tinggi kalsium ni bagus untuk kesihatan badan...heheheh

Airah Syahirah said...

sedapnya ! dedua fav airah, susu tu dan chicken buttermilk. nak try la nanti

Syiera Firdaus said...

Wah. Pandainya sis reka resepi guna air kotak Pokka. Selalu kita guna susu biasa je. Mesti lagi best kan guna pokka. Nanti nak cuba lah!

Sherry Go Sharing said...

wow nice contest must let friends know of it. They love cooking too and Pokka drinks I like it too, love to drink it chilled.

Nadia Johari said...

pergh..cara macam ni lagi sennag..hehee..walaupun bukan rasa ayam butter tapi mesti rasa lagi sedap ye dokk..hehee..mesti ada rasa pisang sikit..nak kene cari la pokka banana milk ni..

Mahamahu said...

Sedapnya Cik Lily nanti boleh cuba lah tak sangka daripada produk susu dalam kotak boleh buat resipi ayam yang menarik ni hehehe ok nice...

mrsliez said...

Waaaa lain dr yg lain menunya.. selalu desert kan.. ni resepi savouri. Memang nampak sedap... uusshhh terliur Liez tgk.. nak kena cari dan buat resepi ni

nikkhazami said...

kalau tengok pada kotak ingatkan boleh buat dessert je. rupa rupanya boleh buat lauk jgak.

Hanny Abdullh said...

Yum yumm..nampak menyelerakan. Sis tengok ramai pulak yang dok share resepi gunakan susu Pokka ni..macam2 perisa pulak tu, nampak gaya harus cuba ni

Ruby said...

Kahkahkah baru je baca kak ayu dengan susu mangga dia. Akak plak dengan susu pisang. Apo jadi dengan ayam akak? Butter Chicken Bananana. Sedap tak? Nak cuba juga. Tak manis ke kak? Akak tuang berapa banyak banana milk POKKA tu?

umifuzy said...

kreatip dan innovatip sungguh cik lily hehe. Terasa macam nak buat resepi cam gini tapi nak masuk peraduan tu pun terasa rasa jugak, mana tau boleh menang kan hehe

Abby Onety said...

Pokka membantu berinovasi resep masakan ya karena bisa di kombinasi dalam berbagai menu masakan. Abby kira pokka nih hanya buat minum sahaja

Emily said...

Pandainya CIk Lily Putih memasak and improvise recipe gunakan Pokka products. I would love to join the contest. Let me think of what to cook first.. HEHE

cre8tone said...

creative-nya.. tak sangka pokka pun boleh guna untuk masak macam ni.. nampak sedap leh...

Del Asyraf said...

Nampak sedap resepi baru ni. Cam nak cuba nanti..semoga berjaya cik lily tuk contest tu yer.. ahahaah