Thursday, June 14, 2018

Buka Puasa Di CRAB FACTORY Johor Bahru

Hi Korang, 


Kan hari tuh kak lily pi JB for a weekend kan, jumpa sedara mara sahabat handai hehehe.. 

Of courselah buka puasa sesame, on first day tuh kitorang buka sendiri sebab terhegeh-hegeh sangat sampai JB so dapat supper dengan diaorang je. Then second day tuh baru plan nak pi buka puasa sesama. 

Sebab last minute dan banyak tempat dah fully booked, mostly Singaporean datang buka kat JB ni sebab murah kan, even kat hotel yang kak lily stay tuh pun café bawak untuk buka puasa tuh pun fully booked. 

Sudahnya kak lily teringat akan outlet Crab Factory yang ada kat JB ni, call restaurant then terus buat booking untuk 6 orang. 

Masa kitaorang sampai tuh dah berbuka nasib baik bawak air dan kurma sesiap so tak delah lapar sangat kan, by the way cantik jugak Crab Factory kat JB ni simple dan dindingnya boleh conteng-conteng huahauhauha 


Kalau nak tau Crab Factory ni menawarkan hidangan makanan laut segar yang daripada dalam dan luar negeri. Pendek kata segala jenis seafood ada termasuk pelbagai jenis ketam, maklumlah nama pun Crab Factory so haruslah banyak jenis ketam. 

Menu di Crab Factory ni kemain banyak sampai nak citer pun takut tak abis so akak lily citer apa yang kak lily makan ek, yang lelain tuh nanti kak lily letak menu je kat bawah ek 


Set Menu Seafood Sedap Crab Factory 


Untuk set menu seafood ini terdiri dari 3 pakej iaitu: 

Crab Lover Shiok (2 – 3 pax) berharga RM149.70/set [49.90/pax] 

Crab Lover Party (4 – 5 pax) berharga RM299.50/set [59.90/pax] 

Crab Lover Giler (7 – 9 pax) berharga RM539.10/set [59.90/pax] 

Bagi kak lily cam ni lagi senang nak order kan, crystal clear. Senang nak paham, berapa harga, berapa orang makan kan hehehhe 

Kat sini, makanan semua di hidangkan di atas meja, di lambak cam tuh je tapi beralaslah meja tuh takkan takde alas plak. Di siapkan apron plastik sekali supaya tak kena baju kita ek, nak guna glove plastik pun boleh tak haruslah pakai tangan baru asyik masyuk. 


Crab Lover Party 
Meat Crab – XL – 2 pieces, King white prawns, Squid Mini Lobsters, Hamaguri Clams, Freshwater Prawns, Mussels, Corn, Brocolli, Fried Mantou, Fried Chicken Wings dan Shallot Rice 


Crab Lover Shiok 
Meat Crab – XL – 2 pieces, King white prawns, Squid mussels, Hamaguri Clams, Corn, Brocolli, Fried Mantou dan Shallot Rice 

Jaga-jaga tau jangan salah pilih sebab kalau salah pilih terkena set yang pedas menangis ooo itu bagi yang kaki tak makan pedas la kan 

Korang juga boleh pilih hidangan Ala Carte yang kita ikut timbang, terpulanglah ikut tekak memasing kan. Kak lily rasa cukup banyak dah yang kitaorang makan ni hehehe 

Fried Chicken Wing 

Fried Mantao 

Rasanya still sama dengan apa yang kak lily makan di Crab Factory di SS2 Petaling Jaya, eh kualiti mestilah kena jaga kan so barulah ramai orang akan datang nanti.



Pilihan minuman pula tak de yang fancy-fancy pun cuma ada Ribena Soda, Orange Mojito, Honey Lemon, Ice Lemon Tea dan soft drink. Okla kang nanti tak tau yang mana satu nak rasa kan, so makan je ketam tuh ek 

nak pegang jugak ko kan madir

arrgh lapo, yang ni set crab lover. pedassss


set yang tak pedas, sesuai dengan kak lily la kan

nampak tak, kak lily kena paw dengan budak ni

Ermm ok kan makan di Crab Factory ni, bagi kak lily harganya bersesuaian dengan bahan yang dipersembahkan. Lagipun semua orang tau yang makanan laut ni mana ada yang murah, even beli kan pasar pun harga ketam sekilo dah dekat RM40 ek. Ok lah kalua ambil set menu ni sebab kita dah boleh budget 

Untuk info lanjut mengenai menu dan cara tempahan, korang boleh check it out dengan cara LIKE dan FOLLOW social media Crab Factory  di 

Laman web : 

Facebook : 

Instagram : 


Moh kita ke Crab Factory Johor Bahru ye untuk nikmati hidangan ketam yang enak lagi menyegarkan. 












Kaki Bebel,

LILY

www.ciklilyputih.com

No comments :