Hi Korang,
Ramada KLCC menampilkan kelainan dengan hidangan set lengkap dalam dulang sempena Ramadan tahun ini. Ini merupakan tahun pertama Ramada KLCC menyediakan sajian iftar Ramadan. Kalau korang nak tau ada 5 pilihan untuk hidangan lengkap yang sungguh enak dan hanya RM25 net sedulang.
Hidangan Iftar Ramadan di Ramada KLCC
Hidangan yang disajikan sememangnya hidangan yang sungguh menyelerakan dan juga sedap. Set hidangan ini lengkap dengan segelas minuman, buah-buahan potong/kurma dan juga pencuci mulut. Tambahan pula, set hidangan ini agak besar portion nya dan boleh dikongsi untuk 2 orang.
Nasi Briyani Ayam
Dihidangkan Nasi Briyani Ayam, Dalca Sayuran, Jeruk, Telur dan Papadom. Disertakan bersama dengan Sup Ayam Herba. Untuk pilihan: Samosa / Murtabak Daging, Kurma / Buah Potong dan Air Bandung / Teh Tarik.
Nasi Tomato Ayam Merah
Dihidangkan Nasi Tomato, Ayam Masak Merah, Dalca Sayurn, Jeruk, Telur dan Papadom. Disertakan bersama dengan Sup Ayam Herba. Untuk pilihan: Samosa / Murtabak Daging, Kurma / Buah Potong dan Air Bandung / Teh Tarik.
Sambal Udang Dengan Nasi & Sayur
Dihidangkan Nasi Putih, Sambal Udang Harimau, Sayur Goreng. Disertakan bersama dengan Sup Ayam Herba. Untuk pilihan: Samosa / Murtabak Daging, Kurma / Buah Potong dan Air Bandung / Teh Tarik.
Nasi Kerabu Ayam Percik
Dihidangkan Nasi Kerabu, Ayam Percik, Ulam, Sambal Kelapa, Telur Masin, Budu, Sambal Belacan dan Keropok. Disertakan bersama dengan Sup Ayam Herba. Untuk pilihan: Samosa / Murtabak Daging, Kurma / Buah Potong dan Air Bandung / Teh Tarik.
Ikan Merah Masak Asam Pedas Bendi
Dihidangkan Nasi Putih, Ikan Merah Masak Asam Pedas, dan Bendi. Disertakan bersama dengan Sup Ayam Herba. Untuk pilihan: Samosa / Murtabak Daging, Kurma / Buah Potong dan Air Bandung / Teh Tarik.
Of courselah kak lily dapat rasa kesemua hidangan tapi yang paling kak lily suka sekali ialah Nasi Kerabu Ayam Percik.dan Nasi Tomato Ayam Merah
Cara Menempah??
Cara Menempah??
Untuk tempahan dan pertanyaan boleh hubungi Ramada KLCC di talian 03-23869288 samb. 9218. Set hidangan ini tersedia dari 17 May sehingga 14 Jun 2018 dari 6 petang hingga 8 malam setiap hari.
Lokasi Ramada KLCC
Terletak hanya 5 minit berjalan kaki dari Bukit Bintang, lokasi yang terkenal di Kuala Lumpur, Suites bebas-rokok ini terletak dalam lingkungan 600 meter ke Fahrenheit 88 dan Sungei Wang Plaza. Menara Berkembar Petronas yang ikonik adalah 1.5 km jauhnya, manakala Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur boleh diakses dengan pemanduan sejauh 44 km. Terdapat juga akses ke rangkaian monorel yang berjarak 10 minit berjalan kaki. Untuk mudah, cari sahaja Istana Hotel Kuala Lumpur dan di bahagian belakangnya – Jalan Ceylon.
No comments :
Post a Comment