Saturday, March 17, 2018

ANCHOR FOOD PROFESSIONALS PASTRY AND CULINARY CHALLENGE 2018

Hi Korang, 


Kalau korang nak tau bahawa "Anchor Food Professionals Pastry and  Culinary Challenge 2018" ini merupakan satu pertandingan yang bertujuan untuk berkongsi pengalaman dan pengetahuan sekaligus mengangkat piawaian profesional bagi bakeri tempatan dan industri kulinari. 

Anchor Food Professionals (AFP - dahulunya dikenali sebagai Fonterra Foodservices) telah sekian lama membekalkan jenama produk ten usu terkenal dari New Zealand, Anchor kepada industri perkhidmatan makanan di Malaysia. AFP juga berdedikasi dalam membangunkan bakeri tempatan dan juga saluran HORECA, melalui inovasi produk dan penghasilan resipi. 


Baru-baru ini kak lily berkesempatan untuk menghadiri ke acara akhir Cabaran Pastri dan Kulinari 2018 anjuran Anchor Food Profesional di KDU Glenmarie Shah Alam. 

Untuk pengetahuan korang terdapat 3 kategori pertandingan yang ditawarkan iaitu :- 

Pastri Terbaik - Kategori Bakeri (13 Mac). Terdapat 4 finalis 
Kek Terbaik - Kategori Bakeri (14 Mac). Terdapat 8 finalis 
Kek Terbaik - Kategori Hotel (15 Mac). Terdapat 8 finalis 
Kulinari Terbaik - Kategori Hotel (16 Mac). Terdapat 7 finalis 

Kak lily hadirkan diri di pertandingan Kek Terbaik bagi kategori Bakeri. Sekali imbas tengok hasil idea para peserta ni buat kak lily rasa teruja betul. 

masa ni juri tengah ada sesi temuramah dengan para peserta

Cabaran ini bermula dari 13 hingga 16 Mac 2018 ini telah diadili oleh chef-chef hebat antaranya seperti:- 

Kategori Pastri 
Chef Jean Francois Arnaud (Ketua Juri) 
Chef Nazeri Ismail 
Chef Arthur Heng 

Kategori Kulinari 
Chef Gerhard Albrecht (Ketua Juri) 
Chef Fami Taufeq 
Chef Sabri Hassan. 

Seramai 8 peserta telah menyahut cabaran dan bertemakan buah-buahan iaitu mangga dan strawberi. Perkara wajib yang para peserta perlu gunakan adalah produk terkemuka Anchor seperti Anchor Cream Cheese, Sheet Butter Anchor, Anchor Butter, Anchor UHT Milk, Anchor Whipping Cream dan Anchor Extra Yield Cooking Cream. 

Untuk Kategori Kek (Bakeri) setiap peserta pertandingan harus menyediakan 2 jenis kek iaitu: 

1 jenis kek penuh (Tema: Mangga) 800gm - 1000gm berat setiap kek.
1 jenis kek individu (Tema: Strawberi) 80gm - 100gm berat setiap kek 

Di mana setiap kek yang di buat haruslah mempunyai sekurang-kurangnya sejumlah 30% Anchor Wipping Cream dan Anchor Cream Cheese dari keseluruhan berat kek yang dihasilkan. 

Antara kek-kek yang berjaya dihasilkan oleh peserta pertandingan pada hari tersebut.





Cantik kan!! 

Semuanya kelihatan enak, menarik dan buat kak lily telan air liur semasa mengambil gambar tau. 

Oh ya! Antara hadiah yang ditawarkan untuk setiap kategori adalah seperti berikut:- 

Hadiah Pertama : RM5,000, pingat dan sijil 
Hadiah Kedua : RM3,000, pingat dan sijil 
Hadiah Ketiga : RM2,000, pingat dan sijil


Bukan mudah untuk mengadili, ini kerana semua peserta dapat memberi persembahan yang terbaik. Setelah 5 jam dan lebih masa yang telah digunakan untuk menghasilkan kek yang terbaik, akhirnya 3 peserta terbaik telah dipilih dan seterusnya diumumkan sebagai pemenang. 

Pemenang bagi kategori Bakeri (Kek): 

Hadiah Pertama - Yong Yi Yuan.
Hadiah Kedua - Loh Qi Yuan.
Hadiah Ketiga - Yeoh Kean Loon. 

Hadiah Pertama - Yong Yi Yunn

Menurut Yong Yi Yuan, beliau sentiasa mendapat galakan untuk menyertai pertandingan daripada chef yang mengajarnya didalam bidang ini. Peserta ini datangnya dari Brunei dan telah mendapat pendidikan bidang kulinari dari kolej di Singapura. Yong Yi Yuan juga berkongsi beliau telah mendapat begitu banyak pengalaman berharga menerusi pertandingan ini terutama dari segi penyediaan bahan, penyejukan dan pelbagai tip serta teknik yang diberikan oleh juri-juri yang mengadili. 


Hadiah Kedua - Loh Qi Yuan

Manakala peserta dari Johor ini Loh Qi Yuan ini mula melibatkan diri dalam bidang masakan barat pada awalnya. Beliau telah mendapat pengalaman dalam bidang pastri dan kek dari Bakeri Moonlight di mana tempat beliau bekerja. Pada awalnya, beliau tidak berasa yakin dalam bidang bakeri ini boleh membawa beliau untuk berada lebih jauh. Namun berkat sokongan dari Bakeri Moonlight yang mahukan beliau untuk menerokai bidang ini akhirnya membawa Loh Qi Yuan ke pertandingan ini dan seterusnya dinobatkan menjadi naib juara!

Hadiah Ketiga - Yeoh Kean Loon 

Yeoh Kean Loon dari Penang baru berusia 20 tahun. Bekerja seawal 18 tahun dalam bidang bakeri mendedahkan beliau tentang dunia pastri dan kek yang begitu luas. Menurut beliau, bidang ini agak unik ini kerana untuk menghasilkan kek dan pastri yang enak perlu kombinasi pelbagai bahan. Selain itu beliau juga berpandangan bidang ini menjadikan beliau lebih kreatif dan krisitis dengan mengambil kira beberapa teknik dan masakan dari negara luar seperti Asia - Jepun, Barat dan lain-lain negara lagi. Bagi Yeoh Kean Loon, baginya paling penting bagaimana menjadikan sesuatu rasa yang dihasilkan itu lebih 'sedap' adalah kunci segalanya 

Hebat pengalaman para pemenang ek, walaupun nampak muda belia tapi pengalaman mereka sangat-sangat menakjubkan, di tambah lagi dengan kesungguhan dan bakat masing-masing kak lily yakin mereka bertiga akan pergi lebih jauh lagi di dalam bidang kulinari ni ek 

Keterangan lanjut mengenai produk dan jenama Anchor Food Professionals boleh layari di www.anchorfoodprofessionals.com










Kaki Bebel,

LILY

www.ciklilyputih.com


No comments :