Wednesday, February 21, 2018

Langkawi 2018 | Kilim Karst Geoforest Park – Mangrove Tour

Hi Korang, 


Kita sambung lagi citer pi cuti-cuti Malaysia hari tuh ke Langkawi. Aduiyai I tell you payah betul nak sambung citer ni, ada keja lain nak buat. 

Hari tuh dah citer DAY 1 kan so ni kita sambung balik untuk hari yang kedua 

DAY 2 

Disebabkan trip ni free and easy so kitaorang amik pakej Mangrove Tour di Kilim Geopark. Seriously ini first time kak lily pi sini walaupun tiap-tiap tahun pi Langkawi kan hauhauhaua.



inilah boatnya kan

gaya tak akak? dengan spek itam bagai hahahaha

Kami ramai so gemuk book satu boat untuk kitaorang satu family sebab tak nak campur-campur dengan tourist lagi, walaupun payah bawak orang tua kang dia lambat tourist lain bising so terus je book 1 boat.

selesa sket boat besar, tak de nak sempit-sempit, tapi harga pun kemain lah kan

Pakej Tour selama 4 jam. 

Tempat-tempat yang kitaorang lawati adalah : 

Bats' Cave 

Floating Fish Farm 

Eagle Watching 

River Cruise 

Crocodile Cave 

Monkey Feeding

Beach / Swimming 

Fish Feeding 

Itu di antara yang kitaorang buat. Hah amik ko muak-muak duduk dalam boat ek. 

So kak lily tunjuk gambar-gambar je ek, so tak delah korang pening nak baca kan hehehehe. Kana da pepatah mengatakan ‘A picture is worth a thousand words’ hehhehehe


Memang rendah wei, nak masuk ke dalam ni



Bagi monyet makan, kat sini kemain lama lagi ni. Seronok memasing kan..

budak muka tak de perasaan, cam tuh kan hahahhaa

nampak penuh bot hah

happy face

tengah bagi ikan makan

banyak kan ikan, rasa cam nak tangguk jelah

eagle feeding, seronok tengok burung-burung Helang ni makan ek

river cruise, syiok oooo

Apmacam, seronok kan!! hehehehe

Sebenarnya banyak gambar tapi malas nak resize hehehe boleh gitu!! Lagipun bila dalam boat yang tengah bergerak laju, kak lily simpan semua gadget sebab takut ke air masin ooo.

Korang boleh masukkan aktiviti ni di dalam itinerary korang kalau ke Langkawi ek 

Ini alamatnya :
Sungai Kilim Tourist Jetty
Kampung Kilim, Mukim Ayer Hangat
07000 Kilim, Langkawi
Kedah
Tel: +604 959 2323 

Operation Hours
Buka setiap hari dari 8.30AM - 5.00PM

Sedikit Tips untuk korang 

Kan cuaca panas so better korang pakai pakaian yang selesa tau. Bawak jugak selipar, tuala dan baju persalinan kalau korang nak pi mandi laut ek. Tapi tak de kemudahan tandas kat tepi pantai tuh tau sebab pantai tuh tak de penghuni. So pepandai tukar baju kat tepi-tepi pokok ek. Macam Mr Big terus je balik basah-basah sebab dalam masa sekejapan boleh kering yelah kan di tiup-tiup angin laut tuh kan.













Kaki Bebel,

LILY

www.ciklilyputih.com

5 comments :

maszull said...

assalamualaikum CLP...wah mmg seronokkan jenjalan mkn angin ke sini...

Jueliza Jamani said...

Best lah pergi Langkawi ni.. Jue ni nama jer orang kedah.. tp nak sampai langkawi tu baru sekaliiii.. tu pun g kursus.. hahahah

MrsEnoxis said...

Lama x menapak ke Langkawi. Tiap tahun plan tp x kesampaian jugak. X tau pulak ada Geoforest ni.

sudipVSsenduk said...

saya salin baju celah batu besar je.. hihihi

hasliynda umairah beauty said...

wah bestnya