Thursday, January 18, 2018

Haruman Terbaru AVON – EVE DUET Komninasi 2 Dalam Satu

Hi Korang, 

Jika kita biasa mengekspresi mood dengan pakaian, mengapa tidak dengan haruman? Avon kini memperkenalkan sebuah haruman yang menyerlah setiap personaliti dan sisi anggun seorang wanita. 


Avon meraikan pelbagai dimensi wanita kontemporari dengan melancarkan Eve Duet: gandingan dua haruman dalam satu yang ikonik. Dua haruman direka secara harmoni untuk dipakai berasingan atau dilapisi bersama bagi mencipta kombinasi haruman tanpa batasan. Daripada nota segar bungaan dan buah-buahan hinggalah ke haruman flora sensual memikat, Eve Duet membawamu merentasi pengembaraan eksperimentasi haruman nan indah, menyelami setiap keistimewaan dan keunikan seorang wanita. 

Ciptaan bersama master perfumer dari IFF, Jean-Marc Chaillan, duo haruman Eve Duet yang kekal lama ini berkongsi satu nota utama yang mencetus harmoni apabila dipakai bersama - bunga teratai Amazon eksotik yang hanya mekar selama 3 hari dalam setahun. 

Bunga teratai ini berubah warna dan aroma dari fajar ke senja, dan ini menjadi simbolik kepada setiap watak serta sisi wanita yang berbeza serta menjadi asas terpenting dalam penciptaan Eve Duet. 


"Kolaborasi bersama Avon dan kerana penghormatannya yang teguh kepada pengguna, kami telah bergabung untuk mencipta haruman yang indah dan sememangnya unik," kata Jean-Marc Chaillan. 

Bagi mencermin kepelbagaian sisi Eve Duet, Avon turut memperkenalkan pelakon, Eva Mendes sebagai wajah Eve Duet. Eva merupakan seorang selebriti antarabangsa yang berbakat dan terkenal kerana memegang pelbagai watak yang dimiliki seorang wanita moden. 

Selain menjadi pelakon, beliau merupakan ibu kepada dua cahaya mata, pereka fesyen dan usahawan berjaya, Eva memancarkan personalitinya yang pintar, berani don riang, menceriakan setiap yang mendampinginya. 

"Saya amat berbesar hati untuk bekerjasama dengan sebuah syarikat yang memahami dan menghormati wanita buat sekian lama. Saya gemar menjadi kreatif dan mencuba pelbagai fesyen mengikut mood saya, jadi saya amat teruja untuk mengekspresi dan meraikan identiti saya melalui haruman," ujar Eva. 

RADIANT - Sparkling. Floral. Fruity. 
Menyegarkan. Ringkas. Ceria. 


Putik Epal berseri, Teratai Merah Jdmbu segar & Kayuan Blonde hangat 
Kesegaran Clementine· berjus don Putik Epal. Sentuhan Putik Beri Biru lembut menambah tarikan menawan. 
Adunan Bungo Teratai Merah Jambu yang menyerlah bersama Pati Melur Semulajadi bermutu dan Peony mewah yang mekar dengan jelitanya. 
Kemewahan Ambar Keemasan menyerlah keanggunan. Kayuan Blonde hangat diliputi Kesturi Kulit mempesona melengkapi haruman ini. 


SENSUAL - Addictive. Woody. Floral.
Menawan. Mempesona. Menggoda.


Lada Merah Jambu beraroma, Teratai Putih eksotik &Patchouli Heart LMR elegan
Bergamot Twist menggiurkan dan Plum Ungu Liar. Aroma Lada Merah Jambu menambah aura misteri.
Teratai Putih eksotik yang mekar penuh keasyikan, diselubungi jambangan Melur Kembang Malam dan Mawar Merah menambah keghairahan.
lmpresi haruman diakhiri dengan Kesturi Praline Mewah. Sari Patchouli Heart LMR hipnotik dan Kayuan Koko bergabung menjadi tarikan magnetik yang memukau.

Gabungkan Radiant & Sensual bersama untuk haruman baru yang mencerminkan dirimu yang unik.


Avon Eve Duet Eau de Parfum bakal dipasarkan bermula 1 Mac 2018 pada harga RM109.00 WM I RM125.40 EM

Untuk mendapatkannya, hubungi Wakil Avon anda atau lawati mana-mana Butik Kecantikan AVON seluruh negara. Untuk maklumat lanjut. hubungi talian : bebas tol AVON di 1-800-22-AVON (2866) atau layari www.avon.my













Kaki Bebel,

LILY


www.ciklilyputih.com


1 comment :

nurul fatin adiana said...

makin updTED avon sekarang..last guna wangian avon zaman sekolah menengah dulu..hehee