Hi Korang,
Bila sebut manjakan diri je pasti korang akan ingatkan SPA.
Ye memang betul spa tuh bagus tapi takkan tiap-tiap minggu nak ke spa ermm terus boleh stress bila memikirkan wang yang di keluarkan ek.
Jadi selain daripada bermanja-manja di spa, kita juga boleh manjakan diri sendiri dengan hanya berspa di rumah saja. Tak perlu ambil tukang urut asalkan tau caranya ermm settle semua kerja kan.
Memula akak lily pun bukan expert sangat bab-bab merehatkan diri dan mengurangkan tekanan ni tapi bila mendengar talk masa event perbincangan mengenai gaya hidup dan kesihatan di Farmasi Vitacare baru-baru ni ermm terus dapat idea best tau.
Akak lily suka dengan penerangan daripada Dr Lim Lit Sing ni yang katanya salah satu cara untuk mengurangkan stress adalah menerusi penggunaan pati minyak wangian samaada di anggota badan dan juga di persekitaran tempat kita berehat contohnya seperti di rumah.
Florame adalah antara jenama pati organik dari Perancis yang sangat disyorkan bagi mereka yang suka menjadikan "bau" sebagai terapi mengurangkan tekanan. Ini kerana ianya dihasilkan dari pati minyak original asli dari bahan-bahan semulajadi dan oraganikmyang tidak merbahayakan.
Florame telah diperkenalkan selama lebih dari 25 tahun yang mana telah menemukan pemulihan rahsia kecantikan dan kesihatan menerusi dari dalam "jiwa bunga" yang telah diekstraksehinggalah terhasilnya minyak pati organik.
Bau ros bersesuaian dengan naluri wanita dan amat sesuai bagi pengguna wanita di luar sana. Begitu juga bauan serai (lemongrass)dan buah oren (citrus), ini untuk rasa lebih relaks dan tenang. Jika kita menghadapi hari-hari yang sibuk dan tegang bauan ini dapat menurangkan rasa tegang dalam diri.
Kemudian kami di perkenalkan dengan produk penjagaan diri semula jadi yang dipanggil Sensenique Natural. Menariknya penghasilan sabun ini adalah daripada 100 peratus bahan semulajadi yang terdiri daripada minyak kelapa, minyak zaitun, minyak biji bunga matahari, minyak sawit dan minyak pati tulen.
Sehingga kini terdapat 4 jenis varian yang kita boleh pilih dari farmasi Vitacare - Lemongrass dan Oren, Cinnamon Coffee, Arang serta akhir sekali gabungan Halia dan Pudina. Sabun ini berkesan dalam aktiviti membersihkan, menghidrat dan melembapkan wajah dan badan kita. Ianya juga boleh menjadikan kulit kita lebih licin, lembut dan sihat. Sesuai untuk semua jenis kulit, termasuk kulit sensitif dan bermasalah.
Selain itu akak lily juga telah diperkenalkan dengan UDO Oil oleh Pakar Nutrisi Makanan Cik Ng Hui Chin, kata Cik Ng UDO Oil ini sangat kaya dengan mineral dan vitamin yang dapat membantu bagi mengekalkan kesihatan badan.
Minyak istimewa ini perlu sentiasa diletakkan didalam tempat sejuk seperti peti ais. Rasanya juga enak dan biasanya dijadikan sebagai bahan tambahan dalam setiap hidangan ataupun masakan. Paling sedap di makan bersama salad ataupun diletakkan sebagai salah satu bahan didalam parfait.
Enak sarapan pagi tuh, granola dengan UDO Oil
Kesimpulannya untuk menjalani kehidupan gaya sihat kita perlulah
- Lihat apa makanan yang kita ambil setiap hari - kalau boleh biarlah yang organik
- Apa yang kita letakkan pada badan - mandian, losyen dan sebagainya
- Cara nak menguruskan stress- dengan bersenam, meditasi, menari dan lelain lagi
- Bagaimana nak menjalani kehidupan sihat - kerap bersenam, melakukan aktiviti luar
Oh ya! Tahun 2017 merupakan ulang tahun ke-30 Kumpulan Farmasi Vitacare. So ada banyak promosi menarik tau. Untuk keterangan lanjut, boleh layari laman web www.vitacare.com.my
No comments :
Post a Comment