Tuesday, November 21, 2017

Menu Baru ‘Malaysian Favourites’ di Restoran Secret Recipe, Sedap Jugak Lah

Hi Korang,

Biasa dengar Secret Recipe kan ?

Yelah, kalau nak beli kek je mesti ke sini sebab majoriti keknya sedap-sedap belaka, even pastrinya seperti Chicken Cornish, Brownies, Carrot Cake pun sedap jugak wei. 

Tapi cuba tak menu-menu lain ?

Macam kak lily kurang sket bukan tak boleh makan tapi kurang minat lah tapi kalau kalau Mr Big suka betul Vietnamese Beef Noodles tuh siap bermangkuk-mangkuk boleh makan hehehhee. So selalunya kalau makan kat sini, dia akan makan menu tuh dan kak lily makan pastri dan kek je. 


Cuma hari tuh masa pi makan kat Secret Recipe Tropicana City Mall ermm cam best pulak ‘Malaysian Favourites’ menu ni lah. Rupa-rupanya ini semua menu terbaru sempena cuti sekolah ni kan. Time cuti-cutilah kita kan bawak family keluar berjalan so kalau tempat nak pi tuh nak cari menu ikut tekak orang kita kan payah so nasib baiklah Secret Recipe adakan menu ni.


Lagipun tujuan Secret Recipe melancarkan menu ‘Malaysian Favourites’ adalah untuk mempromosikan masakan terkenal Malaysia kepada pelanggan serta pelancong. 

"Tahun berakhir adalah masa yang tepat untuk berkumpul bersama rakan-rakan dan keluarga untuk menikmati hidangan yang menggembirakan. Oleh itu, kami berharap para pelanggan dapat menikmati semua hidangan terkenal tempatan ini di restoran makan kasual yang baik dan selesa." kata Evelyn Lee, Pengurus Pemasaran Secret Recipe

Terdapat 3 menu ‘Malaysian Favourites’ yang terkenal di Malaysia iaitu Nasi Ayam Rangup, Seafood Mee Mamak dan Satay Ayam Daging. Semua hidangan ini disediakan setelah di lakukan beberapa kali R&D untuk mendapatkan hasil yang terbaik. 

Nasi Ayam Rangup

Seafood Mee Mamak

Satay Ayam Daging

Selain itu, Secret Recipe juga akan menawarkan harga diskaun untuk Sup Chicken Creamy dan brownie dengan ais krim. Bermula dari 15 November hingga 15 Disember 2017, korang boleh menikmati sup ayam untuk hanya RM3 dan satu brownie dengan es krim pada RM6.90 dengan apa-apa yang dibelanjakan di Secret Recipe

Sup Chicken Creamy

Brownies with Ice Cream

Not bad jugak ye, boleh tahan rasanya. Tambahan pulak isi dalamya kemain banyak lagi lah. Rasa macam nak tambah-tambah je

Untuk info lanjut, meh check it out

Website : 

Facebook page : 

Instagram : 











Kaki Bebel,

LILY

www.ciklilyputih.com

2 comments :

sitirohaida said...

wah..secret recipes pebret all the time..boleh la cuba yang terbaru ni pulak

Amie said...

Wah! Ada menu seafood mee mamak pulak dah.... sebelum ni kakak memang hantu 'laksa sarawak' kalau pi sini, nampak mee ni mesti pakwe dan anak-anak kakak suka ni. Tq for sharing.