Wednesday, November 15, 2017

Belanja RM30 Di Lazada Dengan Gunakan FPX Secara Atas Talian Untuk Menangi Hadiah Best-Best Termasuk PERODUA AXIA, Join lah Contest FPX&Win

Hi Korang,



Geng korang tak tau apa dia FPXMOLPay ni?

Jangan nak tipu, kalau tak tau cakap je tak so senang kak lily nak terangkan.

MOL merupakan pengendali bukan bank bagi proses pertukaran kewangan FPX (Financial Process Exchange). Ini merupakan penyelesaian pembayaran dalam talian bagi membantu perushaan mikro tempatan menerima pembayaran ats talian secara lancar dan selamat.

Dengan Pelan MOLPay-FPX, perusahaan mikro yang mempunyai kedai dalam talian atau laman sesawang e-dagang seperti LAZADA boleh menerima platform FPX yang membolehkan pelanggan memindahkan wang salam akaun bank mereka kepada bank yang menyertai fPX bagi mana-mana produk atau perkhidmatan yang dibeli melalui internet.

Nasib baik ada blogger IenaEliena ni explain kat blog dia, kalau tak ermm payah kak lily nak paham kan. Sekarang ni baru terang sket mengenai FPX ni. Thank you Iena.


Kalau korang perasan selama kita duk shopping online dengan LAZADA ni ke website apa pun, perasan bila bila klik kat pembayaran ada perkataan FPX ni, hah itulah dia apa yang kak lily terangkan kat atas tuh tadi. 

So sempena Lazada Online Revolution sale yang berlangsung daripada 11.11 dan akan berakhir 12.12, pelbagai jenis barangan di jual dengan harga yang kaw-kaw punya. Kak lily pun ada terjebak jugak ni, biasalah orang perempuan kan kaki shopping mesti punya terbelanja kan hehehhe. 

Dengan ini juga adanya kempen FPX & Win! dimana korang berpeluang untuk memenangi hadiah utama Perodua Axia dan iPhone 8 Plus serta Samsung S8 dengan hanya shoping minimum RM30 di Lazada dan bayar menggunakan kaedah bayaran FPX dari 6 November hingga 3 Disember 2017

Nampak tak permainannya di situ hehehhee

Haruslah kak lily LIKE banyak-banyak kan contest sebegini

Cara-cara menyertai Kempen FPX & Win! 


Hanya 4 langkah senang ya ampun untuk menyertai Kempen FPX & Win! ini. 

1. Shopping di Lazada melalui lamanweb Lazada atau apps.

2. Pilih Online Banking (FPX) untuk pembayaran.

3. Ambil gambar FPX dalam cara yang paling kreatif & upload di Facebook/Instagram.

4. Nyatakan kenapa FPX adalah pilihan pembayaran korang (masukkan order number & #FPXMOLPayLazada)

5. Post anda mestilah public. 

Sinilah akak lily tunjukkan bagi contoh pembayaran menggunakan Online Banking (FPX)

1. ADD TO CART 

Barangan pilihan korang. Ntah apalah yang kak lily beli ek hehehhehe

2. Klik PROCEED TO CHECKOUT. 


Nanti keluar maklumat seperti di bawah jika korang adalah pelanggan setia Lazada. Jika tidak, akan keluar arahan untuk mengisi alamat korang

3. Klik CONTINUE. 


Maka keluarlah payment option seperti gambar di bawah. Pilih Online Banking (FPX) dan pilihlah Online Banking akaun korang. Terdapat 6 bank yang menawarkan Online Banking (FPX) iaitu CIMB Clicks, Hong Leong Bank, Public Bank, AmBank, Maybank & RHB. Pilih bank pilihan korang dan terus bayar 


4. Untuk melayakkan korang menyertai Kempen FPX & Win! ini,korang dikehendaki untuk mengambil gambar pada langkah 3 di atas dengan cara yang kreatif dan nyatakan kenapa FPX adalah pilihan pembayaran anda(masukkan order number & #FPXMOLPayLazada). Post korang mestilah public.

Gambar yang bawah ni pulak untuk cara-cara menggunakan FPX melalui mobile apps.



Pun senang gak ek

Syarat-syarat Kempen FPX and Win!


· MINIMUM RM30 mesti dibelanjakan semasa membeli-belah di www.lazada.com.my atau aplikasi Lazada menggunakan saluran Online Banking (FPX) SAHAJA dalam tempoh kempen.

· Peserta MESTI memuat naik foto kreatif mereka di Facebook / Instagram dan caption mengapa FPX adalah pembayaran pilihan mereka.

· Peserta MESTI memasukkan nombor pesanan dalam caption.

· Peserta MESTI memuatkan pos mereka pada hari pembelian untuk layak menyertai peraduan ini. Mereka yang memuat naik lewat dari hari pembelian mereka tidak akan dilayan.

· MESTI menggunakan hashtag #FPXMOLPayLazada dan post adalah PUBLIC.

· Hanya sah untuk pembelian dari 6 November hingga 3 Disember 2017.

Pelbagai hadiah menarik sempena Kempen FPX & Win!

Pelbagai hadiah menarik bernilai sehingga RM75k untuk dimenangi. Hadiah utama adalah Perodua Axia manakala anda berpeluang untuk memenangi pelbagai hadiah harian dan mingguan yang sangat lumayan. Jadi apa tunggu lagi, jom sertai kempen FPX & Win! 

Grand Prize

· 1 Unit Perodua Axia

Weekend Special Prize

· 11 – 12 November 2017: Samsung Galaxy S8

· 18 – 19 November 2017: Lenovo Yoga 520

· 25 – 26 November 2017: iPad Pro 12.9 inches

· 2 – 3 December 2017: iPhone 7

Daily Prize

· 28 Units RM111 Lazada Shopping Voucher



Best tuh kan, jangan lupa sertai Kempen FPX & Win! ni tau

Untuk maklumat lanjut

FPX & Win!


MOLPay
Website: https://www.molpay.com

Lazada








Kaki Bebel,

LILY

www.ciklilyputih.com

1 comment :

Amie said...

apa dia FPXMOLPay?
tak tau apa bendanya, dah baca baru faham.