Monday, August 7, 2017

Produk Tempatan Dari KRAVVE.CO Yang Patut Ada Di Dapur Kita

Hi Korang,

Masak!!

Of courselah menjadi favourite aku walaupun kekadang tuh bila datang mood malas, kena depan rumah ni jadi mangsa kan hehehehe

So bila kita memasak tuh, kita titik beratkan kan pengambilan bahan-bahan perasa yang bernutrisi tinggi macam gula, garam, pasti sedap? Ermm memang tak lah janji apa yang ada kat dapur tuh itulah yang aku guna, sebab tulah aku dengan Mr Big jadi comel semedang je ek hahahha

Hari tuh ada kawan aku introduce mengenai beberapa ’handmade product‘ di bawah jenama Kravve.Co ni. Aku pun tak berapa sure so haruslah menggoggle la ek. 

Kravve.co merupakan satu laman web dalam talian yang menjual produk buatan sendiri yang berkualiti dan gaya hidup sihat. Terdapat pelbagai jenis ’handmade product‘ seperti sos, jem, spread, stok perasa, rempah, rendang paste dan lain-lain lagi. Bahan-bahan yang terkandung di dalam ’handmade product‘ adalah bahan-bahan yang berkualiti semulajadi serta tiada pengawet yang bahaya serta di masak di rumah tau.

Aku sempat mencuba 2 produk iaitu Salted Vanilla Peanut Butter dan Dehydrated Chicken Stock Powder. 

Salted Vanilla Peanut Butter

Sedap betul masa first cuba, pekat, penuh dengan rasa peanut butter. Bila sapu kat roti tuh nampak berkilatnya terus menambah selera nak makan huahauhaua dan yang penting tak berapa masin.



Salted Vanilla Peanut Butter ini di perbuat daripada 4 bahan iaitu roasted peanuts, vanilla beans, organic sea salt dan raw honey. Bahan-bahan tersebut disatukan untuk mendapatkan 100% pure & creamy peanut butter yang sangat sedap. Yang menariknya peanut butter ini tidak mengandungi gula dan pengawet tambahan serta ia bebas dari bahan kimia dan juga minyak untuk diproses.

Ok ada satu lagi ek

Dehydrated Chicken Stock Powder

Serbuk stock ayam ini diperbuat daripada 3 bahan sahaja iaitu Kampung Chicken Breast, Australian Carrot dan Australian Celery. Dengan itu chicken stock powder ini sangat semulajadi dan ianya 100% organic dan yang penting chicken stock powder ini tiada langsung bahan kimia dan pengawet yang berbahaya.

Aku pun cuba letak ¼ sudu kecik serbuk stok ayam ini di dalam sup cendawan yang aku masak baru-baru ni. Sedap dan terasa ayamnya walaupun aku masak sup cendawan hehehe 


Ianya tiada bahan pengawet dan bahan kimia dalam masakan atau boleh ditabur sahaja dalam sup dan bubur dan sangat selamat digunakan dalam masakan dan selamat bagi wanita mengandung serta baby dari umur 6 - 12 bulan.

Selain itu, pembelian di Kravve ini akan membuat penghantaran ke pintu depan rumah korang dengan percuma. Dengan Kravve ini membolehkan korang menjaga kesihatan orang yang korang sayang tau

Bagi yang ingin membeli produk handmade ini boleh layari website Kravve dibawah. Bagi pembelian RM50.00 ke atas korang akan dapat penghantaran percuma ke depan pintu rumah anda. Sebelum itu khas untuk follower blog ciklilyputih, korang boleh gunakan kod diskaun [ciklilyputih] sebanyak RM5 bagi pembelian di Kravve.co ini.

Untuk sebarang maklumat dan pembelian boleh layari : 

Website : www.kravve.co



Email : hello@kravve.co




Kaki Bebel,

LILY

www.ciklilyputih.com



2 comments :

messarah said...

Sara singgah sini :)

https://messarah.blogspot.my/2017/07/day-1-ten-things-you-want-to-say-to-10.html

maszull said...

assalamualaikum CLP...wah !! sedapnya...boleh cuba...
** Mama Maszull