Hi Korang,
Bila ada hari-hari yang tak de aktiviti so kitaorang akan explore kawasan masjidil haram ni
Normally pagi lepas sarapan di cafe hotel, naik bilik basuh baju then pi sidai kat roof top kat atas. Matahari kat Mekah ni panas so kain baju memang cepat je kering. Even aku basuh jubah tebal-tebal tuh petang dah kering dah.
makan kebab orang sedekah tepi tangga sebelum masuk waktu isyak
So ada masa terluang je kitorang jalan-jalan berdekatan masjidil haram ni, kalau tak ke Orchid Safwa Tower, kitaorang ke Zam Zam Tower. Kedua-dua shopping kompleks ni berhadapan dengan pintu masuk kawasan Kaabah.
Kira lepas solat waktu je malas nak balik hotel boleh lepak-lepak kat sini.
Eh shopping itu harus ye, aku pun terjebak dengan shopping mopping ni. Nasib baik dah settle umrah so tak de rasa caca marba ek. Memang betul ko, masuk-masuk mall ni kedai jual jubah melambak-lambak. Pandang kiri jubah, pandang kanan jubah even pandang depan pun jubah sebab peniaga jubah tu sibuk duk tayang-tayang kat depan aku hahahaha.
Aku sempat wakafkan 3 kerusi atas nama aku untuk di hantar ke masjidil haram, eh saham akhirat kena topup jugak. As long as ada orang guna, maka bertambahlah pahala aku kan. Nak wakafkan alquran pun boleh tapi mahal sket dekat seratus lebih harganya. Ikut kemampuan masing-masing lah, janji yang termampu.
By the way, dekat Mekah pun ada jugak kedai makan Malaysia tau iaitu Felda D’Saji. Hah kat sini bolehlah nak order roti canai ke teh tarik ke, mengidam menu makanan melayu kan semuanya ada kat sini. Tapi disebabkan hotel aku provide semua menu makanan Malaysia so tak delah aku kebulur sangat, sudahnya aku pi order menda-menda lain hehehhe
Kadang-kadang tuh ada hari yang kitorang malas nak balik hotel lepas Asar sebab nak tunggu Maghrib so lepak kat Starbucks kat Zam-Zam Tower ni. Beli sorang secawan kopi then lepak je main wifi kat situ, ingat orang arab tak reti lepak-lepak ke, diaorang pun sama gak.
So berapa banyak duit yang perlu di bawa?
Terpulang pada individu, kalau ada budget lebih bawak lebih. Macam aku, hanya bawak SR2000 (RM2500 cam tu lah duit Malaysia) tapi tak habis pakai pun. Duit Malaysia pun aku bawak sket in case anything happen. Kad kredit dan ATM kad aku activate siap-siap sebelum pi itu pun incase jugak.
Kenapa tak abiskan duit tuh semua?
Mr Big tengah susun beg dia kat belakang tuh
nampak beg aku yang penuh tuh
Ermm boleh je abiskan dengan membeli belah tapi berat kg beg setiap Jemaah hanya 25kg + 5kg untuk air zam zam so mana nak sumbatkan. Nasib baik beg kitaorang boleh muat sampai 30kg so sumbat je mana yang boleh. Aku pulak beli sejadah kecik-kecik, jubah kain ringan-ringan so oklah kan. Auntie Uji sampai nak tersembul begnya sebab beli sejadah yang tebal-tebal sampai 10 helai, yelah ko murah giler kot itu yang seronok membeli.
Apa pun 2 minggu di Mekah dan Madinah sangat-sangat bermakna bagi aku. Kehidupan kami amat sederhana, langsung tak ingat apa menda kecuali beribadat kepada allah taala sebab itu tujuan asalnya pun kan. Memang siang malam ke masjid je kerjanya sebab tak de menda nak buat.
So tetapkan niat insyallah segalanya akan sempurna…
Ok ada last part lagi tau so tungggu…
Ok aku rasa ada 1 lagi entry untuk citer Umrah 2017 ni, ishk cepat-cepatlah dapat sambung ek
Meh baca entry UMRAH 2017 sebelum ni
1. Umrah 2017 | Rezeki Yang Tak Di sangka
2. Umrah 2017 | Persiapan Kelengkapan Umrah Bagi Perempuan
3. Umrah 2017 | Hari 1 Kuala Lumpur - Madinah (8 jam flight)
4. UMRAH 2017 |Hari 2 Madinah – Ziarah Dalam Dan Raudhah
6. UMRAH 2017 |Hari 5 Madinah – Perjalanan Ke Mekah Selama 6 Jam
7. UMRAH 2017 |Hari 6 Mekah – Umrah Pertama, Syukur Alhamdulillah
8. UMRAH 2017 | Hari 7 Mekah – Solat Jumaat Di Masjidil Haram
9. UMRAH 2017 | Hari 8 Mekah – Ziarah Luar Ziarah Luar Ke Jabal Thur (Gua Thur), Jabal Rahmah, Padang Arafah, Mudzalifah, Mina dan Miqat Di Jaaranah
8 comments :
Masa kakcik pergi, nilai RM masih agak tinggi berbanding SR. Tapi kakcik tak banyak membeli-belah pun. Hanya sedikit buah tangan seperti kurma dan beberapa helai jubah, juga rantai kunci...
Bestnya dapat p umrah...teringin nak ke sana juga =)
macam dah banyak pulak ketinggalan.kat sana ada macam-macam makanan melayu,so tak risaulah bila perut kelaparan
seronok tgok kawan2 dah sampai ke tanah suci...ntah bila giliran SA
bestnye g umrah.. kadang2 jeles kat kengkawan yang dah ade rezeki sampai sana dulu.. hee~ masih menunggu giliran nama atie dipanggil..
ya allah bestnya
Bestnya sis. Moga ada rezeki syira
أنا بالتأكيد اكتسب المزيد من الصعوبات من كل القليل أكثر من المستغرب منه ، بالمناسبة شكرا للمقال. إذا كنت بحاجة إلى معرض عبايات ، فاتصل بنا!
Post a Comment