Friday, April 14, 2017

Aalya 1st Birthday Party

Hi Korang,


Kitaorang kan tak de anak so dengan Aalya nilah tempat kitaorang menumpang kasih huhuhuhu

Sian ek..

Sabarlah ada rezeki tuh nanti kata mak aku..


Aalya anak sedara kitaorang alah adik si Aakif tuh.

Sepatutnya memang tak de birthday party pun tapi macam tak fair pulak masa Aakif dulu ktorang buat but Aalya tak buat so buat jugaklah, plan pun last minit sangat. Party hari Sabtu, menu decide dan tempah hari jumaat petang. Kalau tak dek si Gemuk memang tak dapatlah order makanan tuh kan.

Set Beriani untuk 50 orang dari Asian Taste, diaorang datang hantar dalam hujan-hujan hari tuh

Ok beriani dah tempah lagi nak tambah menu apa ek.

ni je yang mampu aku masak, ini pun kali kedua refill ye

Jadi aku masak spaghetti Bolognese untuk 50 orang makan, mak oi banyak tuh. Mr Big pun cam tak caya gak but I managed to do it ye. Balik keje jumaat tuh terus singgah Giant beli barang-barang then sabtu pagi baru masak. Kena 2 kali masak gak jugaklah.

Kuih muih, roti jala, sandwich, nugget, drummets, jajan, kek birthday, goodies, decoration semua gemuk dan Siti uruskan.

So sabtu lepaslah birthday partynya, dengan hujan kemain lebatnya pada awalnya tapi tetap meriah jugak partynya.

simple je setup untuk table jajan

brownies dan cream puff, gemuk tempah

yang ni gemuk sponsor

parents Aalya, Siti dengan BJ sempoi je diaorang ni

of courselah mama Aalya order

Tak de apa aktiviti pun, just makan-makan dan potong kek je untuk si kecik tuh. Lagipun dah lama tak buat makan-makan kan


Majoriti yang datang family members kitaorang, cikgu sekolah Aalya dan Aakif dan kengkawan tempat keje si Siti je dan jiran taman je hah. Kalau betul-betul ramai jugak tau lebih 50 orang, ermm tak per makanan semua cukup dan ada berlebih pun siap boleh bungkus lagi.

Thank you Aalya for your love that make us happiest uncle and auntie in the world.

Ermm bestnya kalau ada anak sendiri kan!!


2 comments :

hasliynda umairah beauty said...

cantiknya kek..
in sya allah rezeki tu ada
tapi lambat sikit je..

afifah said...

That rainbow marble design kat kek tu cantikk. Hebat lah dapat masak bologness utk 50orang last minit mcm tu. Seronok la Aalya nyaa.

// afifahaddnan